GIK 9

5K 305 15
                                        

BIASAKAN DIRI VOTE DULU SEBELUM BACA, THANK YOU <3

          RAYDEN memasuki ruangan bawah tanah itu. Dia menekan butang lif dan pintu lif terbuka lalu memasuki lif tersebut. Sekali lagi butang floor 5 ditekan. Bukan dari tingkat bawah ke atas tetapi bawah tanah tingkat 1 ke bawah tanah tingkat 5.

TING !!

"Selamat sejahtera, King." ucap beberapa anak buahnya yang berselisih dengannya. Dia sekadar mengangguk dan memasangkan wajah dingin sambil kaki melangkah panjang. Dia mengimbas retina mata dan cap jari.

"Kau tak sekolah ke?" tanya Rayden. Kelihatan Ricky yang sedang bermain permainan video menggunakan VR. Ricky menoleh kearah Rayden lalu menanggalkan VR tersebut.

"Aku malas. Lagipun, Rod ada boleh info apa-apa dekat aku." Rayden hanya menggeleng.

"Kata nak jadi pembunuh tapi pergi sekolah malas. Jadi pembunuh kena pandai atur strategi. Sebab tu function sekolah. Kau dapat kenal macam-macam perangai orang dekat sekolah tu." ujar Rayden.

"Yelah, bebel je kau. Esok aku sekolah." balas Ricky lalu mengambil tempat duduk di sofa. Belum sempat Rayden mengambil tempat disebelah Ricky, pintu dibuka kasar dan membuatkan mereka berdua menoleh kearah pintu.

"Kau kalau boleh nak bagi pintu aku ni tanggal ke?" perli Ricky.

"Takde masa nak perli-perli. Budak kita dah tangkap Carl. Dia ada dekat neraka buatan kau." ucap Robin menatap Rayden. Ricky sudah mendekati Rayden.

"Kau tak nak ajak kitaorang ke? Aku teringin nak tengok kau seksa musuh-musuh kau dekat situ." Ricky memeluk lengan sasa Rayden. Rayden menjeling dan meninggalkan mereka.

"Jom." ucap Rayden dingin.

"Yes!!" ucap Ricky dan Robin sambil membuat high five. Ini kerana Ricky, Robin, Rod dan Rain tidak pernah menyaksikan Rayden menyeksa mangsanya kecuali Rayyan.

Rayden memasuki ruangan yang dikenali sebagai neraka buatannya. Dia mengarahkan anak buahnya membuka penutup mata dan mulut Carl.

"Sedapnya, dia pengsan ke tidur tu?" Ricky menggeleng-gelengkan kepalanya. Rayden mengarahkan anak buahnya untuk membangunkan Carl. Anak buahnya mengambil baldi dan mengisi air. Rayden menghela nafas kasar dan mendekati anak buahnya.

"King..." ucap lelaki itu sambil melihat pistol yang tepat teracu didahinya.

"Zaman bila nak bangunkan keparat ni dengan air? Jangan bazir air..." ucap Rayden dan mengacukan pistolnya kearah Carl yang masih tidak sadarkan diri.

"Sepatutnya guna cara ni."

BANG !!

"Arghhh!!!" jerit Carl tersedar akibat merasakan kesakitan dipahanya yang ditembak oleh Rayden. Lelaki tadi, Robin dan Ricky terkaku melihat aksi Rayden.

"Jangan cakap diri kau kejam kalau kau masih bangunkan sampah masyarakat macam ni dengan guna cara lembut."

"Dalam bilik ni penyeksaan, bukan syurga. Jadi semua benda kau nak buat, kena cara menyakitkan. Faham?" tanya Rayden.

"Fa.. Faham.. King." ucap lelaki itu sambil membongkokkan badannya.

"Bagus." pendek sahaja jawapan Rayden sebelum mengalihkan pandangan kearah Carl.

"Kenapa aku dekat sini?" tanya Carl.

"Kenapa? Dulu kau orang kepercayaan aku tapi kau bagi alasan keluar dari De Clerq Family hanya sebab nak cuci tangan. Tapi sebaliknya, kau jadi mata-mata untuk The Glorist."

GADIS IGAUAN KING [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang