Takdir Pertama ; Takdir dan Nasib

77 4 3
                                    

                    Gerimis hujan bagai ritma lagu menyentak atap rumah yang berwarna merah. Ayam perlahan berkokok menandakan fajar sudah menjelma dan seakan memberitahu seluruh umat mayapada untuk sujud kepada ilahi.

                    SKREET SKREET

                    Langsir ditolak halus oleh Nur. Cahaya oren matahari bercampur langit yang biru gelap menggamit pandangan nya sementara. Cantik. Bagai penanda permulaan hari yang baik buat dirinya.

                    Tanpa menunggu ibunya datang untuk menegur dirinya yang belum mandi, segera dicapai tuala di hujung katil dan menuju ke tandas untuk membersihkan diri. Typical manusia akan berhenti sebentar di hadapan cermin sambil melihat wajah mereka buat beratus kalinya. Berjuta mungkin?

                    "U look very good today Nur! Lets do our best for today!" Ujar Nur sambil menepuk nepuk pipinya dengan kuat. Nur adalah seorang yang positif.

                    Bukan mudah untuk membuatkan dia menangis kerana dia adalah seorang yang kuat. Yup, fizikal mental dua-dua dia kuat. Penyandang anugerah tokoh murid sekolah, atlet cemerlang daerah, mendapat tempat pertama dalam sekolah membuatkan dia menjadi tumpuan utama di sekolah. Apatah lagi ditambah dengan rupa paras nya yang jelita membuatkan semua pelajar sekolah menyukai nya.

                    Meskipun begitu, cahaya pasti akan diikuti bayang. Tetap ada manusia yang berhati jahat yang tidak suka melihat kejayaan Nur. Ada yang sering menebarkan fitnah kepada dirinya, ada yang rapat dengan dirinya hanya untuk kepentingan peribadi dan bermacam lagi. Tapi Nur tahu dengan niat mereka, cuma Nur hanya layankan sahaja selagi mereka tidak menganggu perjalanan hidup Nur. Hebat bukan Nur?

                    "Assalamualaikum warahmatullah"

                    Setelah selesai menunaikan kewajipan sebagai hamba. Nur segera mengemaskan pakaiannya untuk ke sekolah. Tudung nya dipastikan awningnya sehabis tajam dan kemas yang boleh dilakukan. Bedak muka ditepuk halus di seluruh wajahnya walaupun tiada cela tapi berhias sedikit tidak salah bukan?

                    "Nur! Turun makan!" Dari jauh Puan Sya memanggil anak sulungnya itu.

                    "Baik ibu! Nur nak turun dah nii!" Balas Nur sambil segera memasukkan kesemua peralatan sekolah ke dalam beg. Langkahnya dipercepatkan khawatir jika dia terlambat untuk bersarapan masakan Puan Sya yang sedap.

                    "Ibu! Nur dah siap!" Ujarnya sambil memeluk erat ibunya dari belakang.

                    "Iye anak ibu, Nur tolong tuangkan air untuk ayah boleh?" Balas Puan Sya sambil menghidangkan sarapan spesial pada pagi itu buat anak dan suaminya, Nasi Lemak Sambal Udang.

                    "Ayah mana bu?" Tanya Nur dengan lembut.

                    "Ada tu ha, tadi ayah mandikan adik sekejap" Balas Puan Sya.

                    Nasi lemak yang dihidang diberikan sentuhan terakhir dengan diletakkan ikan bilis yang rangup lagi berzat. Aroma nasi lemak itu cukup untuk menggiurkan orang yang berpuasa apatah lagi orang yang tidak berpuasa. Sumpah sedap kalau korang rasa betul betul.

                    "Kak Nur!" Jerit Ina, adik Nur yang baru berusia 6 tahun.

                    "Iyaa adik akak, wahh dah wangii" Canda Nur sambil memicit pipi adiknya.

                    "Jom semua makan." Tegas kata Encik Suha, ayah kepada Nur.

                     Mereka semua kini duduk di meja makan sambil berborak mengenai hal satu antara sama lain. Kadang si kecil mencelah, takpun Puan Sya akan mencari topik untuk berbual bersama suami dan anaknya. Keluarga bahagia lah dikatakan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 16, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

HELENAWhere stories live. Discover now