BAB 1

19 4 0
                                    

FIRASH menongkat dagu sebelah tangan sambil mulutnya mengukir senyum perlahan. Matanya memandang wajah kesayangannya lama. Rindu. Kalaulah dirinya 5 tahun dulu melihat dirinya yang sekarang, mungkin termuntah dirinya yang lama itu. Firash sedang memandang seseorang dengan penuh rasa cinta. Mana tak loya tekak. Sarah yang perasan dirinya dipandang, mengangkat muka.

   "Apa benda tengok muka orang lama lama ni? Awak pervert eh?"

   Firash yang tersedar langsung tergelak besar. Adorable! Inikah yang dinamakan cinta? Apapun, ayat tu memang minta kena pukul.

   "Kedekutnya, pandang pun tak boleh. Simpan saja muka tu dalam almari kalau tak nak kasi orang tengok." Firash membalas. Sarah tersenyum kemudian, geli hati.

Sarah ketepikan mee bandung kesukaaanya dan menongkat dagu dengan kedua belah tangannya. Matanya memandang lurus ke mata Firash dan dia tersenyum lagi. Sekarang, giliran dia pula. Firash menjadi serba tak kena. Wajahnya terasa hangat malah badannya juga. Dia terus menegakkan badan dan memandang ke tepi.

Sarah tergelak suka. Tahu buat orang je! Bila sendiri kena, tahu pula gelabah. Tangannya dibawa ke muka Firash dan ditolak perlahan bagi menghadapnya. Dia tersenyum lagi. Firash rasa seperti di bilik sauna, hangatnya bukan main.

"Panasnya muka awak. Awak demam ke?" Firash langsung menolak tangan Sarah perlahan dan diletak atas meja. Sarah membuat muka.

"Siapa lagi suka buat muka saya panas, kalau bukan awak? Tanggungjawab cepat."

Sarah tergelak lagi. Geli hatinya melayan sikap Firash. Kenapalah dia lambat sangat jumpa Firash? Kalau tidak, mesti dia sudah lama bahagia!

"Awak pergi mana selama ni? Kenapa lambat sangat muncul depan saya? Awak menyorok kat mana?"

Soalan bertubi-tubi Sarah membuatkan wajah Firash yang hangat menjadi berkerut. Merepek apa pula Sarah ni?

"Awak yang tak betul ni. Sambung makan, nanti tak sedap pula."

Sarah tersenyum lagi, Firash juga. Sarah menyambung makannya yang terhenti. Kali ini, dia terus habiskan. Senang mahu berborak dengan Firash. Air kosong dihirup habis. Macam tergesa-gesa pun ada.

"Relax. Tak ada siapa kejar awak. Perlahan-lahan boleh, kan?" Ujar Firash perlahan sambil menggeleng-gelengkan kepala.

Sarah tersenyum menampakkan baris gigi putihnya. Sekarang dia sudah selesai makan. Malam pun masih muda untuk mereka pulang ke rumah sekarang. Kepalanya meninjau keadaan di restauran pada malam itu. Ada yang keluar berpasangan, dengan keluarga dan bersendiri. Dia juga pernah makan sendiri. Bukan hal besar pun baginya.

"Kita dah berapa lama kenal eh?" Sarah membilang dengan jari. Firash juga pandang ke atas untuk mengingat kembali. Habit. Aneh tapi benar. "2 tahun 3 bulan?" Firash menjawab. Dia tersenyum, memorinya memang kuat. Sarah tergelak.

"Wah! Hebat. Jarang lelaki ingat. Lama juga. Kita kahwin, tahun depan nak tak?"

Pertanyaan mengejut Sarah menghasilkan tawa Firash. Tak boleh jangka betul dia ni. Main sebut je apa dia nak cakap.

"Kita baru tunang 2 minggu lepas. Awak kata nak fokus kerja dulu." Firash membidas. Dia ingat lagi perbalahan mereka 2 bulan lepas. Hampir seminggu juga mereka diam membisu tidak bertegur. Sekarang nak sambung lagi? Tidak, dia tidak sanggup. Cukuplah dia menahan diri selama seminggu. Egonya tetap meninggi tetapi perasannya tak boleh dibendung.

Sarah mengeluh. Dia mengetap gigi. Firash tersenyum kecil. Tidak sabar rasanya ingin berkongsi segalanya dengan Sarah. Gadis itu benar-benar buatkan dia menonjolkan satu sisi baru Firash. Dia juga tidak sangka dia akan seperti ini. Tapi, dia tidak menyesal. Malah dia bahagia. Sarah betul-betul anugerah yang dia tidak jangka.

***

Hai! It's 2022 already. I just sharing my own created story. Thank you for everything.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 09, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Blind DateWhere stories live. Discover now