☘7.0☘

10.8K 503 4
                                    

Tinggallah Encik Nashif dan Puan Fadzilah berdua di rumah selama 3 hari ni.

Adik bongsunya Aira, tidak ada. Dia sekarang bersekolah di sekolah berasrama penuh. Bila cuti panjang sahaja Aira akan balik ke rumah. Rasanya tahun ni dia jarang pulang ke rumah sebab dia akan menghadapi PMR.

Hari ni, Encik Nashif dan Puan Fadzilah hantarkan Adra ke sekolah. Dengan beg lagi, barang yang dia beli semalam lagi. Takkan nak angkut dengan scooter lama Encik Nashif tu.

Sampai sahaja di sekolah, Adra terus keluar dari perut kereta Encik Nashif. Encik Nashif dan Puan Fadzilah turut keluar, membantu mengeluarkan barang-barang dari bonet kereta.

Jannah dan Ayu datang menghampiri lalu mencium tangan Puan Fadzilah. Selepas itu, mereka ramah menyapa Encik Nashif.

"Ayu... Jannah... Sihat?" Soal Puan Fadzilah.

"Sihat, Alhamdulillah." Jawab Ayu.

"Lega ibu dengar. Nih, Ibu nak pesan. Pergi tempat orang jaga mulut, jaga adab, jaga keselamatan diri. Jangan seronok sangat sampai tak ingat diri dekat tempat orang." Pesan Puan Fadzilah kepada mereka bertiga.

"Baik, bos." Jawab mereka bertiga serentak.

"Apa-apa yang jadi. Call abi dengan ibu, Ya?" Pesan Encik Nashif pula.

Adra mengangguk kepala selepas mendengar pesanan kedua ibubapanya itu.

"Semua pengawas berkumpul sekarang!" Arah Encik Mastural.

Jannah dan Ayu membantu mengangkat barang yang dibeli semalam menuju ke bas persiaran hak milik BBD High School itu.

"Bye, Adra pergi dulu"

Adra mencium tangan Puan Fadzilah dan Encik Nashif serta memeluk erat mereka berdua. Adra melambai tangan sampai la kereta milik Encik Nashif hilang dari pandangan.

Adra menghampiri sekumpulan pengawas tingkatan 5. Tanpa Adra sedari, Za'im turut berdiri rapat di sebelah Adra sambil memeluk tubuh.

"Bas dah sampai. Dengar arahan saya dulu. Bas yang warna merah ni untuk pengawas tingkatan 4 dan 5. Bas yang oren ni pula untuk tingkatan 2 dan 3. Letak beg kamu, susun elok-elok kemudian terus naik ke dalam bas, Faham?"

"Faham" Jawab mereka serentak

"Za'im tolong pantau bas oren. Adra pula pantau bas merah. Kamu semua boleh bergerak sekarang" Arah Encik Mastural lagi.

Adra mengekori Jannah dan Ayu dari belakang sambil menarik beg luggage menuju ke bas merah.

"Korang jaga tempat aku tau." Pesan Adra.

Namun mereka berdua berlari ke bonet bas tanpa mendengar suara Adra. Adra hanya mengeleng melihat kerenah dua orang sahabatnya itu.

"Jannah... Susun lah beg tu elok-elok. Orang lain nak sumbat beg dorang juga." Usik Adra. Adra berdiri berdekatan dengan pintu bas.

"Kau diam, Adra. Aku bukan sumbat beg aku sorang. Ish! Ayu mana hah?! Dah la beg berat macam tong gas." Marah Jannah. Muka bengang jelas kelihatan.

Selesai sahaja Jannah meletak begnya, dia segera keluar dari sekumpulan manusia. Termengah-mengah dia mencari nafas. Susah kalau hidup tak ada tatatertib. Sabar lah, bukannya bas ni nak bergerak pun lagi. Sibuk nak menyumbat beg sama.

"Tak guna betul, Ayu. Naik atas tak tunggu aku. Dah lah aku naik dulu." Ujar Jannah.

"Jaga tempat aku, Jannah." Pesan Adra lagi.

"Yelah... Yelah... "

Selesai sudah memantau dan memastikan semua pengawas masuk ke dalam bas. Adra yang ingin melangkah masuk ke dalam bas berwarna merah itu dihalang oleh Jannah dan Safuan yang entah muncul dari mana.

ZA'IM UKHROWI [C]Where stories live. Discover now