[ duapuluhempat ]

57 7 0
                                    

wajah wooyoung aku pandang. dia langsung tidak menunjukkan perasaan pada wajahnya. matanya kecil bagaikan tidak bermaya untuk berhadapan dengan yeosang dan yunho.

badan kecil dia (takdelah kecil mana) duduk di atas sofa sambil matanya tidak habis memandang yeosang. marah dia dengan yeosang masih tinggi ke? kenapa dia pandang yeosang sahaja sedangkan yunho pun marah dia?

" kau nak cakap apa? "

" kenapa kau intai haejin dalam bilik tadi? "

wooyoung tersenyum sinis. memandang semula ke arah yeosang yang bertanyakan soalan. baginya itu adalah soalan yang bodoh.

aku terus menunggu jawapan daripada wooyoung. berharap alasan yang keluar adalah munasabah dan aku akan terus memaafkan dia.

" soalan bodoh apa kau ni? aku nak ajak dia makan. "

" sedangkan aku boleh panggil dia makan. kau siapa?  "

" aku sepupu dia. kau cuma perampas dan perosak hidup aku. "

" haejin yang pilih aku. dia pilih aku sebab aku sentiasa ada dengan dia. "

" heh sejak dulu, kau diam je kat tepi. bukan nak teman dia main apa semua. "

" aku buat ada sebab! "

suara yeosang mula meninggi. mungkin tidak dapat menahan amarahnya. wajah wooyoung direnung tajam. tangannya digenggam tanda marah dengan lelaki bertahi lalat di bawah mata itu.

aku berjalan ke arah yeosang. aku usap perlahan belakang badannya. nak pujuk dia lah katakan.

seokjin turun dari tingkat atas sambil tangannya mengusap usap matanya. dia memandang pelik yunho, yeosang dan wooyoung.

" engkorang ni kenapa? "

" wooyoung intai haejin dalam bilik. "

mata seokjin terbeliak memandang aku. dia berjalan ke arah aku yang masih mengusap belakang yeosang. seokjin menarik badan aku. dipusing pusingnya aku melihat badan aku.

kot kot ada luka ke apa en.
tapi aku kena intai bukan kena pukul.

" hyung. intai. bukan pukul. "

" oh iya. "

seokjin mengundur setelah mendengar penjelasan daripada yunho. simple tapi faham. seokjin je yang tak betul.

dia berjalan ke arah wooyoung. lengan baju wooyoung ditarik. seokjin dah bersedia untuk melempang wooyoung.

" kau tak dapat adik aku, kau intai dia? nak rogol dia? "

" kau kenapa hyung? aku nak ajak dia makan. tak tau pulak dia tidur. aku masuk nak kejut dia. "

" kenapa kau tak panggil aku je suruh kejut adik aku? "

" kau bodoh eh? mana ada cikgu bodoh. kau pun tidur lah, hyung. "

seokjin menarik nafas dalam. perlu bersabar dengan perangai adik sepupunya yang seorang ini. makin menjadi jadi perangainya. berubah 359°.

" kau jangan kurang ajar dengan hyu– "

" dah kau orang semua masuk bilik. haejin. kunci pintu. yeosang dengan yunho tidur elok elok. aku nak ajar manusia tak cukup akal ni. "

aku segera menarik yeosang dan bawa dia ke bilik dia dan yunho. aku harap dia berasa sedikit lega dengan apa yang terjadi.

.
.
.
.
.

wooyoung.

aku memandang seokjin hyung. aku tau aku dah kurang ajar dengan dia tapi kenapa semua orang nak bela yeosang? kenapa?

" kau kenapa? "

" aku kenapa kau tanya, hyung? kau tanya haejin la. "

aku bangun dari duduk dan menuju ke tangga. nak masuk bilik, nak tidur nak tenangkan fikiran. malam ni kan aku tidur seorang sebab jongho masih kat hospital.

aman takde budak beban tu.

" kau yang berubah perangai, kenapa aku kena tanya haejin? "

" dia yang berubah hati. kenapa kena tanya aku? "

aku terus ke bilik. masuk bilik dan kunci pintu. mata aku memandang frame gambar di tepi katil. memandang muka muka sepupu yang ada. mata aku tertatap pada wajah haejin.

tergamit memori lama–

[C]  dia +  pseonghwaWhere stories live. Discover now