Bab 2

49 3 1
                                    

Bab 2

Maya dan Ezmir menikmati makan tengah hari mereka bersama di sebuah restoran berhampiran bangunan pejabat Maya. Inilah kali pertama mereka berpeluang menikmati makan tengah hari bersama kerana sudah seminggu mereka memulakan kerja masing-masing. Jadi kesibukan pasti tidak lekang dari jadual harian tambahan mereka masih dalam peringkat belajar.

“May, macam mana kerja kau sekarang? Okey tak?” Ezmir bertanya keadaan kerja sahabat baiknya. Dia menyisip minumannya sementara menanti jawapan Maya.

“Okey je tapi penat gila. Kau pulak macam mana? Aku rasa macam janggallah sekarang, kalau dulu tiap-tiap hari kita jumpa tapi sekarang sekali satu minggu pun belum tentu dapat jumpa kan?” Maya membalas sambil turut menyuarakan apa yang bermain di mindanya.

“Tau tak apa. Aku rindu sangat kat kau.” Ezmir berkata sambil menyuakan sepotong hirisan kecil steak ke mulut Maya. Wanita muda itu hanya membuka mulutnya menyambut suapan tersebut.

“Kerja kau macam mana? Okey ke kau buat dua kerja dalam satu masa?” Maya bertanya lagi dengan riak risau. Risau jika sahabat baiknya menghadapi kesukaran dalam melaksanakan tugasnya sebagai seorang CEO di syarikat perniagaan bapanya, Datuk Hassan dan seorang jurugambar untuk sebuah majalah hiburan.

“Okeylah, cuma tak ada cuti sangat. Lagipun aku terlibat dengan photoshoot hari weekend je. So tak ada masa sangat nak jumpa kau.” Ezmir membalas sambil tersenyum nakal. Mendengar jawapan itu, Maya hanya mengangguk sambil tersenyum. Lelaki itu sempat membetulkan rambut hadapan Maya yang menutupi matanya kerana ditiup angin.

Setelah selesai menikmati makan tengah hari bersama, Ezmir menghantar Maya sehingga ke dalam lif bangunan syarikat. Begitu sekali dia menjaga keselamatan sahabat baiknya. Tidak hairanlah ramai yang beranggapan mereka itu pasangan yang sedang bercinta. Ezmir kemudian balik semula ke pejabatnya yang terletak kurang sepuluh kilometer dari pejabat Maya.

“Maya pergi mana? Tadi Datuk Haji datang tapi Maya tak ada. Datuk suruh call dia sebab katanya dia banyak kali call Maya tapi masuk voicemail.” Pengurus beribadi papanya merangkap penguurusnya juga Noni, segera menyampaikan pesanan sebaik kakinya melangkah masuk ke ruang pejabat.

“Kenapa papa datang kak? Maya pergi lunchlah.” Maya membalas sambil menyelongkar beg tangannya mencari telefon bimbit. Habis semua barang yang berada di dalam beg tangannya dikeluarkan di atas meja kerja wanita yang dipanggilnya Kak Noni itu.

“Lunch apa dah masuk pukul 3 ni sayang oii.” Wanita pertengahan tiga puluhan itu berkata sambil menunjukkan ke arah jam di pergelangan tangan kirinya.

“Ya Allah kak, handphone Maya matilah. Patutlah papa call masuk voicemail.” Maya sudah kalut memikirkan sebab muhasabab kenapa papanya mencarinya sehingga ke pejabat. 

Mereka sekeluarga memang gerun dengan darah Jepun papanya bila sedang marah. Maklumkan datuk mereka yang berasal dari Jepun itu merupakan keturunan ninja pada berabad lalu. Kak Noni sendiri juga sudah masak dengan sikap majikannya sementalah sudah lebih sepuluh tahun dia bekerja dengan Datuk Haji Ridhwan Tadashi. 

“Jangan kalut Maya. Pergi cas handphone pastu call balik papa. Akak tengok muka papa biasa-biasa je tadi, tak nampak berangin pun.” Kak Noni cuba menenangkan wanita muda di hadapannya.

“Yelah kak, hope so. Maya masuk dulu.” Maya segera masuk ke ruang bilik mewah pejabatnya. Dia terus mengecas I-phone 6 miliknya di atas meja kerja. 

“Hello pa, Kak Noni cakap papa datang office cari Maya. Ada apa pa?” Maya segera bertanya sebaik panggilannya dijawab. Sempat dia menarik nafas panjang sebelum menghubungi papanya dengan telefon pejabat.

Apuen Sarang!Where stories live. Discover now