𝐃𝐄 𝐂𝐋𝐄𝐑𝐐 𝐒𝐄𝐑𝐈𝐄𝐒 𝐕𝐎𝐋 1
Tidak semua orang mempunyai keluarga yang sempurna. Ada yang penuh keharmonian dan ada juga yang penuh kedukaan dan penderitaan.
Terlahir di keluarga yang mewah, tidak menjanjikan kita untuk selamanya bahagia da...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
BIASAKAN DIRI VOTE DULU SEBELUM BACA, THANK YOU <3
7 TAHUN KEMUDIAN...
FIGURA lelaki itu memasuki sebuah club yang terkenal dan terbesar di Italy. Dengan diiringi dua orang lelaki bersut hitam dan berkaca mata hitam. Kelihatan pistol dan pisau tersimpan rapi dipakaian mereka. Lelaki itu duduk di sofa VVIP. Dia datang ke clubnya ini kerana ingin melepaskan stress.
"Hii, King.." Tegur perempuan yang berpakaian menjolok mata itu. Dia menyentuh dada bidang lelaki itu tetapi laju ditepis oleh lelaki itu.
"non toccarmi a meno che tu non voglia essere ucciso (Don't touch me unless you want to get killed.)" ucap lelaki itu. Perempuan itu mendengus geram dan berlalu pergi. Lelaki itu menjeling. Jijik. Sudah berapa kali agaknya dia memberi amaran kepada perempuan disini untuk tidak menyentuhnya.
Dia menuangkan wine anggur itu kedalam gelas. Diminumnya dengan sekali tegukan. Dia memerhati sekeliling seperti mencari kelibat seseorang.
"Lambat betul lah budak bertuah ni." Dia kembali menuangkan wine anggur itu. Bahunya ditepuk.
"Sorry lambat, Rayden. Jalan jammed."
"Aku okay je. Takkan sampai kau, jammed." Lelaki yang bernama Rayden itu menjeling lelaki yang ditunggunya. Rayden Lorenzo De Clerq. Lelaki yang berumur 27 tahun yang dikenali sebagai King of World dan digelarkan King. Ini kerana dia mempunyai kuasa, duit dan apa-apa sahaja untuk semua orang patuh arahan dan kehendaknya. Dia yang memerintah dunia. Dialah raja dunia.
Mempunyai ramai musuh yang ingin melihat kejatuhan dia. Dan tidak sikit wanita yang ingin berdamping dengannya. Siapa je tak suka lelaki yang berduit? Tambahan pula, Rayden mempunyai wajah yang tampan sempurna. Netra yang berwarna hijau zamrud, hidung yang terletak mancung, bulu kening yang lebat dan bibir yang kemerahan tanda dia tidak merokok.
Mempunyai kulit yang sedikit tan, jawline yang mampu menggugat iman para wanita dan tubuh yang tinggi tegap berbahu lebar. Full package.
"Kau bertuah. Kalau aku tau tadi, aku naik sekali je dengan kau." ucap lelaki yang bernama Rayyan itu. Rayyan Louis De Clerq. Adik kepada Rayden yang dua tahun lebih muda darinya dan anak kedua dari keluarga De Clerq. Digelarkan Assasin of De Clerq Family. Walaupun mempunyai wajah yang tipikal playboy, dia sama sekali tidak tertarik dengan mana-mana perempuan. BUKAN GAY! Mungkin belum sampainya dia berjumpa dengan bidadarinya.
Tidak kurang dengannya. Mempunyai wajah yang tampan. Full package sama seperti Rayden. Seperti apa yang Rayden cakap 'Adik aku semua hensem. Kalau hodoh, aku hantar pergi rumah anak yatim.'
"Kau lambat siap. Sembur perfume sampai habis 10 botol. Aku tak tahu kau nak mengorat siapa. Nak cakap ada perempuan, takde." sapa satu suara. Rayyan menjeling lelaki itu. Lelaki itu berdiri dengan 3 orang lagi yang berwajah tampan.