prologue

3.6K 234 3
                                    

          RUANGAN besar itu dipenuhi dengan susuk-susuk tubuh yang berpakaian long cape bersama hood, berwarna serba hitam.

Sekeliling ruang itu dihiasi dengan lilin yang bernyala, menerangi kegelapan yang agak suram di persekitaran itu tetapi dengan nyalaan lilin itu membuatkan keadaan hanya terasa seram. Namun rasa seram itu tidak dirasai susuk-susuk tubuh yang berdiri di keliling ruangan itu kerana mereka sudah terbiasa.

          Seorang daripada mereka berjalan perlahan menghampiri seorang jejaka yang diikat di kerusi pada tengah ruangan, sedang dalam keadaan tidak sedar. Kedengaran bunyi besi terleret ke lantai beriringan dengan bunyi kaki bertapak satu demi satu, menggemakan seluruh ruangan yang sunyi sepi.

Jejaka itu perlahan-lahan membuka matanya tatkala telinganya menangkap bunyian yang kuat, menyentaknya untuk terus terjaga dari pengsan. Terkenyit-kenyit matanya, cuba mencerna persekitaran yang asing buatnya.

Sakit yang dirasa pada kepalanya itu menghalangnya untuk benar-benar mencerna persekitaran itu. Dan disebabkan sakit itu bertukar menjadi denyutan, menyebabkan refleks jejaka itu untuk menutup kembali matanya. Kerutan terlihat diantara keningnya tatkala dia sedang menahan rasa sakit yang dirasai.

Sehinggalah rasa sakit itu sudah semakin mereda, barulah jejaka itu perlahan-lahan mencelikkan matanya kembali. Dan pandangannya, dihiasi dengan susuk-susuk tubuh yang menyeramkan, pakaian yang bertutup dari kepala ke kaki sehingga bentuk fizikal mereka tidak kelihatan dan tidak boleh diteliti samada mereka lelaki atau perempuan.

“A... aku dekat mana ni?” Andyson Daniel, iaitu jejaka yang terikat dikerusi itu, mengeluarkan suaranya. Merenung tepat pada mata seseorang dihadapannya memandangkan seseorang itu memakai topeng muka berwarna hitam yang hanya menampakkan kedua matanya sahaja.

Kelihatan seseorang di hadapan Andyson itu sedang memegang rantai besi berekorkan dengan sebiji bola logam berduri besi. Tangan yang bersarung itu memegang erat rantai besi itu menggerunkan Andyson mengetahui dia sedang dalam keadaan bahaya yang tidak akan terjangka apa yang akan berlaku padanya jika dia tidak berkelakuan baik dan berpada.

Soalan yang diajukan oleh Andyson dibiar sepi tanpa jawapan. Tanpa disedari, susuk dihadapan Andyson itu melorekkan senyuman sinis dibalik topeng mukanya. Susuk itu sememangnya sengaja tidak mahu menjawab soalan Andyson dan hanya mahu jejaka itu bertanda tanya seorang diri.

“Kau siapa? Apa kau nak dari aku?” suara Andyson keras berkata. Seluruh ruang itu hanya dipenuhi dengan suara Andyson seorang disebabkan keadaan terlalu sunyi.

Sunyi yang menyeramkan.

Soalan dibiarkan tergantung sepi lagi. Dan renungan kosong susuk dihadapan Andyson itu berubah menjadi tajam. Tajamnya renungan itu sehingga bagai boleh menembusi ke kepala Andyson. Semestinya renungan itu membawa suatu maksud.

Maut.

“Kau... kau siapa?!” takut yang dirasainya mencengkam seluruh tubuh sehingga menyebabkan Andyson menggigil-gigil. Memang renungan itu sangat mengerikan sehingga dapat membuatkan saraf ketakutan di seluruh tubuh Andyson aktif.

Tidak pernah dia merasai ketakutan seperti sekarang ini. Seperti selalunya hanya dialah punca ketakutan seseorang namun kini, seolah semuanya bertukar dan orang yang menggigil ketakutan itu ialah dia, manakala punca ketakutan itu bukan dirinya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 24 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Daniel's Cariño Where stories live. Discover now