Hikayat Amran - Bangsat...

14.3K 81 5
                                    


𝗧𝗮𝗺𝗮𝘁𝗻𝘆𝗮 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗷𝗶𝗮𝗻
------------------------------

Aku dalam perjalanan balik ke kampung. Aku baru sahaja selesai menduduki peperiksaan untuk lulus peringkat Diploma. Sekiranya lulus aku berniat untuk sambung pengajian diperingkat sarjana dan mungkin sampai ke peringkat Phd. Sementara menunggu keputusan aku keluar, aku bercadang nak melepak dan menikmati cuti panjang aku di kampung. Cuti ini juga dapat membantu merehatkan otak aku yang terasa macam nak pecah belajar sebelum peperiksaan aritu. Jam baru masuk pukul 10 malam, perlahan -lahan mata aku mula menutup dan diiringi deruman enjin bas ekspres yang akan membawa aku pulang ke destinasi tempat kelahiranku.

Aku tersedar apabila terdengar pintu barangan yang terletak dibahagian tengah badan bas dihentak kuat. Dari tingkap aku melihat beberapa penumpang termasuk drebar bas sedang bercakap-cakap semasa mereka diturunkan dan kemudian beredar. Apabila drebar bas sudah kembali ke kerusi pemandunya, kedengaran suaranya separa memekik

"𝙎𝙖𝙥𝙚𝙧 𝙥𝙪𝙡𝙖𝙠 𝙣𝙖𝙠 𝙩𝙪𝙧𝙪𝙣 𝙡𝙚𝙥𝙖𝙨 𝙣𝙞?? 𝙆𝙖𝙡𝙪 𝙖𝙙𝙚 𝙩𝙤𝙡𝙤𝙣𝙜 𝙗𝙖𝙜𝙞𝙩𝙖𝙝𝙪 𝙨𝙖𝙮𝙖 𝙨𝙚𝙠𝙖𝙧𝙖𝙣𝙜.."

Tanpa basa-basi lagi drebar tu pun meneruskan pemanduannya. Ada beberapa lagi penumpang meminta untuk diturunkan disepanjang jalan sebelum bas akhirnya berhenti di perhentian akhir iaitu Stesen Besar Perhentian Bas K*** B****. Aku telah tersedar sepenuhnya dari tidurku. Cuma menunggu giliran untuk diturunkan sebentar sahaja lagi. Memang lazimnya kalau aku balik menaiki bas, aku akan meminta untuk diturunkan berdekatan dengan rumah aku. Disebabkan aku malas meminta sepupu aku supaya datang menjemput aku di perhentian akhir, maka aku bercadang untuk berjalan kaki sahaja pulang ke rumah. Bas berhenti ke tepi jalan seperti yang aku pinta. Jam menunjukkan awal pagi, dalam 3.45 pagi. Setelah turun, aku lalu menggalas beg hitam berisi kain baju untuk dibasuh. Bau pakaian kotor aku juga sudah mula menyengat. Aku mula menapak perlahan dibahu jalan.

"𝘼𝙡𝙖 𝙩𝙖𝙠𝙙𝙚 𝙟𝙖𝙪𝙝 𝙥𝙪𝙣... 𝙃𝙖𝙗𝙞𝙨 𝙧𝙤𝙠𝙤𝙠 𝙨𝙚𝙗𝙖𝙩𝙖𝙣𝙜 𝙣𝙖𝙣𝙩𝙞 𝙨𝙖𝙢𝙥𝙖𝙞𝙡𝙖𝙝..."

Bisik aku sendirian dengan mula menyalakan 𝗗𝘂𝗻𝗵𝗶𝗹𝗹 sebatang. Suasana hening kampung menyelubungi pergerakan perlahan aku. Belum ada orang kampung yang terjaga ketika itu. Sambil memandang ke arah jalan berturap tar, masih lagi kelihatan basah.

"𝙋𝙖𝙩𝙪𝙩𝙡𝙖𝙝 𝙨𝙚𝙙𝙖𝙥 𝙩𝙞𝙙𝙪𝙧..𝙨𝙚𝙢𝙖𝙡𝙖𝙢 𝙪𝙟𝙖𝙣 𝙡𝙚𝙗𝙖𝙩 𝙠𝙪𝙩?? 𝙎𝙖𝙩 𝙡𝙖𝙜𝙞 𝙜𝙚𝙧𝙚𝙣𝙩𝙞 𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙧 𝙨𝙪𝙖𝙧𝙖 𝙋𝙖𝙠 𝙈𝙖𝙩 𝙜𝙞𝙩𝙖𝙧 𝙢𝙚𝙡𝙖𝙪𝙣𝙜𝙠𝙖𝙣 𝙖𝙯𝙖𝙣..𝙥𝙖𝙨𝙩𝙪 𝙗𝙤𝙡𝙚𝙝 𝙣𝙖𝙢𝙥𝙖𝙠𝙡𝙖𝙝 𝙢𝙖𝙠𝙘𝙞𝙠-𝙢𝙖𝙠𝙘𝙞𝙠 𝙣𝙞𝙣𝙟𝙖 𝙩𝙚𝙧𝙜𝙚𝙨𝙖-𝙜𝙚𝙨𝙖 𝙜𝙞 𝙨𝙪𝙧𝙖𝙪...."

* makcik ninja = pompuan pakai selubung solat

Begitulah kelaziman kehidupan kampung aku setiap pagi. Dekat-dekat pukul 7 pulak, semakin ramai orang kampung yang kelihatan dan mula sibuk dengan aktiviti masing-masing. Budak-budak yang berpakaian seragam sekolah juga sibuk jalan bersaeng-saeng dan berkumpulan menuju ke sekolah mereka.

Lampu jalanan 𝗧𝗡𝗕 masih terang menerangi sisa perjalanan sebelum sampai ke rumahku. Hampir 2 minit berjalan, aku menyimpang masuk menelusuri jalan kecil terus sampai ke destinasi akhir perjalanan. Dari jarak 100 meter aku mengagahi langkah pagiku melalui jalan kecil itu , akhirnya ternampak atap bumbung rumah kayuku. Rumah yang sederhana besar inilah yang banyak menyimpan kenangan pahit manis kami sekeluarga. Arwah ayah akulah yang membina rumah ini dengan kedua tangannya sendiri. Dan dirumah ini jugalah persinggahan terakhirnya di atas muka bumi sebelum mengiringi jasadnya ke alam abadi.

KISAH SEKS KAMPUNGWhere stories live. Discover now