Bab 1

47 3 2
                                    

Bab 1

Maya Safea, anak tunggal perempuan Ridhwan Tadashi, tersenyum melihat gambarnya bersama sahabat baiknya, Ezmir Nazmi yang diambil pada hari graduasi mereka beberapa minggu lepas. Gambar itu diletakkan di dalam bingkai kaca yang terletak di atas meja komputernya. Dia mengusap bingkai gambar tersebut dengan jemarinya. Perasaan rindu terhadap lelaki itu terus menghimpit hatinya sejak lelaki itu meninggalkannya untuk ke Vietnam bebarapa hari lepas, mungkin kerana hubungan akrab mereka yang terjalin sejak empat tahun lalu.

"Oit, kau buat apa tu?" Tiba-tiba suara sahabatnya memecah ruang sunyi biliknya. Bingkai gambar yang berada di tangannya hampir terjatuh. Dia merenung geram wajah Fizana yang sedang tersenyum ke arahnya.

"Kau ni suka sangat masuk bilik aku macam pencuri! Kenapa tak call dulu nak datang?" Maya Safea meletakkan semula bingkai tersebut di atas meja sebelum membalas pelukan sahabatnya. Sempat juga dia mencubit geram pipi sahabatnya. Terjerit kecil gadis itu.

"Saja nak surprisekan kau. Tadi mama kau cakap kau tidur so aku tak ketuklah pintu. Takut ganggu tidur kau sebab aku datang ni nak pulangkan kamera kau yang tertinggal ni." Fizana membalas sambil menyuakan kamera DSLR jenama Nikon miliknya.

"Ya Allah, aku baru ingat nak pergi ambil rumah kau petang nanti. Thanks Fiz, dapatlah aku bawa ke Kelantan esok." Maya menyambut kamera kesayangannya dengan senyuman lebar di bibirnya. Dia tertinggal kamera tersebut semasa ke rumah sahabatnya itu untuk hadiri majlis pertunangan abang sahabatnya semalam.

"No problem. Eh Maya kau ada contact dengan Ezmir tak? Bila dia nak balik sini? Eh apalah soalan aku, mestilah korang selalu contact, korang kan bestie terlalu mesra!" Fizana bertanya pada gadis yang sedang mengelap cermin kameranya. Sempat pula dia mengusik sambil menaikkan kedua belah jari telunjuknya sebagai gaya mengejek.

"Kau jangan nak mengejek aku pula Fiz! Adalah juga kami contact tapi sekejap-sekejap je sebab dia selalu busy kat sana. Katanya 2, 3 hari lagi dia akan balik. Kenapa? Kau dah rindu?" Maya membalas sambil membaling bantal kecil pada sahabatnya. Dia turut membalas ejekan Fizana.

"Memang taklah aku nak rindu mamat poyo tu. Nama saja sepupu aku tapi selalu kelentong! Cakap nak ke Langkawi je, alih-alih dah sampai Vietnam. Pening kepala otak aku nak menjawab dengan Mak Long aku tu. Sudahlah orang tua tu selalu ke rumah aku." Fizana menjawab dengan geram dalam keluhan. Maya hanya tergelak kecil mendengar kata-kata sahabatnya.

Hanya dia seorang sahaja yang mengetahui tujuan sebenar lelaki itu pergi ke Vietnam selama hampir seminggu ini. Iaitu untuk mengikuti seminar fotografi bersama beberapa orang ahli yang terpilih dalam pertandingan gambar paling kreatif dan unik yang dilangsungkan di dataran Putrajaya bulan lepas. Ezmir terpaksa merahsiakan hal ini kerana ibunya yang tidak membenarkan dia menceburi bidang fotografi sejak mereka di usia remaja lagi.

Fizana segera meminta diri tatkala menyedari waktu hampir senja. Dia sempat berpesan kepada Maya supaya menyuruh Ezmir menelefon ibunya jika lelaki itu menghubunginya nanti. Maya sendiri bingung dengan sikap ibu Ezmir yang tidak membenarkannya menceburi bidang fotografi walaupun anaknya itu sangat menggemari bidang ini. Setelah menyimpan kameranya di dalam almari, Maya turun ke bawah untuk membantu mamanya menyediakan makan malam mereka sekeluarga.

"Hai anak dara ni, baru sekarang tahu nak turun. Kalau tak, sehari suntuk berperap dalam bilik." Datin Hajah Munira menegur sikap anak daranya yang baru menunjukkan muka. Sempat juga dia menampar lembut tangan gadis itu apabila Maya ingin mengambil lauk yang baru dihidangkan di atas meja makan.

"Alaa mama ni, bukan selalu pun Maya dapat rehat macam ni. Nanti dah start kerja kat company papa tu mesti sibuk. Lagipun Maya boringlah sekarang tak dapat keluar, Ezmir tak balik lagi." Maya merengek manja sambil membantu mamanya menghidang masakan.

Apuen Sarang!Where stories live. Discover now