Bab 1

34 4 0
                                    

KOMPUTER riba ditutup dengan cermat sebelum badan diregangkan sepuasnya. Ahh penatnya duduk hampir tujuh jam untuk menyiapkan manuskrip baru. Cawan bercorak tompok hitam dengan kepala lembu itu dicapai oleh Eshal. Air coklat yang sudah suam itu disisip perlahan. Biasanya orang minum kopi untuk berjaga, tetapi tidak untuk Eshal. Dia mempunyai tahap toleransi yang rendah terhadap kafein. Jadi bagi mengelakkan kesan sampingan daripada pengambilan minuman berkafein seperti migrain, Eshal akan memilih air coklat panas. Jam dinding dikerling sekilas. Sudah hampir jam 4 pagi.

"Sakitnya belakang, ini kalau dapat letupkan segala tulang-belulang ni, fuhh nikmat." Eshal bermonolog sendirian sambil melangkah longlai ke bilik. Patung arnab berwarna merah jambu dipeluk erat sebaik sahaja dia merebahkan diri ke atas katil. Seronoknya dapat baring setelah duduk terlalu lama. Tidak menunggu lama, Eshal terus belayar ke pulau kapuk setelah badannya mula selesa berbaring pada tilam empuk.

"Ceraikan saya! Saya tak perlukan awak!" Sang isteri menutur baris kata itu buat sang suami.

"Berikan saya satu lagi peluang. Saya betul-betul menyesal." Si suami masih cuba memujuk isteri yang telah dirasuk oleh rasa amarah yang membuak-buak.

"Penyesalan awak boleh kembalikan anak kita ke? Boleh? Boleh ke? Jawablah saya tanya ni!" Sang isteri kembali membentak dan mencerlung tajam ke arah suaminya. Air mata yang merembes keluar diseka kasar.

"Jangan pernah tunjuk muka awak lagi!" Jerit wanita itu lagi.

Bang

Eshal terus terjaga daripada tidurnya apabila dia jatuh dari katil. Punggungnya digosok-gosok perlahan. Sakitnya ya rabbi. Jam loceng yang terletak di atas meja kopi bersebelahan dengan katilnya dipandang sekilas. Hah?? Sudah pukul 7 pagi. Eshal segera bangkit dan menuju ke bilik air. Air sembahyang diambil dan dia terus melaksanakan solat subuh. Usai solat subuh, Eshal terus belari ke ruang tamu di mana terletaknya komputer ribanya. Mimpinya sebentar tadi telah memberikannya idea. Dia harus menulis adegan itu dengan segera.

"Woi, beragaklah sikit. Kalau iya pun, cabutlah telekung tu dulu. Serupa jebon aku tengok engkau ni. Dengan telekungnya, dengan bergelap lagi." Zara yang hendak keluar membeli sarapan itu menegur rakan baik yang juga merupakan rakan serumahnya itu.

"Ilham datang tak kira masa dan ketika tahu tak. Jadi baik aku tulis cepat sebelum ilham tu lari." Selamba Eshal membidas kata kawannya itu. Eshal kemudian memerhatikan rakannya. Amboi sudah siap bertudung. Nak keluarlah tu.

"Engkau cantik-cantik ni hendak ke mana? Nak kata kerja, hari ini hari minggu." Eshal mula menyoal siasat rakannya itu.

"Aku nak keluar pergi beli sarapanlah. Nak tunggu engkau masak? Memang tidaklah. Nak tunggu kawan kau yang seorang lagi tu pula, membuta saja. Lambat lagi dia nak celik." Zara mula mengutuk Eshal dan seorang lagi rakan serumah mereka yang sedang enak diulit mimpi. Eshal hanya tertawa kecil.

"Engkau ni, cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Orang yang kau sedap kutuk tu adik kembar kau juga. Merajuk perempuan tu nanti engkau juga yang pening hendak memujuk." Eshal sudah terlentang di ruang tamu bagaikan puteri duyung. Ilhamnya sudah berlari laju meninggalkan dia apabila dia mula berbual dengan Zara.

"Tak usah nak cakap siang ke cakap malam bagai itu semua. Aku baru je tengok tadi. Dia tu tengah sedap membuta. Tak ada maknanya dia dengar. Ini kau ada nak pesan apa-apa tak? Kalau tidak aku beli je makanan sama macam aku." Eshal menarik senyum panjang mendengar bicara Zara.

"Hehe, macam biasa la Zara. Nasi Dagang." Zara hanya mengangguk dan terus berlalu pergi meninggalkan Eshal sendirian. Eshal merenung siling rumahnya. Cuba menjemput ilham datang namun hampa. Apa aku nak tulis tadi eh? Eshal duduk semula dan merenung komputer ribanya. Cepat, ingat balik, apa yang aku nak tulis tadi. Seminit, dua minit, tiga minit. Ahh tak ingat! Eshal berbaring pada lantai semula. Nantilah aku cari ilham tu sampai dapat. Sekarang aku nak sambung tidur. Mata yang masih mengantuk itu laju sahaja terlena.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 09 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Eshan EshalWhere stories live. Discover now