Eshal seorang wanita cantik dengan perwatakan selamba. Sungguh pun begitu, hatinya tetap diberi kepada si dia yang satu. Menuju hari bahagia, duka yang datang menyapa. Benarlah kata orang, kita hanya mampu merancang, dan tuhanlah yang menentukan. Setelah apa yang berlaku, hati Eshal masih belum terbuka untuk mencari yang baru.
Eshan lelaki bekerjaya yang kacak bergaya. Lelaki yang tenang dan lembut tutur kata itu sememangnya idaman ramai. Namun lelaki itu lebih selesa untuk hidup sendiri daripada mengikat diri di dalam apa pun jenis perhubungan yang istimewa. Luka yang tersimpan masih lagi berdarah. Sekiranya telah menjadi parut pun belum tentu lelaki itu terbuka hati untuk melangkah ke alam perkahwinan.
"Nama kita kan nak dekat sama. Eshan, Eshal. Awak tak rasa ke kita ni berjodoh?" - Eshal.
"Perkahwinan bukan perkara mudah dan tidak boleh dibuat main. Think wisely before you do things that you might regret." - Eshan
Saat hati sudah bersedia untuk menerima yang lain, sang lelaki menjual mahal pula. Tidak mengapa, kalau sudah jodoh memang tak akan ke mana.
Eshal dan Eshan akhirnya disatukan. Bahagia yang cuba dikecapi seakan sukar. Ujian datang silih berganti. Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Cinta yang disangka mekar rupanya sudah terkulai layu.
"Cinta itu when both of you love each other, protect, care and want to live together forever."
🌼🌼🌼
Teaser 1 😝
Hal itu mungkin takkan mudah,
Tapi 'ku takkan menyerah,
Karena jiwa ini, raga ini,
Memanggil namamu,
Kau tau sejak pertama bertemu,
Ku jatuh cinta,
Uooo uooo uooo uooo houoo ouoo,
(Sampai kau jadi milikku) Ku jatuh cinta,
Uooo uooo uooo uooo houoo ouoo,
Kaulah cinta sejatiku...
Eshal ikut menyanyi lagu milik Judika itu. Dia kemudian melorek senyum sambil mengerling sekilas ke arah manusia yang berada disebelahnya. Sengaja dia bluetooth lagu itu ke radio kereta.
Senyuman Eshal pudar apabila tuan kereta yang sedang fokus memandu itu menutup radio.
"Kenapa tutup radio?" Dia menyoal Eshan perlahan.
"Saya nak fokus memandu. Maaf ye."
Eshal mencebik. Macamlah dia tak tahu lelaki itu tutup sebab lagu tu menceritakan niatnya untuk mengorat. Jual mahal betul lelaki bernama Eshan Nufail ni ye.
"Tak baik jual mahal tau." Eshal berkata sambil merenung wajah kacak Eshan.
"Awak emm kita bincang hal ni nanti ye. Saya memandu ni."
Eshal hanya diam dan kembali merenung ke luar tingkap. Aku kena mengorat dia sampai dapat! Mama baba, anje janji yang anje akan bawa balik menantu mama baba ni tak kira apa pun!
🌼🌼🌼
Teaser 2🌚
Eshan mundar-mandir dihadapan pintu rawatan Eshal. Dia risau dan sedih mengenangkan apa yang terjadi terhadap isterinya. Namun dalam masa yang sama dia juga marah dan kecewa. Kecewa dengan perbuatan keluarganya sendiri. Dia berhenti bergerak ke kiri dan kanan berulang kali. Wajah adik dan kakak iparnya yang turut menunggu disitu dipandang tajam.
"Kau orang berdua tunggu dekat sini nak buat apa? Nak pastikan isteri aku mati ke?" Eshan menyoal dengan sisa amarah yang masih berbaki.
"Eshan, buat bersabar nak." Puan Naqibah cuba menenangkan anaknya yang masih marah.
"Eshan takkan maafkan mereka berdua mama. Kalau keadaan Eshal teruk, macam mana dengan Eshan mama? Macam mana Eshan nak hadapi hari-hari Eshan tanpa Eshal?" Eshan sudah terduduk longlai. Air matanya merembes keluar dengan deras.
"Papa? Papa jangan nangis. Nanti Aydan nangis juga." Eshan menoleh ke arah anak lelakinya. Tubuh kecil kanak-kanak berusia dua tahun itu dipeluk. Dia cuba mencari kekuatan. Aydan mengelap air mata papanya.
"Abang ngah, maafkan adik. Adik tak berniat..."
"Diam Elia Nadra! Aku tak nak dengar apa-apa." Eshan bersuara dengan tegas.
Elia menangis. Dia tidak sangka kecemburuan dan iri hatinya akan membawa duka yang besar seperti ini. Dia menyesal. Dia menyesal dengan apa yang telah dilakukan. Kak Eshal, Elia minta maaf, Elia minta ampun.
🍁🍁🍁
Hello gais. Ehek 🙈 Welcome to my new novel! Acana teaser? Okay tak. Heheh. Hope you'll like it. Meh add to reading list duluu (◍•ᴗ•◍)
YOU ARE READING
Eshan Eshal
RomanceEshal seorang wanita cantik dengan perwatakan selamba. Sungguh pun begitu, hati tetap diberikan kepada si dia yang satu. Menuju hari bahagia, duka yang datang menyapa. Benarlah kata orang, kita hanya mampu merancang, dan tuhanlah yang menentukan. S...