"Lepaskan I, Zam. Antara kita dah tak sehaluan. Biar I hidup dengan cara I, dan you boleh terus hidup dengan cara you." Tegas perempuan berambut panjang di hadapannya mengatur bicara.
Hafizam tersenyum sinis. Mudah betul Shireen membuat keputusan. Rumahtangga yang dibina lebih lapan tahun itu begitu murah nilainya di mata isterinya." You dah fikir masak-masak ke Shireen?. "
"Yes. I akan failkan perceraian kita secepat mungkin. And I hope you tolong jangan lengah-lengahkan proses permohonan ni."
Kini Hafizam menggeleng pula. Nampaknya Shireen betul-betul sudah nekad. "I tak tahu apa sebab kita perlu berpisah. We love each other and we have been married for eight years with two adorable kids. Why should we divorced? Don't you dare to tell me yang you dah ada orang lain."
"No!" Laju Shireen memintas. Dia menyambung lagi. "Never, even once."
"Then?" Kini Hafizam benar-benar perlukan jawapan. Dia buntu. Shireen minta berpisah semasa ulangtahun perkahwinan mereka yang kelapan? Kegilaan apakah ini?
"You never loved me, Zam."
Hafizam raup mukanya untuk kesekian kali. Apa yang cuba disampaikan Shireen? Mungkinkah isterinya itu sekadar merepek kerana PMS? Mustahil,biarpun dia berharap ia benar.
Shireen tarik nafas panjang sebelum menyambung kata." I tahu dalam hati you sentiasa ada dia."
Hafizam tergamam. Dia seakan tahu apa yang dimaksudkan Shireen. Tapi itu dulu. Perempuan itu telah pergi. Jauh dari kehidupan mereka semua sejak bertahun yang lalu. Mengapa perlu nama perempuan itu disebut semula?
"Come on, sayang. She is no longer with us. No longer here and no longer in my heart." Jemari Shireen yang terletak di atas meja digenggam untuk meyakinkan. Dia mahu Shireen tahu bahawa hanya Shireen di hatinya.
"But she will always in your mind, Zam. I knew.." Perlahan si isteri menuturkan kata-kata terakhirnya.
Tatkala itu pintu kafe ditolak seseorang dari luar. Kedua-dua mereka menoleh. Seorang wanita bersuit putih dan bertudung hitam mengatur langkah perlahan menuju ke arah mereka.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Since when?"
Dahi Seri Munirah berkerut. "Since when what?"
"Ada dua soalan. First, since when you berhijab and second one is since when you bersekongkol dengan isteri I?"
Seri menghadiahkan sekelumit senyuman sebelum menyandarkan tubuhnya ke kerusi. "First, since I moved to Sarawak. And second, I ke mari sebagai peguam isteri you." Sebuah sampul surat bersaiz A4 dihulurkan kepada Hafizam.
Hafizam semakin keliru. Apakah semua ini? Dia mungkin hampir terlupa bahawa Seri itu seorang peguam syarie, tapi tidak ada peguam lainkah yang boleh Shireen upah untuk menguruskan permohonan cerainya itu?
Sampul surat itu tidak disambut. Dibiarkan saja Seri meletakkannya ke atas meja. Isterinya sudah lama pergi meninggalkan mereka sejak Seri tiba tadi. Ada urusan lain katanya, dan entah kenapa dia tidak mampu menghalang.
"I takkan ceraikan dia, Seri. You know that I love her so much, right?"
"You love her so much sampai you sanggup tinggalkan I kan?." Begitu lancar soalan itu keluar dari mulut Seri.
Hafizam tergamam. Lambat-lambat dia membalas. "Please be professional Cik Seri. We are done. Long time ago."
Dia mengharapkan agar Seri marah, namun sebaliknya. Perempuan di hadapannya itu sekadar tersenyum sebelum bangun dari kerusinya. "I tak boleh lama. You boleh semak dokumen-dokumen dalam envelope tu. I hope to see you di mahkamah nanti. Jangan tak datang pula."
Sempat pula Seri menghadiahkan sebuah kenyitan sebelum berlalu. Hafizam bingung. Hari yang sepatutnya diraikan dengan kegembiraan, bertukar menjadi hari malang buatnya.
Isteri kesayangannya memohon cerai dan peguam yang berpihak kepada Shireen adalah bekas kekasihnya sendiri. Masuk akalkah semua ini?
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------Sebaik keluar dari kafe terkemuka itu, dia menuju ke sebuah pacuan empat roda yang terparkir di bahu jalan. Elok dia masuk ke dalam kenderaan dan duduk di sebelah pemandu, Shireen terus menekan minyak untuk meninggalkan kawasan itu.
"Dia tak nak ceraikan kau."
"But he have to."
Seri tergelak kecil. "Itu kata kau. Kuasa cerai di tangan suami. Don't forget that." Dia sekadar ingin mengingatkan.
"Tapi kau kan the best lawyer in Sarawak. Kau boleh buat sampai dia sanggup lepaskan aku kan, Seri?."
"In Sarawak, but not in KL.." Mendatar sahaja jawapan yang diberikan.
Terdengar keluhan Shireen di sebelah. Sebelum ini dia hanya mengenali perempuan itu sebagai perempuan yang merampas kekasihnya aka bakal suaminya. Tapi hari ini dia mewakili perempuan itu untuk memohon cerai dari lelaki yang pernah menjadi cinta pertamanya. Bunyinya aneh, bukan?
"Reason kau tak cukup strong."
"Then make it strong. Aku sanggup bayar berapa saja yang kau nak. Janji Zam lepaskan aku." Bersungguh-sungguh Shireen mengungkapkan kata. Dah habis fikir agaknya minah ni.
" Dia setia dengan kau, bagi kau cukup makan pakai dan tempat tinggal. Apa lagi yang kau nak?" Seri mula rimas. Perempuan bernama Shireen itu nampaknya betul-betul sudah bulat hati.
"Kau patut bersyukur dia pilih kau.." Entah kenapa Seri tak mampu menghabiskan kata-katanya. Seakan ada belati tajam menusuk ke hati.Biarpun kata-kata terakhir yang diucapkan Seri perlahan bunyinya, namun cukup untuk sampai ke pendengaran Shireen. Tiba-tiba dia mendapat idea.
Jarinya dipetik membuatkan Seri yang tekun memandang jalan di hadapan sedikit terkejut.
"Aku ada idea."
Seri menaikkan keningnya.
"Dia tak perlu ceraikan aku,tapi dengan satu syarat."
Makin berganda kerutan di dahi Seri menantikan jawapan. Pelik-pelik sahaja akal isteri Hafizam ini. Mengalahkan dia yang lawyer ini pula.
"Jom kita balik rumah kau. Rumah aku tak boleh." Shireen sudah memberi signal masuk ke laluan menuju Subang Jaya, menghala ke apartment yang didiami Seri
"Nak buat apa?."
"Kita discuss. Aku ada plan." Senyuman Shireen semakin meleret.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------2 bulan sebelum...
"Why should I? I rasa you dah salah orang. You patut cari lawyer lain." Seri sudah bangun dari kerusi ketika Shireen memegang lengannya dengan pandangan penuh mengharap.
"Please Seri. Let me explain. Duduk dulu." Lembut tangan perempuan itu memegang tangannya. Akhirnya, Seri duduk kembali.
" You tahu siapa I dengan dia dulu kan? You yang rampas dia dari I, and now you nak I wakilkan you untuk failkan perceraian you dengan dia?. How could you? Silap hari bulan dia akan fikir I yang hasut you untuk bercerai. " Kepala Seri sudah tergeleng-geleng seakan tidak mempercayai apa yang berlaku sekarang.
Ada linangan air mata yang mengalir dari tubir mata perempuan di hadapannya. Setitik demi setitik. Shireen menangis, dan dia tahu air mata itu genuine. Bukan sekadar air mata palsu yang dibuat-buat.
"I cuma percayakan you, Seri. Only you can help me." Tangan kanan Seri dicapai dan digenggam mengharapkan balasan kekuatan.
Dan sejak itulah Seri mula "bersekongkol" dengan Shireen.
YOU ARE READING
Bekas Kekasih Seumur Hidup
FantasyHafizam itu cinta mati Seri. Bertahun menanti, tapi mengapakah lelaki itu memilih Shireen sebagai permaisurinya? Sungguh Seri patah hati. Dia tidak lagi percaya pada cinta dan janji manis insan bergelar lelaki. Selepas 8 tahun dia kembali semula ta...