GIK 7

5.3K 331 4
                                        

BIASAKAN DIRI VOTE DULU SEBELUM BACA, THANK YOU <3

LAURA melangkah kearah Raysha dan Rosie yang sedang sibuk berbual dengan tetamu itu. Laura mencuit bahu Raysha dan Rosie.

"Hey, babe! Happy Birthday for both of you." ucap Laura sambil memberikan dua beg kertas buat Raysha dan Rosie.

"OMG! Thank you babe, ni latest punya kan?" tanya Raysha. Laura mengangguk.

"Yes, sorry tak sempat balut sebab rushing nak beli. Macam ni lah bila suka buat kerja last minute." ujar Laura.

"Takpe, asalkan kau datang. Kau pergilah cari makan dulu, minum dulu ke. Aku tahu kau lapar." ujar Rosie sambil mengusap bahu Laura. Laura tersenyum manis.

"Hah takpelah, korang boraklah dulu. Aku nak cari makanan untuk isi perut dulu. I'll be right back." ujar Laura. Rosie dan Raysha hanya mengangguk sebelum Laura pergi mengambil makanan.

"Sedap gila makanan dia. Ni makanan birthday party ke? Makanan taraf hotel ni?" monolog Laura sendirian.

"Kau macam tak pernah makan je cakap macamtu." tegur satu suara. Laura menoleh kearah lelaki itu lalu tersengih menampakkan garisan gigi putih tersusun.

"You kenapa pandang I macam tu?" tanya Laura. Rayden tersenyum.

"Nothing. You're so beautiful, princess."

"I pelik kenapa you panggil I princess, padahal I'm not your princess." ujar Laura.

"Nothing, I just love that nickname. Suit for you."

Laura merasakan bahang diwajahnya. Takkan dia cakap macam tu, kau dah blushing Laura. Nanti nampak sangat kau ni cepat tercatch feeling dengan seseorang.

Laura berdehem dan mengambil minumannya.

"I nak pergi dulu lah." Laura janggal dan ingin melarikan diri. Dan serta merta, Rayden menghalang tubuh Laura dan membuatkan air Laura tertumpah dibajunya dan tuxedo Rayden. Terbuntang mata Laura dibuatnya. Dia mula panik.

"Rayden, I'm sorry I'm sorry. I terlanggar you semata-mata nak rushing." ujar Laura spontan mengeluarkan tisu dari beg tangannya. Tangannya naik mengelap air didada Rayden yang tertumpah di Tuxedonya itu. Rayden memegang lengan Laura sebagai tanda dia harus berhenti.

"It's okay princess. I can change it." ujar Rayden.

"Mesti mahal kan? Sebab tengok macam limited edition punya. I ganti rugi okay?" tanya Laura sambil menggigit bibir kerana diselubungi rasa bersalah.

"Hey princess, no need." ujar Rayden sambil mengusap lembut kepala Laura. Jantung Laura berdegup kencang.

"Tak-tak. I kena bayar jugak. Takkan nak lari macam tu je? I bukan jenis orang yang lari daripada masalah. I should pay for it."

"Kau ni memang degil dari dulu. Kita bincang pasal ni lain kali okay? Here my card. Ada apa-apa you can call me." ujar Rayden. Laura hanya mengangguk dan menerima kad Rayden.

"Nanti I call you untuk bincang hal ni." ujar Laura. Rayden hanya mengangguk.

"But what about your dress, princess?" tanya Rayden.

"Yang ni? Takpe. Lagipun ni gaun tak mahal pun. Lepas ni I akan buang jugak." ujar Laura.

"Come. Follow me."

Laura hanya mengikut Rayden. Sesampai dikereta milik Rayden, dia mengeluarkan beg kertas lalu diberikan kepada Laura.

"Apa ni?" tanya Laura.

GADIS IGAUAN KING [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang