بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Aku berjalan dikoridor yang menempatkan pejabat sekolah itu lalu mencari bilik untuk aku mendapatkan jadual dan nama kelas ku itu.
Setelah jumpa bilik tersebut aku mengetuk pintu bilik tersebut tiga kali lalu orang yang berada didalam bilik tersebut memberi kebenaran untuk masuk. Aku perlahan lahan memulas tombol pintu tersebut lalu menolaknya dengan perlahan lahan . Aku masuk kedalam dan menutup semula pintu itu.
"Assalamualaikum cikgu." Aku berkata dengan penuh lemah lembut , sopan satun dan apa apa jela yang penting lembut.
"Waalaikumsalam , awak ni Adelia Farisha ye" kata cikgu perempuan tersebut sambil menunjukkan senyuman manisnya itu.
"Ye saya" kata aku sambil mengangguk kecil
"Cantik orangnya " usik cikgu tersebut sambil tersenyum manis.
"Eh mana ada cikgu biasa biasa je la" aku tersenyum malu . Malu apabila dipuji. First time masuk sekolah ni dah kena puji au kau hadaaa? Tak de kann. Erm lemahh. Jk jk HAHHAA
" AHAHAH by the way nama saya Nadia , awak boleh panggil saya cikgu Nadia atau cikgu Nad sahaja." Cikgu Nadia tergelak kecil lalu mengenalkan dirinya pada ku . Friendly gila cikgu Nadia ni.
"Sekejap ye saya nak pergi ambil fail fail dan buku buku awak sebentar awak boleh duduk dekat kerusi tu dulu sementara tunggu saya ye ." Kata cikgu Nadia lalu beredar dari situ . Aku hanya mengangguk kecil sambil tersenyum.
Skip
Cikgu Nadia menghulurkan sebuah fail dan buku buku yang perlu aku gunakan di sekolah ini.
"Ini ye , dalam fail ini semua dah ada jadual kelas , nama kelas awak , card awak untuk masuk ke library , card untuk masuk ke kelas dan senarai nama cikgu yang mengajar awak ."ujarnya dengan senyuman kecil lalu fail dan buku buku itu bertukar tangan . Aku meminta diri untuk keluar dahalu dan terus bergerak ke kelas ku.
' Aku syak mesti budak dua ekor tu dah datang dulu dari aku nasib awal lagi sekrang baru pukul 7:30pagi kelas start pukul 8:00pagi . Alhamdulillah lambat lagii jomm cari kelass . Owh ye cikgu tadi cakap kelas aku dekat block b. Jadi aku kena cari block b dulu la ni .' bebel ku dalam hati.
Skip
Sesampai sahaja aku dihadapan kelas aku terserempak dengan dua orang minah yang aku cari sebentar tadi.
"Hi member" Sapa Ryna kepada ku
"Korang ni datang awal ke datang lambat." Tanyaku tanpa menyapa Ryna kembali.
"Kitorang datang awal tapi baru jumpa class ni ha" kata Laila yg berada disamping Ryna.
"Lahh aku yang datang lambat sikit ni pun cepat je jumpa kelas tak de pun sesat kau tahu tak." Kataku bangga.
"Kau tahu cikgu tak bagitahu pun kelas aku block mana aku kena la tanya orang yang lalu lalang ni itu pun ada yang sombong orang tanya dia tak jawab ." Bebel si Ryna
" Ni kan sekolah orang kaya memang la diorang sombong sikit." Kata Laila
" Ha yang korang ni kelas mana." Tanya ku
"Aku kelas 5 diamond " kata Laila
" Aku pun sama wehh" ujar Ryna. Manakala aku sebok membelek belek fail ku untuk mencari nama kelas ku. Ha jumpa pun !
" Aku kelas 5 diamond juga la wehh, kita semua satu kelas" ujar ku gembira.
"Serius laa wehhh yeyyy akhirnya satu kelas juga kita." Kata Ryna separa terjerit.
"Wehh jom la masuk kelass." Kata laila . Aku dan Ryna mengangguk lalu terus bergerak kearah pintu kelas .
Ryna mengetuk pintu kelas sebanyak 3 kali
Tok tok tok
Cikgu yang berada di dalam kelas ketika itu mengalihkan pendangannya kepada kami lalu dia tersenyum.
__________________________________
Hii korangggg maaf la kalau ada typo atau bab ni boring sikit 💗 jangan lupa votee💗💗
YOU ARE READING
Mr Headprefect Cold [OG]
Teen FictionNur Adelia Farisha Adelia Farisha seorang gadis yang berumur 17tahun, tinggal di UK selama 4 tahun dan kembali ke Malaysia semasa dia berumur 17 tahun . Adelia adalah anak tunggal seorang bangsawan yang terkenal diserata dunia , Adel Holdings. Adeli...