Bab 3

133 9 0
                                    


Tidak lama selepas Emy meninggalkan ruang makan, Luth turut beredar. Naik ke biliknya bersama bagasinya. Tubuh dihempaskan ke atas tilam empuk bersaiz queen. Melepaskan segala penat dan lelah. Pun begitu, matanya tidak mahu lelap.

Mata lelaki itu meliar memerhati ruang bilik. Biliknya masih sama seperti sepuluh tahun yang lalu. Tiada apa yang berubah melainkan set cadar tilamnya. Ini ajelah yang dia rasa baru.

Perlahan-lahan, dia turun dari katil dan berjalan ke arah meja studi. Nota-nota kecil yang dipenuhi dengan formula matematik masih lagi tertampal di dinding hadapan meja studi. Periodic table kimia pun masih ada. Tersungging senyuman di bibirnya saat melihat jadual itu. Dia langsung tak faham apa-apa sekarang. Tak ingat apa yang dia belajar dulu. Jangan ditanya semua itu. Cara nak baca jadual tu pun dia tak tahu. Teruk, bukan? Ilmu kalau tidak dipraktikkan, inilah jadinya.

Langkah diayun ke tingkap bilik. Langsir diselak. Memandang bilik yang bertentangan dengan biliknya. Itu bilik Emy. Bilik mereka saling menghadap. Dulu dia dengan Emy selalu berbual melalui tingkap ini. Berbalas bahasa isyarat dan kadang-kadang tulis perkataan besar-besar kat kertas lukisan. Macam tak boleh berbual melalui telefon, kan? Well... parents Emy kawal pengunaan telefon gadis itu. Bukan setiap masa Emy boleh guna telefon.

Bila kenang semula memori masa lalu bersama Emy, segalanya masih terasa segar. Seolah-olah baru semalam dia dan Emy berbual melalui tingkap ini. Dia masih boleh ingat dengan jelas apa yang mereka bualkan. Segalanya indah.

Tapi kenapa Emy dah tak macam dulu? Lelaki itu tertanya-tanya.

Bibirnya tersenyum kelat.

"Dia tak excited pun jumpa aku..."

Langsir bilik ingin ditutup semula. Tapi bila dia ternampak bayang Emy di luar rumah gadis itu, pergerakkan tangannya terhenti. Matanya terpaku ke arah gadis itu.

"Lah... kat situ rupanya dia..."

Tanpa membuang masa, Luth terus ayun langkah keluar dari bilik, turun tangga dan menuju ke rumah Emy melalui pintu belakang rumah. Pandangan mata tidak berkalih daripada merenung tubuh Emy yang sedang membelakanginya. Gadis itu dihampiri perlahan-lahan.

Ehem!

Luth berdeham. Ingin mencuri tumpuan Emy. Namun, gadis itu masih kaku. Langsung tidak berkalih ke arahnya. Luth mara beberapa tapak, berdiri di hadapan gadis itu.

"Tidur? Ya Allah, dia ni... masih sama macam dulu. Kat mana-mana pun boleh terlelap," gumam Luth perlahan.

Punggungnya dilabuhkan di sebelah gadis itu. Ingin menemani Emy di situ. Raut wajah Emy diteliti. Setiap inci. Dari dahi, kening, kelopak mata, hidung, pipi... bibir. Renungan matanya terkunci lama pada dua ulas bibir merah gadis itu.

Gulp!

Pandangan matanya terus dilarikan ke arah lain. Behave, Luth!!

Pap!

Tidak semena-mena, kepala Emy terlentok elok di bahunya. Mata Luth dikerlingkan pada Emy. Hujung bibir tersenyum nipis.

"Kau masih sama macam dulu, Emy. Suka tidur kat bahu aku...," tutur lelaki itu perlahan. Kepala Emy dibiarkan di bahunya.

Gadis itu memang mudah terlelap. Boleh tidur kat mana-mana aje. Dalam bas, dalam tren, dalam panggung wayang... dan tiap kali itu Emy akan tertidur di bahu Luth. Perkara ini hanya akan terjadi jika Luth yang berada di sebelahnya. Sebab bila orang lain yang duduk sebelah Emy, elok aje Emy tidur tanpa terlentok pada bahu sesiapa. Barangkali Emy sudah terlalu selesa bersama Luth dan keselesaan itu membuatkan gadis itu bertindak di luar sedar.



EMY tersedar saat dia rasakan posisi kepalanya berubah. Perlahan-lahan dia membuka matanya. Pandangan matanya dilirikkan ke atas. Liur ditelan. Cepat-cepat dia kalihkan kepalanya.

"Sorry...," tuturnya.

"It's okay. You look tired," balas Luth. Tenang.

"Hmm..."

Hanya itu respons Emy. Tangannya segera menutup mulut yang menguap.

"Tidurlah lagi. Aku boleh pinjamkan bahu aku," kata Luth seraya menepuk-nepuk bahunya.

"Kau buat apa kat sini?"

"Jumpa kau."

"Untuk apa?"

Luth pandang Emy. Merenung wajah Emy yang langsung tidak memaparkan sebarang riak.

"Kau tak rasa kita ada banyak benda nak cakap ke?"

Emy jungkit bahu.

"Entah. I don't think so."

"Wow! You're so cold. But why? Aku ada buat salah kat kau ke?"

"Sorry kalau kau rasa aku tak treat kau nicely. I'm not in a good mood today. Aku penat. Aku mengantuk. Aku dah beritahu kau kan tadi?"

"Asal tak tidur aje dalam bilik? Kau buat apa kat sini?"

"Aku pun tak sedar bila aku terlelap kat sini."

Luth angkat punggung.

"Hmm, okeylah. Aku balik dulu. Kau rehatlah. I don't want to disturb you. I also need a good rest after such a long journey. Jumpa esok!" ucap Luth sebelum melangkah pergi.


Will You Be My Flashlight?Where stories live. Discover now