MMMA 5

747 42 3
                                    

Raeez duduk dihadapan Rhys.Kapas yang diletak ubat ditekap pada hujung bibir Rhys yang berdarah.

"Dah sedar diri tu tak bawa senjata,kenapa bergaduh jugak?" Raeez tekan luka itu dengan kuat.Rhys meraung sakit lalu menampar tangan Raeez.

"Aww!Bukan aku yang mula dulu lah.Dia yang tiba tiba muncul tembak kami.Tak percaya kau tanya lah Vivian" Wajah Rhys cemberut menahan sakit.Dia hanya biar Raeez mengubatkan lukanya.

"Masalahnya yang kau pergi kurung Vivian dengan yang lain dah kenapa?Biar lah diorang tolong kau"

"Sebab aku marah sangat masa tu.Aku benci tengok muka dia,aku rasa macam nak seksa dia cukup cukup sampai mati.Aku nak dia terseksa dalam tangan aku je,bukan dengan bantuan Vivian dan yang lain" Rhys tepis tangan Raeez dari menyentuhnya.Wajah si abang dipandang.

"Aku nak balas dendam dekat dia.Please" Bahu Raeez dipegangnya erat.

"No,dia bermusuh dengan aku,bukan dengan kau.Biar aku je yang balas dendam" Raeez geleng kepala laju.Dia tak mahu sesiapa pun terlibat dalam dunia permusuhannya.Terutama sekali Rhys,adik kembarnya.

"Come on bro.Matlamat kita sama,cari pembunuh Mummy sampai dapat.And now kita dah jumpa,why not kalau aku tolong kau balas dendam?" Rhys masih cuma memujuk.Dia tahu Raeez takkan benarkan dia masuk campur.Tapi sebagai seorang adik,dia perlu menolong Raeez.

"Aku taknak bila kau terlibat sekali,nyawa kau melayang" Rhys raup wajahnya kasar mendengar kata kata Raeez.

"Habis kau yang terlibat ni,nyawa kau tak melayang?Please lah,aku taknak hilang orang yang aku sayang buat kali kedua"

Raeez terdiam sambil berfikir.Dia buntu,apa yang perlu dia putuskan sekarang?

"Aku tolong kau eh?Kita usahakan sama sama" Rhys memandang anak mata Raeez dengan harapan.Raeez mengeluh.Perlahan lahan dia mengangguk setuju.

🌸🌸🌸

Keesokan harinya~

Aku menyumbat roti Gardenia ke dalam mulut selepas selesai mencuci pinggan.Beg laptop di atas meja aku capai lalu menuju ke pintu rumah.Uniform polis sudah lengkap tersarung pada tubuhku.Rambut panjang aku diikat gaya ponytail.

"Milly datang ambil kamu ke hari ni Ash?" Ibu yang sedang berdiri di depan pintu menyoal aku yang sedang memakai kasut.

"Yalah ibu.Memang dia pun yang selalu ambil Ash pergi kerja setiap hari.Bertahun dah ibu,takkan ibu tak tahu kot?" Aku balas balik dengan soalan.Pelik aku tiba tiba sahaja ibu bertanya begitu.

Aku nampak ibu pegang mangkuk bertingkat di tangan. "Tu untuk siapa?"

"Untuk Milly lah,ibu ada masak lebih.Itu yang buat bekal untuk dia.Tapi sampai sekarang tak nampak batang hidung pun"

Mulutku membulat. "Alah..positive je la.Mungkin dia ada kerja sikit dekat rumah sebab tu lah lambat."

"Aik Amanda,untuk Milly je ke bekal tu?Untuk Ash takda?" Papa muncul dari belakang.Ibu membuat muka.

"Abang ni,bukannya tak kenal anak manja sorang ni.Amanda buat bekal dekat dia,last last balik makan kat rumah jugak" Ibu menarik hidung aku kuat.Aku hanya tersengih.

"Mana lah tahu Ash cemburu.." Papa mengusik aku sambil tersenyum senget.

"Ish papa ni.Takda masa Ash nak cemburu.Lagipun Milly tu Ash anggap macam adik beradik sendiri dah.Ke.....papa yang cemburu sebenarnya sebab ibu tak buat bekal untuk papa?" Kening aku angkat berkali kali.

Papa ketawa. "Mungkin lah kot."

Pap! Ibu tampar betis papa geram.Lagi kuat papa ketawa.

"Dah tua tua pun nak cemburu apa lagi?Abang ni.." Papa turun anak tangga kayu,lalu memakai kasut but kuningnya.Parang kesayangannya di ambil.

Mr.Mafia Milik AshiWhere stories live. Discover now