Isi hati merasa sepi. Entah apa lagi yang membuat dirinya nyaman selain melukis.Dirinya serba kekurangan membuatkan dia tiada teman.
Zafuan Zafrel bin Zakaria Isa atau panggilan mudahnya ,Fuan. Badan tinggi lampai itu mempunyai darah sunda yang diwarisi oleh sang ibu. Sang ibu pula menetap di Malaysia selepas berkahwin dengan Zakaria, bapa kepada Fuan.
Lukisan sang bonda ditatap. Sedih duka hati hanya tuan badan yang merasainya.
Fuan hanya kehilangan bonda tercinta tapi tatkala dia terasa seperti menjadi anak yatim piatu. Ayahnya tidak pernah mengendahkannya lagi sejak pemergian bonda.
Broken home? Fuan lebih derita dari itu. Hidupnya susah teramat. Duit harus dicari , diri harus diurusi , hidup harus diterusi ,semuanya sendirian.
Tiada definisi bahagia bagi kehidupan Fuan.
Tapi dia tetap berpegang teguh pada takdir,mungkin tuhan mengujinya di masa lalu dan menjanjikan kebahagiaan di masa hadapan.
.
"Hai, kamu ingat aku?"
Terpaku sebentar.
"Apa kamu tidak punya malu menyapaku seperti itu? Maaf, aku tidak mengenalimu"
'Dia' seolah faham dengan kata tersirat Fuan terus meninggalkannya dengan riak muka kecewa.
'Apa kamu benar-benar tidak mengenaliku?'
Lembaran surat dibuka..tulisan tertera dibaca si hati.
"Turuntuk Zafuan Zafrel tercinta, aku harap kamu baik-baik sahaja disana . Tujuanku menulis surat ini untuk mengungkapkan bahwa sudah sebulan kita tidak bertemu dan rasa rindu mula bertandang di hati mungilku ini. Di sini , aku baik-baik saja belajarnya , makin pintar malah hehe. Tapi aku semakin lama semakin rindu masakan malaysia tambahan orangnya yang satu ini. Tunggu aku ya . Mungkin lama bagimu untuk menungguku setahun , tapi sabarlah... ada jodoh kita akan dipertemukan jua. Jaga diri kamu ,jika mahu meluah..coretlah di kertas bukan melukakan dirimu"
Cinta hati'Aku menunggumu ,kamu saja yang mengkhianati cinta kita. Aku percaya ini semua takdir . Jodoh ditangan tuhan tidak dapat kita tentukan sendiri. Aku redha. '
.
Hujung minggu menjelmakan diri. Peluang diambil Fuan untuk membuat kerja sampingan. Penat lelah diendahnya.
"Ini gajimu ya nak. Kalau ada kerja lagi , pakcik telefon kamu "
"Terima kasih , pakcik"
Tersenyum kelat Pakcik Nabil setelah pemergian jejaka kacukan Indonesia itu. "Muda-muda dah kerja keras, semua kau berjaya di hari kelak Fuan."
Selesai saja kerjanya, dia membonceng motosikalnya ke kedai alat tulis. Sudah lama 'seni'nya ditinggalkan. Dia harus mencari alat baharu untuk lukisannya nanti.
"Kayaknya aku hanya perlukan sebatang pensel dan sketchbook baharu, lebihannya duitnya boleh ku simpan buat tabungan"
Sikap Fuan dari dulu , mengutamakan tabungannya. Dia takut jika sesuatu terjadi dan dia tidak dapat menanggungnya . Setidaknya duit tabungan boleh dia guna buat hari kelak.
:
maaf kalau ada kesilapan tatabahasa
YOU ARE READING
pain(t) to heal
RomanceLuahan hati tidak lagi bebas didengarkan siapa-siapa. Tidak kira walau orang terdekat seperti ibu bapa . Kadangkala , orang yang memendam takut jikalau luahannya itu menjengkelkan bagi orang lain. Mereka takut ditinggalkan walaupun hakikatnya mereka...