HIS SEDUCER

9.9K 940 62
                                    

BELUM sempat Adrian Arreyan menyuap makanan itu kedalam mulutnya, satu tepukan dibahu menyentakkan dirinya. Dia menoleh kebelakang, wajah Luth Arreyan yang tersengih memandang dirinya dikerling melalui biji mata.

Makin berseri-seri pula bakal ayah budak ni. Dulu bukan main muram, macam orang tak ada semangat nak hidup sebab isteri kena sorok.

"Ada nampak bini aku tak?" Soal Luth. Dia melilaukan pandangan ke sekeliling. Mahu mencari isteri kesayangannya. Padahal baru sekejap dia berpisah dengan Bunga, tak sampai satu jam pun. Manja terlebih.

Adrian menggelengkan kepalanya. Dia pun tak tahu mana Bunga. Isteri sendiri pun tak tahu dekat mana. "Dah cari ke?" Sesuap nasi disua kedalam mulutnya. Lapar, dari tadi lagi dia belum menjamah apa-apa makanan.

Sejak kebelakangan ini, permakanannya tidak terurus kerana kesibukannya. Makan pun kadang-kadang sikit saja.

"Aku tak tahulah Rachel bawa dia kat mana. Baru je aku nak date sekejap dah kena culik." Luth mencebik perlahan. Geram dengan Bunga Qaisarah, boleh pula dia menghilang.

Adrian hanya menjeling Luth. Orang pinjam isteri dia kejap pun dah merungut macam orang hilang isteri. Tak reti nak sabar. Dulu beria-ria nak dera isteri, sekarang angaukan isteri sendiri pula.

"Kau tanya aku asal? Macam aku tahu dia kat mana." Bebel Adrian. Dia meneguk air kosong dengan rakus. Tak habis berfikir dia dengan Luth.

"Weh, nampak tak bini aku mana? Aku cari dari tadi tak jumpa." Luthfirash pula tidak tahu datang dari mana tiba-tiba sahaja duduk dihadapan mereka. Pertanyaan yang sama diajukan oleh Luth kepada Adrian kini ditanya oleh Luthfirash pula. Mawar dibawa didalam dukungannya.

Adrian mengeluh. Memasing dah ada isteri, dia saja lagi yang belum ada. Tapi bila kena suruh cari calon macam tak ada pula yang berkenan.

Haura? Ya Allah, budak tu buat dia pening kepala adalah. Tak pasal-pasal bila kahwin dengan budak tu jadi mental nanti nak melayan. Tak nak dia!

"Aku pun tengah cari bini aku. Menghilang sama-sama dengan bini kau." Balas Luth malas.

Luthfirash sudah menggaru kepalanya yang tidak gatal. Patutlah, perempuan kalau dah berjumpa memang tak ingat suami dah. Mesti lupa diri dan ingat yang masih lagi tak kahwin.

Mawar merengek dalam kendongannya. Luthfirash menepuk-nepuk punggung anak gadisnya. Mawar pula menggosok-gosok mata kuyunya. Dah ngantuk agaknya, sebab itulah merengek sejak tadi.

"Mawar, nak dengan abi tak?" Adrian bangun dari duduknya. Menghampiri Luthfirash yang menggendong Mawar. Tangannya dihulur, gadis kecil itu hanya terkebil-kebil sebelum mendepakan tangannya.

"Jom, kita jalan-jalan." Mawar sudah selamat dalam dukungan Adrian. Tubuh kecil itu dilambung-lambung keudara membuatkan Mawar ketawa mengekek. Suka diperlakukan sebegitu rupa oleh Adrian.

Tidak cukup dengan itu, Adrian menggomol perut Mawar. Geram je dia dengan Mawar ni. Comel betul.

"A..nye..nye..." Tersembur-sembur air liur dari mulut comel itu. Berceloteh dengan bahasa bayinya sendiri. Dia menepuk-nepuk tangan membuatkan Adrian gemas dengan kelakuan Mawar.

"Aku rasa kau dah boleh kahwin dah ni." Ujar Luth. Dia memuncung memandang Adrian. Jaga anak pun dah pandai. Cuma calon isteri saja tak ada.

Faham yang abang kembar mereka jual mahal. Bukan Luth dan Luthfirash tidak tahu yang Haura Avisenna menyukai Adrian. Cuma Adrian saja yang tidak melayan gadis itu.

"Malas." Alasan. Padahal yang sebenarnya dia tak yakin yang dia boleh pikul tanggungjawab sebagai seorang suami dan ketua keluarga.

"Tch, malas konon." Perli Luthfirash.

"Bila duedate Rachel?" Tanya Adrian cuba mengalihkan topik perbincangan. Kalau tak sampai bila-bila dia kena bahan sebab tak kahwin-kahwin lagi.

Luthfirash berfikir sejenak. Masuk bulan ni dah 8 bulan isteri dia mengandung. Jadi maknanya bulan depan due date Rachel.

"Bulan depan. Kenapa kau tanya?"

"Tanya je."

Luthfirash memincingkan matanya. Macam ada yang tak kena je ni. "Kau jangan cakap kau suka bini aku. Aku potong kat bawah kau nanti." Ugut Luthfirash. Pantang betul dia kalau ada orang selain dia menyukai Rachel. Cemburu!

Adrian melopong. Kalau dulu memanglah suka, sekarang? Tak adanya rasa suka tu. Main tuduh-tuduh pula.

"Kau jangan nak main fitnah. Aku sepak juga kau nanti."

Luth hanya gelak kecil melihat pergaduhan mereka. Masing-masing dengan perangai dia. Haih!

"ABANG Ad tu yang jual mahal." Cemberut sahaja wajah Haura Avisenna. Dia menongkat dagu lalu termenung jauh. Nasiblah dia ni bukan jenis yang cepat sangat berputus asa.

Rachel Sapphire menggeleng kecil. Faham yang adiknya itu sudah banyak kali mencuba tapi masih lagi ditolak.

"Cubalah sampai dapat. InshaaAllah, Haura berusaha je. Nanti lama-lama adalah hasil dia tu." Nasihat Bunga Qaisarah.

Haura menghela nafas berat. Dia pandang Rachel lalu mengalihkan pandangannya ke Bunga. Dua-dua pun wajah semakin berseri-seri maklumlah seri orang mengandung ni lain macam.

"Cubalah ni. Penatlah asyik kena tolak je." Rungut Haura.

Rachel dan Bunga tersengih bersama. Kesian pun ada tengok Haura ni.

"Tak apa. Usaha kan tangga kejayaan. Chaiyok sis! You can do it!" Rachel genggam tangan adiknya. Begitu juga dengan Bunga. Memberi semangat kepada Haura.

Haura tersenyum kecil. Dia menganggukkan kepala mantap. Dia pasti boleh!

"Yalah, nak cari abe crush. Tata!" Baju gaun miliknya dikemaskan. Dia mengatur langkah mencari Adrian. Lama tak jumpa padahal baru dua hari lepas mereka berjumpa.

Puas Haura mencari, belum lagi dia nampak kelibat Adrian dimana-mana. Kakinya melangkah ke arah perkarangan rumah. Manalah tahu ada Adrian dekat sana.

Dan betul jangkaannya. Adrian sedang duduk bersantai menjaga dua orang anak Luthfirash dan Rachel.

Haura tersengih kecil melihat Adrian yang sedang ligat menjaga Mawar dan Hezad. Macam tak cukup tangan je Adrian nak melayan. Satu-satu nak perhatian. Dia mengatur langkah mendekati mereka.

"Hai sayang." Mawar diambil dipangkuan Adrian. Dicium-cium pipi montel itu. Mawar terkekeh geli.

Adrian pula terkejut dengan kehadiran Haura. Bila masa pula gadis ni muncul? Tiba-tiba je datang.

"Penat eh bakal suami kita jaga budak-budak ni." Seloroh Haura bersama senyuman gatalnya. Dia kemaskan sedikit rambut bun Mawar.

Adrian memandangnya datar bersama kening dijungkit sebelah.

"Kalau macam ni satu tahun untuk satu anak pun I sanggup lahirkan untuk you." Usai mengatakan itu, Haura ketawa kecil. Adrian pula mengerutkan dahinya. Dah kenapa pula minah ni. Dah gila ke? Gedik.

"Tak ingin aku." Tolak Adrian membuatkan Haura muncung panjang. Kan dia dah cakap!

Jual mahal! Tak suka!

"Tak apalah. Nanti kahwin juga." Haura tetap berkeras. Sekali tak dapat selagi itulah dia akan tetap dapatkan Adrian.

Adrian pekakkan telinga. Makin dilayan makin tak betul.

Haura berdiri. Dia cuba mencium pipi bulat Hezad tetapi sengaja dia sasarkan dipipi Adrian menyebabkan lelaki itu membulatkan matanya.

Dia memandang Haura tajam.

"Kau!" Turun naik dadanya menahan rasa dihati. Telinga pula sudah naik merah.

"Ops! Tak sengaja!" Terus sahaja Haura berlari anak membawa Mawar dalam dukungannya. Terkekeh si kecil itu.

"Ada dinasour nak marahlah! Aums!" Gurau Haura.

Adrian hanya memerhati langkah gadis itu sahaja lalu menghela nafas kecil. Bibirnya terjungkit sikit.

'Nakal betul budak tu.' Gumam Adrian.

His SeductionWhere stories live. Discover now