𝐃𝐄 𝐂𝐋𝐄𝐑𝐐 𝐒𝐄𝐑𝐈𝐄𝐒 𝐕𝐎𝐋 1
Tidak semua orang mempunyai keluarga yang sempurna. Ada yang penuh keharmonian dan ada juga yang penuh kedukaan dan penderitaan.
Terlahir di keluarga yang mewah, tidak menjanjikan kita untuk selamanya bahagia da...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
BIASAKAN DIRI VOTE DULU SEBELUM BACA, THANK YOU <3
HUJAN deras mula membasahi bumi. Kelihatan seorang gadis yang sedang fokus belajar dihujung meja perpustakaan itu. Ditangan kanannya memegang tisu yang sepertinya ada kesan darah. Sesekali tangannya naik mengelap darah yang keluar dari hidungnya. Tangannya memicit hidungnya. Botol air berwarna ungu cair itu dibuka olehnya dan diminum dengan rakus.
Levonorgestrel iaitu pil pencegah kehamilan ditelannya dan air itu sekali lagi diteguk. Dia menarik nafas dalam untuk menenangkan perasaan gelisahnya.
KRING !!!
Bunyi loceng menandakan waktu rehat sudah habis. Dia segera menutup buku rujukan Biologi dan mengemas nota-nota tersebut lalu keluar dari perpustakaan. Dia membuang tisu ke dalam tong sampah. Kakinya dengan santai melangkah ke kelas.
"Laura Vialuna Belle!" panggil satu suara. Gadis itu menoleh kearah seseorang yang memanggil nama penuhnya.
"Lain kali sebut nama papa aku sekali." ucap gadis itu.
"Kau dari mana? Tak makan ke? Aku dengan Rosie tunggu kau dekat cafe." ucap gadis yang nametag nya tertulis Raysha.
"Aku dekat library. Study. Macam biasa." balas Laura.
"Aku tak faham lah. Kau dah pandai gila. Kenapa kena belajar? Mak kau pun satu." bebel Rosie yang baru muncul.
"Kalau aku pandai, aku tak sekolah. Dah jom masuk kelas. Kejap lagi kita paper Bio. Dahlah aku banyak tidur masa kelas Bio."
"Kau memang. HAHAHAHA." kata Raysha dan Rosie serentak.
"Aku taulah kembar. Tapi takkanlah cakap pun hmm takpelah. Jom-jom." Laura malas melengah-lengahkan masa dengan berbual. Kalau dah habis exam, nak borak sampai ke subuh pun dia sanggup. Tapi bukan sekarang.
"Yelah jom-jom." balas kedua orang kembar itu. Laura mengambil tempat duduk dan menerima kertas soalan biologi.
"Kamu semua boleh mula menjawab."
Setelah siap menulis nama, Laura menyelak kertas untuk menjawab soalan. Tiba-tiba satu titik berwarna merah terkena pada kertas soalannya.
"Laura.. Are you okay?" tanya Cikgu Dahlia. Laura tersenyum.
"Saya okay, cikgu." balas Laura.
"Kalau awak nak rehat, awak boleh pergi infirmary." ujar Cikgu Dahlia.
"Tak bolehlah cikgu. Tiada periksa ulangan." balas Laura.
"Kesihatan awak lebih penting. Tentang ulangan, saya akan beritahu Cikgu Indah. Mesti dia bagi awak ulangan sebab awak kan pelajar contoh sekolah ni. Takkan kami nak sia-sia kan awak." ujar Cikgu Dahlia panjang lebar. Laura melihat kertas soalan itu.