| Dua hari kemudian...|
Daniel mengerutkan keningnya melihat Danny dan Rayyan bercerita tentang kerja mereka. Sementara mereka rehat dari bekerja, inilah di mana mereka akan duduk. Di sebuah restoran yang berhampiran ofis restoran mereka. Sengaja aja mereka bertiga makan di restoran yang lain walaupun mereka mempunyai restoran tersendiri. Mana tahu boleh curi-curi menu, bersahaja.
Ketawa Rayyan dan Danny di hamburkan dengan sedikit kuat. Kelakar dengar cerita tentang Rayyan ini apabila jejaka itu berlari tidak tentu arah apabila sesuatu yang seram terjadi di dalam kawasan restoran encik Safwan malam tadi.
Lagipun kalau Rayyan menceritakan kisah seram di restoran encik Safwan itu memang Danny akan percaya sebab baru sahaja kawasan itu di buka dan tidak sampai enam hari restoran mewah milik encik Safwan di dirikan di kawasan itu. Di sekeliling pun banyak kedai yang baru sahaja buka tetapi boleh nenyambut pelanggan yang ramai lagi-lagi dekat dengan pasar raya besar, bangunan pekerjaan dan sebagainya. Mereka yang bekerja di sekitar situ jadikan restoran encik Safwan sebagai tempat membincang topik kerja dan sebagainya.
"Penakut! Itu-lah kau" perli Danny sebelum ketawanya di hentikan. Dia menghirup air dari straw plastik.
Daniel menghelakan nafas beratnya. Sungguh dia bosan sekarang ini, tidak tahu apa perlu dia lakukan. Mahu buka mulut untuk bercakap, tetapi lebih baik diam sekiranya tidak ada perkara yang penting untuk bercakap. Dia termenung seketika.
Sejak dari ceramah itu dia mengamalkan doa tentang jodohnya tanpa diri sendiri tidak tahu siapakah jodoh dia sebenarnya. Namun, Daniel yakin pada Allah sesungguhnya jodoh yang di tetapkan dan di pilih oleh Allah adalah sebaik-baiknya. Tetapi fikiran Daniel masih lagi tertanya-tanya di manakah gadis yang dia temukan di masjid sewaktu habis sahaja ceramah.
Sewaktu Daniel hantarkan gadis itu balik ke rumah...
"Yang ini nombor siapa?" soal Iris kepada Daniel yang sedang memandu. Tanpa Daniel menoleh, dia menjawab.
"Nombor ibu saya"
"Kenapa bagi saya?" soalnya lagi.
"Manalah saya tahu" balas Daniel dengan jujur. Dia sendiri tidak tahu mengapa puan Rose memberi Iris satu kertas yang tertulis nombor telefon gadis tua itu. Dia sendiri tidak tahu apa niat puan Rose.
Iris hanya angguk walaupun dia sedari, dia tidak dapat jawapan yang tepat.
Iris mencapai telefon yang diberikan oleh Daniel sebelum mereka keluar dari rumah ibu bapa Daniel. Telefon yang lebih mahal berbanding yang dibelikan oleh Hael di tenung.
"Terima kasih sekali lagi. Saya ingat awak kejar saya sebab nak culik saya. Rupanya ibu awak kata, awak tak akan meluahkan kecuali membuktikan" ucap Iris sesudah dia memuji dan Iris menyambung ayat yang dia dengar dari puan Rose. Dia ingatkan Daniel kejar dia kerana mahu menculik, malah mahu memberikan telefon yang baharu tetapi pernah di guna oleh Daniel.
"Okay" balas Daniel sepatah. Tak ada perasaan langsung!
Daniel masih lagi termenung kerusi kosong di hadapannya. Tipulah sekiranya habis sahaja balik dari menghantar gadis itu, fikirannya tidak memikirkan Iris. Dia minat melihat gaya Iris itu, nada yang sopan bertutur dengan keluarganya, menjaga pandangan, jarak antara yang bukan mahram.

ANDA SEDANG MEMBACA
Make Her My Naseeb | C |
RomanceMengisahkan tentang Bunga Iris Nasha seorang gadis yang kuat agama dan hanya fokus pada kehidupannya dan keluarga kecil Bunga Iris Nasha yang selalu hancur dan menimbul masalah yang besar sehingga buatkan dirinya rasa takut untuk meneruskan hidup. W...