GIK 4

5.3K 389 9
                                    

BIASAKAN DIRI VOTE DULU SEBELUM BACA, THANK YOU <3

BANG !
BANG !


HUJAN renyai membasahi tubuh seorang gadis, lintang pukang dia berlari. Sesekali dia tertoleh ke belakang, melihat bayangan hitam seseorang yang mengekorinya dengan pantas.

"Non puoi scappare da me, principessa! (You can't run away from me, Princess!)." Sinis suara keras itu.

Gadis itu menggeleng. Dia tidak mahu mendengarkan perkataan itu lagi. Lariannya terhenti apabila jalan yang dilalui adalah jalan mati. Dia mula panik. Dia sudah tidak tahu pergi mana.

Dia memusingkan badan ke belakang, riak wajahnya penuh ketakutan yang menguasai diri. Dia berundur ke belakang sehingga badannya dihalang oleh dinding.

"Jangan dekat. I tak nak! You jangan ganggu I lagi lah!" Gadis itu menjerit. Lantas air matanya mengalir dengan deras. Dia memeluk dirinya kerana air hujan yang sejuk mencucuk-cucuk tulang sendinya.

"Apa? Jangan ganggu? Kau dah buang aku. Ingat aku nak lepaskan kau macam tu je, sayang?" Leher gadis itu dicengkam olehnya. Tidak terlalu kasar. Kerana tidak mahu menyakiti gadisnya.

"I dah cakap. I dah tak perlukan you. You pun dah tak perlukan I. Kenapa you harus kembali? Kenapa you harus kembali?! Ni bukan you yang I kenal! You dah lain!"

"I'm not changing, sayang. Just my mask falling off."

Gadis itu terdiam. Dia sudah tidak mengenal lelaki itu lagi. Di dalam lorong yang gelap itu, membuatkan wajah lelaki itu tidak dilihat olehnya.

Tetapi dia sangat mengenali suara itu. Itu suara bekas kekasihnya yang dahulu. Entah kenapa, masa silam dia membuatkan dia menjadi buruan lelaki itu.


SAAT mencelikkan mata, nafasnya terus menjadi sesak. Berkerut-kerut dahinya, daripada posisi berbaring kini dia bersandar ke kepala katil. Wajah diraup kasar, hujung jemari yang menggigil tanda ketakutan yang teramat.

Mimpi yang sentiasa menghantuinya itu sentiasa datang. Dia sama sekali tidak mengenal lelaki itu. Wajah lelaki itu yang tidak terlihat dan suara yang dia tidak dapat dengari dengan jelas.

Apa kaitan dirinya dengan lelaki itu? Kenapa lelaki itu bercakap dalam bahasa asing yang tidak dapat difahami. Mimpi itu datang lagi. Datang dan terus datang tanpa henti. Tanpa penghujung. Tanpa kesimpulan. Dan tanpa mengetahui apa-apa maksud mengenai mimpi tersebut.

Anak mata rona koko cairnya jatuh pada sekeping kertas kecil yang terselit dibawah telefon pintarnya di atas meja bersebelahan katilnya.

Tanpa berlengah, dia mencapai kertas tersebut. Jari jemarinya menggigil saat membaca isi yang tertulis di kertas itu.

Soon you will be mine, princess. —R.

Kertas itu dironyokkannya lalu dibuang ke dalam tong sampah bawah katilnya dengan kasar. Dia sama sekali tidak memahami. Apa yang cuba disampaikan oleh mimpi itu?

"Kenapa aku tak pernah kenal suara lelaki itu? Dan apa kaitan dia dengan aku? Kenapa panggil aku sayang? Aku tak pernah ada apa apa hubungan dengan mana-mana lelaki sebelum ni." monolognya dengan gelisah.

GADIS IGAUAN KINGWhere stories live. Discover now