☾
°
°
°
°
°
⋆
⌞❦ ❦ ❦ ❦ ❦ ❦ ⌟
U guys might already know,
Aku Bang Yedam berumur 17 tahun. Aku hidup sendiri tanpa kedua ibu bapaku. Aku hanya menghabiskan waktu membaca bku. Aku tidak tahu apa yang akan kulakukan pada masa hadapan. kiranya aku x de cita2 yang menarik.Aku merenung ke luar tingkap. Aku tak memikirkan cita² yang menarik. Aku mahu mencuba sesuatu yang menarik macam buat gadget. aku mahu suatu hari nanti namaku akan disebut sehingga di penjuru dunia. aku nak merasa diperhatikan.
Aku menghembuskan nafas. tiada yang menarik aku nak buat hari ni. Aku melihat ke atas mejaku. tumpukan buku berserakan di atas meja. Aku duduk di kerusi dan mula membaca. Aku membaca novel.
Aku asyik membaca bukuku tidak endah dengan suara hujan yang semakin lebat di luar. Aku terus membaca sehingga aku merasakan sesuatu di kulitku. air. Mula² aku biar sahaja. Lama² air itu semakin deras. Aku menutup bukuku kesal.
Aku melihat ke tingkap. aku tak tutup tingkap dari tadi. buku2 yang berserakan di lantai sudah basah. Aku menepuk dahi dengan segera menutup tingkap dan membersihkan buku2 kat lantai.
Aku menghembuskan nafas lelah. kumasukkan buku2 yang basah tadi kedalam kotak lalu membuangnya. sape kesah? aku bole beli baru.
Aku masuk ke dalam bilik dan duduk di katil sebentar.
sedikit menarik, aku seorang penulis novel bersiri yang cukup terkenal. hanya segelintir pelajar sahaja tahu.
Aku mencuba menulis semasa berumur 14 tahun. Bukuku ditolak beberapa kali dari beberapa syarikat. mereka memberitahuku bukuku x sesuai dengan remaja sekarang.
dan akhirnya karyaku diterima setelah ditolak sebanyak 11 kali semasa aku berumur 16 tahun.
buat masa sekarang, sudah 2 novel telah dikeluarkan oleh syarikat yang menerima aku.
Sekrang sudah pukul 3 pagi. Sudah lambat, aku perlu tidur.aku perlu kesekolah pada hari esok. sisa air ulah hujan dilantai kulap sehingga kering.
×
Alarmku berbunyi, dengan malas aku bangun dan menyiapkan diri.
Puk
Aku terjatuh dan terbaring terlentang di lantai, aku mengangkat wajahku dan mengusapnya. Lantai ini basah ulah hujan semalam. Dengan kesal aku kambali berdiri dan terus mandi.
selesai mandi dan bersiap, aku berangkat kesekolah.
Jam masih menunjukkan 6.45 masih sempat lagi aku untuk sarapan. Aku singgah di 7 twelve (hehe) membeli sebungkus roti dan susu kotak.
"Hei damie, monyok je muka. Senyum la sikit" cashier itu menyapaku. Hampir setiap hari aku mengunjuingi kedai runcit ini sebelum ke sekolah. Aku tidak menganggapi perkataannya dan terus membayar menggunakan kad.
"Kalau ada pape leh bagitau abang, btw, kau dh keluarkan buku baru?" Soalan itu lagi. Aku menggeleng singkat. Aku ingin segera keluar dari sini.
"Masih dlm proses" aku menjawab singkat. Cashier itu mengangguk, "jangan paksa diri tu, selow2 je. Jangan rush okay?" Huh.. aku hanya mengangguk singkat.
aku keluar kedai dengan bungkusan plastik di genggaman tanganku.aku menunggu bas di perhentian bas. Aku membuka plastik dan mengambil roti. Aku menyantap sambil melihat sekeliling. Inilah pemandangan yang kulihat setiap hari.
langit semakin cerah, burung berkicauan tanda keluar sarang. terlihat sekawanan awan langit yang cerah.
beberapa minit, bas tiba dan aku berangkat ke sekolah.
"Selamat pagi damie. Roti lagi harini?" Pakcik bas menyapaku. Hampir setiap hari pemandu basnya orang yang sama. Dan setiap hari juga aku menaiki bas yang sama. Pemandu bas ini memang ramah denganku
Aku mengganguk singkat dan membayar kepada pemandu bas itu. Aku duduk di kerusi dan mengeluarkan susu kotak untuk diminum. seperti hari2 sebelumna, tiada yang menarik bagiku.
Ada lelaki berbaju hitam aneh di kerusi seberangku. Dia mengenakan topi dan berbaju hitam. Aku memandangnya pelik. Aku tidak pernah melihatnya sebelum ini. Aku mengusir jauh² fikiran itu dan kembali merenung ke luar tingkap.
Tanpa kusedari orang berbaju hitam itu sedang melihatku dan menulis sesuatu di bukunya. siapakah dia?
×
Tiba di gerbang sekolah. "Pagi damie, senyum sikit dam" jaga sekolah menyapaku, tabahkanlah ku ya allah. Aku senyum singkat.
Aku melangkah memasuki sekolah. Sekolah mulai terlihat ramai. Aku masuk kekelas dan menghempasku punggunggku di kerusi. Aku keluarkan buku untuk dibaca sebelum kelas bermula.
Di kelas mulai ramai dan suasana menjadi bising. Aku menjeling lalu kusumbatkan earbud kedlm telingaku.
Jam 1.30 sesi persekolah tamat. Aku balik ke rumah menaiki pemandu peribadiku. Memang setiap hari begitu. Pergi menaiki bas dan balik diantar oleh driverku.
"Tengahri tuan, perjalanan kita terus menuju rumah?" Lelaki selaku driverku bertanya. Aku mengangguk singkat. "Baiklah tuan damie" kereta mula melaju di jalan. Mungkin keretaku menjadi pusat perhatian orang kerana keretaku diimport dari luar negara dan ini versi limited edition tpi aku menghiraukannya. (ececece)
Aku terlelap.
×
Aku membuka mata, aku sudah berada di bilikku. Sepertinya ad orang yang mengangkatku. Aku bangun dan menukar bajuku. Dan duduk di mejaku untuk menulis novelku.
Tok tok tok
Hah... Siapa pula menggangguku pada saat ini? Dengan malas aku membuka pintu dan terlihat seorang maid menghantarkab makanan. "Aunty feiy yang kirimkam ni. Katanya dia busy, x dapat menjenguk tuan jadi dia kirimkan makanan." Maid itu menjelaskannya. Aku mengangguk dan menerima makanan itu.
Aku duduk di mejaku semula. Isi dalam plastik itu ternyata spahgetti dan note.
Maafkan aunty, damie. aunty x dapat menjenguk damie pada waktu sekarang, aunty banyak kerja sekarang. Lain kali aunty datang ye. Jaga diri.
Itu isi notenya. Aunty feiylah yang sellau menjagaku dan menjengukku selepas nenekku.
Aku meletakkan note itu di tepi dan memulakan sesi mengisi perut.
Kekurangan ideaaaaaaaaaaaaaaaaa. Tq dh bce, muah sikit. Sikit je
YOU ARE READING
The cursed sorcerer [YEDAM]✓
Fantasy❝selagi aku ada kat sini, kau boleh hidup la bangang❞ -Doyoung