"Jaeyun, ibu panggil makan"Jaeyun ataupun lebih mesra lagi dipanggil Jake, jejaka itu memalingkan muka memandang wajah abangnya yg baru sahaja menapak masuk ke dalam biliknya tanpa izin. Kerutan di dahinya sudah cukup mengatakan segala-galanya. Dia tak suka.
"Kalau ya pun, ketuk dulu"
Keluhan kecil keluar daripada mulut abangnya. "Okey maaf. Tapi kau kena makan. Dah 4 hari kau berkurung dalam bilik hadap skrin komputer tu"
"Hei aku bukan saja-saja tau. Ni kerja aku. Aku tahu lah bila nak makan nanti" Bengang Jake, entah kenapa sudah seminggu dia berubah menjadi sensitif begini. Sikit-sikit nak marah. Berkurung di dalam bilik, alasannya sibuk menulis buku.
Telapak tangan milik abangnya mendarat di bahunya. "Jaeyun, kenapa kau tiba-tiba berubah macam ni? Sejak Hanseol-"
Ayatnya putus begitu tangannya ditolak kasar oleh Jake. "Jaejoong, aku boleh jaga diri aku sendiri"
Belum sempat abangnya membuka mulut, Jake sudah bersuara seolah-olah tak mahu mendengar apa-apa balasan lagi. "Keluar. Sekarang"
Jaejoong hanya mampu mengeluh sebelum keluar. Mungkin Jake perlukan masa untuk bersendirian sekejap. Lama-kelamaan nanti okey lah.
Mungkin.
─── * ☆
KAMU SEDANG MEMBACA
❝Apocryphal❞ + Sim Jaeyun
Short StoryㅤㅤㅤㅤㅤㅤApocryphal ; (of a story or statement) of doubtful authenticity, although widely circulated as being true. Jake merupakan seorang penulis yg berjaya dan mempunyai imaginasi yg sangat tinggi. Untuk mendapatkan cerita yg menarik dia harus mencip...