Aras 4.

2 1 0
                                    


 
  Angin malam bertiup sedikit deras pada malam jumaat itu. Reymond yang baru sahaja selesai makan malam mencuci container plastik di kawasan paip belakang bangunan hospital  bersejarah yang kononnya angker di malam hari. Usai membereskan cucian. Lelaki itu kembali ke pondok pengawal keselamatan untuk meneruskan tugasannya. Shif berkerja pada hari tersebut bermula dari jam 11 malam sehingga 7 pagi. Sesampai di pondok pengawal. Kelihatan rakan setugas muda bernama Kenny sedang terlelap dalam keadaan kepalanya terlentok di atas meja.

"Hoi! curi tulang ya!"

Suara garau Raymond membuatkan Kenny terjaga dari tidur. Raymond hanya ketawa terkekeh-kekeh melihat gelagat Kenny yang masih mamai dan terpinga-pingga disergah oleh seniornya itu.

"Kacaulah uncle Raymond ni!"

Keluh Kenny sambil menguap. Badannya mengeliat sebelum disandarkan di atas permukaan kerusi empuk.

"Tak lama lagi jam 12. Kita kena meronda ke sekeliling hospital ni."

Kata Raymond selajur melabuhkan punggung di atas kerusi malas. Entah mengapa, perbualan yang tidak sengaja didengari oleh Kenny pada pagi sebelumnya singgah ke dalam kotak ingatan.

"Semalam Doktor Wendy kena sampuk *Wu Tou Gui dekat aras 4 bangunan ni!"

Terjuih-juih mulut makcik cleaner yang memulakan perbualan bersama rakan cleaner yang lain. Kenny, pelajar dalam jurusan kedoktoran sedang duduk menunggu rakan praktikal yang lain menjeling kearah makcik tersebut.

"Lah... kan kita semua dah diberitahu jangan sesekali naik kearas 4 tu! kenapa doktor tu boleh berada di aras tu? kan dah terkena!"

Kata makcik cleaner yang bertubuh sedikit gempal.

"Dengar cerita Dr. Wendy nak naik ke aras 6 untuk ke wad pesakit cancer yang dirawatnya. Sialnya waktu berada dalam lif bersendirian, pintu lif terbuka secara tiba-tiba. Hah, sanalah Dr Wendy tu nampak ada satu kelibat tengah melanggar-langgar tembok dinding. Berdentum-dentum bunyinya. Lampu kat sana kan malap semuanya jadi Dr Wendy tu keluar dari dalam lif untuk menenangkan orang tu. Bila langkah dah semakin dekat barulah Dr Wendy perasan orang yang dia nampak tu tak ada kepala!"

Kedua-dua makcik cleaner itu masing-masing mengosok-gosok pangkal lengan dan tengkuk mereka. Naik meremang bulu roma mendengar cerita yang entah dari mana mereka mendapat sumbernya.

Kenny kembali kealam nyata. Situasi dimana ia berada di dalam pondok pengawal keselamatan hospital. Sungguhpun Kenny terlahir di dalam keluarga yang berkecukupan, pemuda itu tidak ingin menikmati kesenangan dari harta milik kedua orang tuanya. Dia lebih suka hidup berdikari dan mengambil pekerjaan apa sahaja untuk mendapat duit poket sendiri. Sedikit sebanyak bolehlah membantu menampung perbelanjaan kuliahnya dalam bidang kedoktoran. Dia akan menjadi pelajar pada pagi hari dan menjadi pengawal keselamatan pada malam hari.

"Uncle Raymond, Wu Tou Gui tu apa?"

Perasaan ingin tahu semakin membuak-buak di dalam diri. Namun, pertanyaannya itu membuatkan Raymond terbungkam. Tiupan angin menjadi sedikit kencang pada saat itu.

"Shh! jangan sebut nama tu kuat-kuat. Nak naya ke?"

Jawaban Raymond membuatkan Kenny semakin penasaran untuk mengetahui lebih lanjut apakah 'Makhluk' yang kononnya sering menganggu tenaga pekerja di hospital bersejarah itu. Dengan berat hati, Raymond akur untuk berkongsi apa sebenarnya sisi gelap Hospital St. Victoria yang sudah beroperasi semenjak tahun 1942. Pendek kata bangunan tersebut didirikan pada saat perang dunia ke 2.

"Dia mangsa bunuh Dr yang bergabung dengan unit 731."

Raymond cuba meringkaskan fakta berkenaan dengan  cerita tersebut. Berkerut-kerut kening Kenny.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 07, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Aras 4Where stories live. Discover now