THS BAB 8

5.5K 338 2
                                    

"Adik, kenapa Ezzat pukul adik hm?"Tanya Ezreen. Ez menoleh ke arah mereka.

"Salah Ez sebab lawan cakap dia."Diukir senyuman nipis. Ezran berpeluk tubuh.

"Adik takkan lawan cakap orang tanpa sebab kan? Bagitahu abang apa dia buat dekat adik semasa kami tak ada."Ez mengeleng kepalanya.

"Mana ada dia buat apa apa mungkin disebabkan adik lawan cakap dia tu yang dia marah."Ezran duduk di tepi katil adik nya.

"Abang menetap dekat sini ke?"Ezran dan Ezreen menganguk.

"Kitorang stay sini. Aflan bagitahu abang yang adik dengan Anna dan Wanda beli rumah baru, betul?"Ez mengangguk.

"Kenapa? Sebab abang Ezzat?"Ez mengeleng kepalanya.

"Adik yang nak hidup berdikari tak salahkan abang?"kembar tu mengusap rambut nya.

"Tak salah tapi kalau ada apa apa bagitahu kami tau."Ez mengangguk.

"Reen, Ran aku nak berdua dengan Ez sekejap boleh?"kembar tu menganguk ke arah Ezzat.

"Jangan apa apa kan dia."Sempat Reen berpesan sebelum keluar dari bilik tersebut meninggalkan Ez serta Ezzat.

Jejaka tu berpeluk tubuh sambil merenung si adik.

"Kau jangan ingat yang kau akan selamat lepas abang kembar kau balik sini."Ez menunduk.

"Abang memang bencikan Ez?"Didongak memandang mata abangnya.

"AKU BUKAN ABANG KAU DAN AKU BENCIKAN KAU SANGAT SANGAT! AKU TAK PERNAH ANGGAP KAU ADIK AKU LAH!"Ez menunduk.

"INGAT EZ, BONDA MATI GARA GARA NAK LAHIRKAN KAU! KAU TU ANAK PEMBAWA MALANG TAHU TAK!"Hati Ez sakit mendengar apa yang Ezzat katakan.

"Ba..baiklah. Ez sedar Ez anak pembawa malang."Dia bangun keluar dari bilik tersebut.

"Ez kau nak pergi mana?"Tanya Anna.

"Aku nak balik."Diatur langkah keluar dari rumah tersebut.

"EZZAT APA KAU KATA DEKAT DIA HAH SAMPAI DIA KELUAR DARI RUMAH N!?"meninggi suara Azreen.

"Biarkan dia, dasar anak pembawa malang! Aku benci tengok muka dia!"Ezzat naik ke bilik nya.

Ez menangis semahu mahunya di dalam kereta. Dihentak stereng tu.

"A..apa salah adik dekat abang hiks."Dipejamkan matanya erat.

Dari kecil lagi dia cuba untuk bermesra dengan abang nya tapi hanya pukulan saja dia dapat.

Sakit. Sangat sakit.

Mungkin salahnya juga kerna melawan cakap jejaka tu. Ditarik nafas nya dan dihembus perlahan.

Dipandu santai keretanya. Dia tidak mahu pulang lagi. Biarlah dia merayau dimana mana terlebih dahulu.

Bila difikirkan semula, bagaimana dia mahu berbaik dengan abangnya semula. Dia tidak mahu bermasam muka sebergini.

Keluhan dilepaskan.

"Macam berat ja mengeluh."Ez menoleh ke arah kiri melihat Leon yang menyeluk tangannya ke dalam kocek seluar.

"Kau ada masalah ke?"Ditoleh ke arah Ez. Kebetulan dia mahu ke pantai dia ternampak seorang yang dia kenal. Rupa rupanya Ezahra.

"Tak ada apa."Ez menoleh ke hadapan semula melihat air laut.

"Aku nak minta maaf tentang aku couple dengan kau haritu."Ez mengangguk.

"Btw kau kan yang letak besen atas pintu tu? Kau tahu tak sejuk gila!"Ez tergelak kecil.

"Kau yang cari pasal dulu Leon."Datar suara nya. Leon terdiam.

Dikeluarkan satu KitKat dipoketnya dan diserahkan kepada Ez. Gadis tu hanya melihat saja.

"Taknak?"baru saja dia mahu menarik kembali, gadis tu merampas nya. Terukir senyuman di bibir Leon.

Nak tapi malu.

"Thank"Ucapnya sambil membuka plastik KitKat.

"Most welcome dear."Dilihat saja gadis tu makan KitKat tersebut

Leon duduk disebelah gadis tersebut seketika dia ternampak jam di tangan Ez.

Di dalam jam tu ada huruf yang bertindih tapi dia tidak dapat agak huruf apa di dalam tersebut.

"Kau suka kitkat?"Ez mengangguk.

"Patutlah makan sikit sikit takut habis eh?"Dicubit pipi gebu tu. Makin gebu geram dia.

"Pehal cubit cubit ni."Ditepis perlahan tangan Leon.

"Biarlah makan sikit sikit pun jimat."jejaka tu tergelak kecil.

"Aku balik dulu. Bye btw thank again."Diatur langkah ke keretanya semula. Leon hanya melihat saja.

7. THE HIDDEN SIDE [C]Where stories live. Discover now