Beberapa anggota Force 136 menjumpai dua mayat tentera Jepun di dalam sebuah kebun . Di samping dua mayat , terdapat juga unggun api yang telah terpadam dan beberapa peralatan tentera Jepun. Setelah anggota Force 136 memeriksa keadaan mayat , mereka berpendapat bahawa dua tentera Jepun bukan diserang oleh mana-mana pihak bersekutu kerana tiada kesan tembakan, mereka beranggap tentera Jepun itu diserang haiwan buas .
Beberapa hari sebelumnya.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Suhaimi , seorang pekebun keluar daripada pintu depan rumahnya. Suhaimi juga dikenali sebagai Pak Ngah oleh penduduk kampungnya . Suhaimi tinggal seorang di rumah pusakanya . Selepas Suhaimi mengunci pintu rumah , dia turun ke bawah rumah untuk mengambil peralatan kebun . Selesai sudah , dia terus berjalan kaki ke arah kebunnya.
Sudah jadi kebiasaan Suhaimi akan melakukan rutin yang sama pada setiap hari . Namun orang kampung langsung tidak bertegur sapa apabila berselisih di atas jalan . Daripada sudut permandangan orang kampung , Suhaimi jarang sekali bercakap dan melihat orang lain secara bertentangan. Dia sering dilihat seperti dalam dunianya sendiri. Namun segala hasil kebun akan dibawa ke kedai runcit di pekan. Malah , Suhaimi sering pergi ke mana-mana sahaja dengan berjalan kaki sahaja walaupun ketika itu musim perang .
Cuma pada satu hari , malang tidak berbau . Tiga orang tentera Jepun sedang meronda-ronda kawasan kampung tanpa pengawasan pegawai mereka . Itsuki , Saigo dan Hidenori . Mereka menyelinap keluar daripada markas tentera Jepun secara senyap untuk mengelak kebosanan . Pada awalnya mereka hanya mahu meronda-ronda kampung sahaja. Setiap kali mereka ternampak platoon tentera Jepun yang bertugas , mereka akan lari menyorok dalam semak. Jika mereka ditangkap , mereka boleh dijatuhkan hukuman oleh mahkamah tentera .
Tiba lah masa , mereka berasa lapar . Secara kebetulan mereka tidak membawa wang dan juga dokumen identitifikasi . Jadi mereka tidak dapat beli makanan di mana-mana kedai runcit . Mereka juga takut jika pemilik kedai melaporkan mereka kepada pegawai mereka di markas. Mereka berehat sebentar di tepi jalan kecil .
Semasa mereka berbual-bual , Saigo ternampak Suhaimi sedang berjalan lewati mereka . Saigo nampak Suhaimi sedang membawa guni berisikan buah-buahan hasil kebun . Saigo memberitahu Hidenori dan Itsuki , malah bercadang untuk menyamun Suhaimi . Hidenori bersetuju manakala Itsuki membantah . Saigo tetap mahu samun Suhaimi dan mengugut Itsuki jika dia tidak mahu ikut , Saigo akan melaporkan kepada pegawai mereka mengenai aktiviti mereka. Itsuki terpaksa akur .
Hidenori keluar dari semak dan memberhentikan Suhaimi . Suhaimi berpatah balik tetapi dihalang oleh Saigo dan Itsuki di belakang . Hidenori meminta dokumen identifikasi daripada Suhaimi . Suhaimi hanya berdiam diri . Saigo mula bersuara dan memarahi Suhaimi. Itsuki cuba menghalang tapi dimarahi Hidenori . Suhaimi tidak memberi apa-apa reaksi . Saigo terus menampar muka Suhaimi lalu meminta Suhaimi untuk hulurkan buah-buahan kepadanya . Muka Suhaimi daripada muka tiada perasaan kepada bengis . Itsuki beritahu rakan-rakannya supaya biarkan Suhaimi pergi dan balik ke markas. Saigo memarahi Itsuki lalu menyuruh Hidenori mengambil hasil kebun dari tangan Suhaimi. Apabila Hidenori cuba mencapai hasil , Suhaimi menepis tangan Hidenori lalu membuka bunga silat dan menendang jatuh Hidenori. Tanpa mereka sedar , Suhaimi sedang memegang bayonet milik Hidenori . Mereka terkejut melihat reaksi Suhaimi , matanya menjadi merah dan pandangan yang tajam . Itsuki cuba menenangkan keadaan tetapi Saigo tetap mahu bertindak agresif . Saigo terus merentap hasil yang terjatuh atas tanah dan Suhaimi terus menyerang Saigo dengan niat mahu menetak Saigo . Bunyi tembakan bergema . Hidenori menembak Suhaimi dengan sepucuk pistol yang diseledup keluar . Mereka melihat Suhaimi rebah di atas tanah . Itsuki memeriksa keaadaan Suhaimi , namun dia sudah meninggal .
Itsuki mula memarahi Saigo dan Hidenori atas tindakan mereka yang menyebabkan kematian orang awam . Hidenori menampar muka Itsuki dan menyuruh dia supaya bertenang . Saigo dan Hidenori mengheret jasad Suhaimi ke dalam semak manakala Itsuki hanya mampu melihat . Saigo dan Hidenori mengugut Itsuki supaya berdiam diri dan tidak berkata apa-apa kepada pegawai mereka.
Selang beberapa hari , waktu malam .
Ketiga-tiga tentera Jepun tersebut ditugaskan untuk menjaga hujung kampung di dalam sebuah kebun . Saigo dan Itsuki duduk di tepi unggun api . Itsuki masih terganggu dengan insiden yang berlaku. Dia rasa tidak sedap hati kerana teringat raut wajah Suhaimi tempoh hari. Dia rasa ada sesuatu yang tak kena . Hidenori muncul dari kegelapan dan duduk di sebelah Itsuki sambil meletakkan senapang di sisinya . Itsuki bangun dan memberitahu dia mahu membuang air kecil di celah semak beberapa meter daripada kawasan khemah mereka .
Semasa Itsuki membuang air , dia rasa seperti seram sejuk . Bulu romanya tegak berdiri . Kedengaran lolongan anjing bergema memecah kesunyian malam . Tiba-tiba dia terdengar jeritan rakan-rakannya dan bunyi tembakan . Itsuki terus bergegas ke khemahnya . Apa yang mengejutkan Itsuki , kedua-dua rakannya , Saigo dan Hidenori telah mati dan berlumuran dengan darah . Dia berdiri tegak sambil melihat dua mayat yang rebah di keliling unggun api .
Tiba-tiba Itsuki dapat merasakan ada seseorang berdiri di belakangnya . Kedengaran bunyi nafas yang berat di belakangnya . Itsuki terus toleh ke belakang, tiada orang . Dia terus capai senapang untuk lindungi diri. Itsuki terdengar bunyi ranting patah di dalam kegelapan. Dia terus membidik terhadap sumber bunyi tersebut . Di situ dia terlihat kelibat Suhaimi yang samar-samar berdiri tegak dengan wajah tersenyum sinis terhadapnya . Dalam beberapa saat , terus menghilang . Itsuki terus terduduk diam di hadapan unggun api sambil melihat mayat rakannya .
Di kala bulan mengambang , kelihatan Suhaimi balik ke rumahnya seperti tiada apa-apa yang berlaku.
-TAMAT-
EPILOG : Setelah beberapa hari selepas insiden, Itsuki bertanya pada seorang kampung sebelum dia ditugaskan ke tempat lain mengenai Suhaimi. Sebenarnya Suhaimi sudah lama meninggal dunia sebelum Jepun datang ke Tanah Melayu lagi . Apa orang kampung selalu nampak tu cuma hantu raya Suhaimi. Sebab itu orang kampung tidak mengganggunya .