Chapter: 0

24 3 2
                                    

Adira Huwaina.

Luarannya, dia nampak hebat. Nampak gah. Dia pemilik VAST, salah satu galeri seni terkenal di Malaysia. Pada usia yang muda, dia mampu apa yang orang lain tidak mampu. Hermès? Porsche? Christian Louboutin? Just name it. Adira ada segalanya. Dengan kudratnya, dengan usaha dan titik peluhnya sendiri.

Amirul Rais.

Dia mekanik biasa. Dia tidak berasal dari keluarga berada. Dia tidak kaya dan tidak juga miskin. Overall, dia sederhana. Alhamdulillah, sepanjang hidupnya tak pernah susah sampai berlapar dua tiga hari. Berkat usahanya, dia mampu miliki bengkel sendiri setelah lima tahun menjadi kuli orang. Dari segi lain, Amirul juga ada segalanya.

Namun,

Misi Adira hanya satu: hidup.
Misi Amirul juga hanya satu: hidup bersama Adira.




"You deserve someone better."

"Someone yang takkan jadi burden untuk awak. Orang yang boleh jaga awak, bukan sebaliknya macam awak tengah buat sekarang ni. Orang yang takkan buat awak rasa penat macam saya buat awak selama ni. Orang yang akan appreciate awak over little things you do.  You deserve someone better, Amirul."—Adira

"Memang."

"Memang aku boleh dapat orang yang lebih daripada kau, but I chose not to sebab aku nak kau. KAU. Aku nak penat jaga kau. Aku nak kau jadi masalah dalam hidup aku. Aku nak jaga kau. Kalau kau tak appreciate aku, I'll find some ways to make you. Aku nak someone yang boleh bagi warna dalam hidup aku. I don't care warna apa sekalipun. Hitam? Putih? Merah? I don't care. Asalkan orang tu adalah kau."—Amirul



Adira penat. Dia ada segalanya tapi dia kosong. Seolah-olah rumah tanpa isi perabot di dalamnya. Amirul juga penat. Dia cintakan manusia yang tak pernah belajar cintakan diri sendiri.

Jadi, mahu mula dari mana?


You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 29, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

HuwainaWhere stories live. Discover now