Bab 1

75 0 0
                                    

   Tangan Aisha terhenti dari menulis nota di buku kecilnya setelah mendengar bunyi pesanan whatsapp masuk di telefonnya. Keningnya terangkat sebelah membaca pesanan yang baru diterimanya dari rakan baiknya, Adam. Adam memintanya untuk menghubunginya segera jika tiada perkara menghalang. Aisha terus membalas pesanan Adam bahawa dia akan menghubungi sesudah kelasnya berakhir. Aisha mengetuk perlahan meja belajarnya dengan pen yang berada di genggaman tangannya. Fikirannya tidak lagi fokus pada kelas fluid mechanics yang sedang diajarkan oleh Madam Doris. Hasya memandang hairan perlakuan Aisya sebelum menyenggol perlahan bahu Aisha untuk menghentikan kelakuannya. Aisha terus memusatkan pandangannya ke arah Hasya yang berada di sebelahnya.

   "Nape hasya?" Aisha berbisik perlahan kepada Hasya yang memberikannya pandangan pelik. Hasya menulis sesuatu di buku tulisnya sebelum diserahkan kepada Aisya. Tulisan yang bertulis 'ada apa-apa jadi ke babe?' dibaca di dalam hatinya sebelum senyuman nipis timbul di bibirnya. Memang cepat betul rakannya menangkap perlakuannya sekiranya terjadi sesuatu. Aisha terus membalas pertanyaan Hasya dalam bentuk tulisan memberitahu tentang apa yang berlaku. Hasya mengangguk kecil setelah membacanya dan terus memberikan isyarat supaya Aisha fokus pada kelas dahulu dan mengendahkan sebentar tentang Adam. Aisha mengangguk kecil sebelum kembali fokus kepada 30 minit terakhir kelas Madam Doris.

   "Okay so i think thats all for class today, so if any of you guys have questions please raise your hand" pelajar dalam kelas itu saling berpandangan untuk memastikan jika terdapat pelajar yang ingin mengutarakan soalan. Setelah beberapa saat tiada respons dari pelajar Madam Doris memutuskan untuk mengakhiri kelasnya. Ucapan selamat tinggal dan terima kasih diberikan kepada Madam Doris sebelum pelajar mula beransur keluar dari dewan kuliah dan hanya tinggal Aisha dan Hasya di dalam dewan.

   " Kau nak chat atau call Adam sekarang ni?" Hasya terus memandang Aisha setelah selesai mengemas segala barang-barangnya. Aisha menongkat dagu sambil memandang Hasya.

   "Kau rasa mana better? Chat or call?" Kening diangkat seiring dengan soalan yang diutarakan kepada Hasya. Tawa kecil terlepas dari bibir Hasya mendengar soalan Aisha. Orang tanya dia, dia boleh tanya orang balik.

   "Call lagi senang aku rasa,lagi pun kita dah habis kelas untuk harini kan?" Aisha mengangguk kecil menyetujui cadangan Hasya. Tangannya terus menaip pantas password telefonnya sebelum whatsapp dibuka. Call log dibuka sebelum nama Adam ditekan. Setelah beberapa saat barulah Adam mengangkat panggilan. Aisha terus menukarkannya kepada mode pembesar suara supaya Hasya turut dapat mendengar apa yang ingin dibicarakan oleh Adam kepadanya.

   "Hello Aisha, kau dah free betul-betul ke ni? Aku nak cakap benda penting jadi mungkin lama sikit kita bincang ni"

   "Ye hello, haah aku dah abis dah kelas untuk harini. Kenapa sebenarnya ni? Ada apa-apa jadi ke sampai kau cakap benda ni urgent sangat?"

   "Yeah boleh tahan urgent sebab ni pasal kau tapi sebelum tu, bagi aku add sorang kejap dalam call boleh?"

   "Okay add la" Aisha dan Hasya sudah mula pelik dengan kata-kata Adam. Kenapa nak kena invite orang lain dalam call ni pulak?

   Setelah beberapa saat pemanggil ketiga masuk dalam panggilan. Terdengar suara seorang perempuan dari telefon bimbit Aisha.

  "Hello ni Aisha ke? Nama saya ciya"

   "Ye hello saya Aisha. Kenapa ye ciya?"

   "Sorry Aisha sebenarnya saya yang nak call awak. Saya mintak Adam tolong saya sebab saya tak ada nombor telefon awak. And sorry juga kalau saya kacau masa awak"

   "Its okay ciya, so awak nak call saya kenapa ye? Ada apa-apa ke yang saya perlu tahu?"

   "Emm macam mana saya nak mula ye... Awak ada teman lelaki kan? Nama dia Muhammad Darwish?"

   "Yup thats right. Kenapa dengan Darwish ye? Darwish ada buat apa-apa ke?"

  " Saya ringkaskan cerita jela untuk awak tapi nanti awak boleh tanya dekat saya kalau ada yang awak tak faham. Sebenarnya saya start kenal dengan Darwish dalam dua bulan lepas and kami selalu chat and call. Dia beritahu saya yang dia single and dia tak ada teman wanita tapi saya mula was-was sebab Adam ada cakap pasal awak depan saya masa tu. Jadi lepas saya tanya Adam betul-betul, Adam bagitahu saya yang korang dah bersama lebih tiga tahun kan? Saya minta maaf sangat dekat awak Aisha and saya betul-betul tak tahu yang Darwish ada teman wanita. Saya tak berniat untuk rampas Darwish dari awak. Kalau awak nak bukti, saya boleh hantar screenshot chat and call log saya dengan dia" Aisha terkedu mendengar kata-kata yang baru diucapkan oleh Ciya. Ya Allah sakitnya...

   "Emm Aisha,kau okay tak? Kenapa diam je? Kau janganla buat aku risau Aisha" suara Adam yang memanggilnya membuatkan Aisha kembali sedar. Ya ini bukan mimpi seperti yang diharapkan mindanya. Kenyataannya ini realiti yang terjadi kepada dirinya sekarang. Aisha menarik nafas perlahan sebelum membalas pertanyaan Adam.

   "Aku okay Adam, cuma aku agak terkilan sikit je. Tak apa, aku cuba tanya Darwish nanti and apa-apa aku inform kau ye. And ciya saya nak bukti-bukti screenshot tu boleh? And one more thing, saya nak cakap terima kasih sebab bagitahu saya tentang ni. Awak jangan risau, saya tak marah awak jadi jangan rasa serba salah dalam hal ni okay?" Ciya kemudian mematikan call setelah meminta maaf sekali lagi. Sekarang hanya tinggal Aisha dan Adam dalam panggilan tersebut.

   "Aisha, kau marah aku ke? Kenapa kau diam je? Kau nangis ke Aisha? Kau janganla nangis, aku tak suka kau sedih. kalau kau sedih nanti aku pun sedih tau. Nanti aku nangis aku dah tak macho, hilang peminat aku nanti" Aisha tergelak kecil mendengar kata-kata Adam. Tercuit hatinya yng sedang terluka di waktu ini.

   "Its okay Adam. Aku okay je tapi aku matikan call dulu boleh? Nanti aku roger kau balik lepas aku dah bincang dengan Darwish okay?" Keluhan kecil terdengar keluar dari bibir Adam. Sungguhpun Darwish adalah rakannya dari kecil, dia tetap tidak suka cara Darwish memperlakukan Aisha. Darwish kenapalah kau curang  di waktu kau dapat pasangan yang setia?

   "Okay Aisha. Apa-apa roger je aku, aku ada belakang kau. Sorry aku tambah masalah kau, aku cuma taknak terlibat dengan masalah yang Darwish buat ni"

   " Aku faham Adam, kau jangan risau okay? Okaylah aku matikan ye, assalamualaikum Adam and terima kasih sebab bagitahu aku pasal benda ni" Adam menjawab salam Aisha sebelum mematikan panggilan.

   Aisha terus memusatkan pandangannya pada Hasya yang duduk di sampingnya. Hasya memandang Aisha yang menatap dirinya dengan pandangan kosong.

   "Sometimes, crying is the best cure. Just let it out" Aisha terus menghamburkan air matanya yang ditahan sering tadi sejurus mendengar kata-kata sahabat baiknya itu.  Teresak-esak dirinya menangis sambil memeluk tubuh Hasya. Air matanya tidak dapat lagi dibendung. Sakit di hati hanya Tuhan yang tahu. Ya Allah dugaan apa lagi yang ingin kau berikan kepadaku?

   Hasya mengusap perlahan belakang tubub Aisha yang tersedu-sedu menahan tangisnya. Kenapalah kau buat kawan aku macam ni Darwish? Hasya negeluh kecil kerana kesal dengal tingkah Darwish yang dirasakan sudah melampau.

   Pesanan whatsapp yang masuk bertubi- tubi berjaya mengalihkan tumpuan Aisha dan Hasya. Aisha mengusap perlahan air mata yang jatuh di pipinya sebelum mencapai telefonya yang berada di meja. Pesanan tersebut adalah dari Ciya yang menghantar screenshot yang diminta Aisha sebentar tadi. Ye dia akan kuat dalam menempuhi perkara ini. Setiap yang berlaku ada hikmah,trust the process Aisha.

  

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 08, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

AINUR AISHAWhere stories live. Discover now