TUMBUH dewasa itu memang menyakitkan. Kadang, kita perlu ditampar dengan sebuah realiti yang pahit untuk belajar melepaskan 'tali' yang selalu kita genggam.
Dan kadang...
Tumbuh dewasa itu juga ertinya adalah melepaskan semuanya pergi dengan berlapang dada...
Gadis itu menjujut nafas dalam seraya memejam mata seketika. Genggaman pada payung yang dipegangnya dari tadi dieratkan bila payungnya hampir saja terbang akibat hujan lebat.
Gadis itu mendongak kepalanya sedikit seraya mengulurkan tangannya keluar. Saat rintisan air hujan jatuh mengenai telapak tangannya, bibirnya terus mengoyakkan satu senyuman nipis.
Tidakkah letih kakimu berlari...
Ada hal yang tak mereka mengerti...Lagu ini....
Gadis itu terus menoleh ke kiri bila lagu itu menyapa gegendang telinganya. Tanpa sedar, senyuman nipis di bibirnya kembali tercalit pada ulas bibir itu. Sangat nipis hinggakan senyumannya langsung tidak kelihatan.
Di situ, kelihatan sekumpulan pelajar dari jurusan bidang lain sedang berkumpul berteduh di khemah jualan mereka. Mereka menyanyikan lagu itu secara beramai-ramai sambil menikmati hujan yang membasahi muka bumi. Seraya itu, mereka melambai tangan perlahan, mengikuti rentak melodi perlahan lagu itu.
Tika itu, dadanya terasa sesak bila rasa sebu datang menghimpit. Sesak, nafas yang dijunjut dalam bagaikan tersekat-sekat di saluran pernafasan. Barangkali terasa sesak disebabkan rasa sebak yang turut hadir tanpa dipinta.
Begitu dingin dunia yang kau huni...
Tanpa sedar, dia bersenandung perlahan melodi lagu itu. Tersenyum nipis bibirnya seraya menikmati suasana yang dingin pada tika itu. Nafas dijunjut dalam bila dadanya sudah terasa lapang sedikit.
"This song hits different bila hari hujan. Nak nak lagi bila kita tengah lelah dengan semua benda, burn out teruk, memang akan terus rasa sebak tanpa dipinta." Ujar salah seorang rakan sejurusannya yang berada tidak jauh darinya, Owen.
Lempar saja pandangan ke depan, senyuman di bibir gadis itu semakin melebar. Bunyi musik yang dipasang semakin dikuatkan. Kelihatan beberapa orang rakan sekelasnya turut menyertai pelajar dari jurusan bidang lain bermain di tengah hujan tanpa berpayung. Habis basa lecun tubuh mereka!
Pcck!
"Hey!" Jerit Trish tidak puas hati. Tawa kecil meletus dari bibirnya bila kakinya basah. Pegangan pada payung semakin dieratkan.
"Come and join us!" Jerit salah seorang daripada mereka dengan nada yang riang.
Trish geleng kepala perlahan bersama senyuman nipis bila teringatkan daya ketahanan tubuh badannya yang masih lagi lemah. "I might get sick."
"Oh come on! Let's have some fun, girl!"
"I-"
"Let's go, girl!" Ajak salah seorang gadis yang memakai t-shirt warna hitam. Seperti tadi, masing-masing tidak mahu berputus asa.
"Come on, Trish! Kalau bukan sekarang, bila lagi kita boleh enjoy macam ni?" Ujar Anna yang merupakan course mate-nya.
Trish hanya ketawa kecil. Sungguh, dia tergoda. Tidak menunggu lama, payung yang berada di pegangannya tadi terus dicampak ke lantai. Dia berlari anak mendekati sekumpulan manusia yang berseronok bermain hujan itu. Dia sudah tidak ambil peduli lagi andai dia demam nanti.
Yang penting, hati yang tengah terluka ini dapat dirawat walaupun dengan cara yang akan membuatkan dia demam sekejap lagi.
Trish tersenyum nipis bila rintisan hujan membasahinya. Mata dipejam rapat sembari mendongak kepala ke atas, tangan didepakan seolah-oleh membenarkan rintisan hujan membasahi tubuhnya yang sememangnya sudah sedia basah lencun itu. Tenang rasanya walaupun bunyi di sekelilingnya tika ini sangat meriah.
YOU ARE READING
RAPHAEL HANS
RomanceMereka kongsi rasa yang sama. Namun saling menyakiti satu sama lain. Kisah mereka berdua kembali terlakar semula setelah beberapa tahun kembali bersua muka. "We shouldn't fall in love with each other from the beginning." -TRISH ADRIANA "Keep denyi...