Hari ini seperti hari kebiasaannya,
aku berangkat ke sekolah dengan ibu dan belajar seperti biasa.Setelah loceng rehat dibunyikan, aku bersama beberapa orang temanku yang lain terus menuju ke kantin untuk mengisi perut masing-masing yang dari pagi meronta untuk diisi.
Di saat aku sedang beratur untuk mendapatkan makanan, suasana yang hirup piruk menyebabkan aku terhimpit dengan pelajar-pelajar lain. Aku merasakan terdapat suatu tangan cuba untuk melakukan perkara yang tidak menyenangkan kepadaku.
Aku hanya mampu menutup mataku dan berdoa kerana tidak mungkin untukku menjerit dengan suasana sebegitu.
Sia-sia sahaja kerana hanya akan mengundang maluku juga akhirnya.Namun, aku tidak merasakan sebarang sentuhan di bahagian pinggulku melainkan aku merasakan sebuah tangan kekar yang menarikku ke hadapan.
" Kau tidak apa-apa?" Suara berat di telingaku menyedarkanku.
Aku membuka mataku.
Aku sedang dalam kungkungan badan jangkung seorang pria yang lagi memakai jaket kulit.
Kudongak wajahku untuk melihat wajah pria tersebut.Tampan
Kata-kata tersebut memenuhi benak fikiranku saat itu.
"Ya, terima kasih ", balasku singkat.
Lelaki tersebut hanya menganggukkan kepalanya lalu mengambil satu tin coke dan berlalu pergi.Setelah mengambil pesanan itu tadi, aku mendudukkan diriku di bangku yang sudah diduduki oleh teman-temanku yang lain.
Di saat aku sedang mengunyah nasi yang sudah penuh dalam mulutku, aku menangkap sepasang mata yang sedang menatapku dengan serius.
Lelaki tadi sedang duduk berhadapan denganku hanya terpisah dengan satu bangku yang mana tiada orang yang duduk dihadapanku sehingga aku dapat melihat meja dihadapanku dengan jelas.
Lelaki tersebut sedang makan bersama rakan-rakannya yang terlihat agak ganas (?).
Aku juga perasan bahawa tidak ada pelajar yang berjalan di area meja tersebut.
Takut mungkin?Setelah tertangkap basah sedang memerhatikanku, lelaki tersebut lantas menghirup air coke yang dibelinya itu tadi sambil melihat sekeliling seolah-olah tidak berlaku apa-apa.
Aku tidak terlalu memikirkan hal itu kerana mungkin hal itu hanya sekadar angin lalu dan tidak terlalu penting bagiku dan baginya.
Namun, apa yang aku ketahui hari ini, yang terlihat jahat itu tidak sepenuhnya jahat.
Buktinya, lelaki tersebut lah yang menolongku dari dilecehkan oleh pelajar di kantin tadi.- May, 2012
KAMU SEDANG MEMBACA
You Are
Randomkepada watanabe haruto, seorang pria yang jauh dari kata sempurna namun merupakan definisi pria ikhlas yang sesungguhnya [jw's pov]