GIK 17

3.9K 257 13
                                        

BIASAKAN DIRI VOTE DULU SEBELUM BACA, THANK YOU <3

3 MINGGU KEMUDIAN...

          PINTU bilik mandi ditolak kasar dan dia meluru ke sinki. Dia mengeluarkan semua isi perut yang ada. Dia mencuci mulutnya. Kepalanya terasa pening dan dari seminggu yang lalu lagi dia asyik muntah. Dia bergerak ke laci meja dan mengambil pregnancy test. Dia kembali masuk ke dalam bilik mandi.

Setelah 10 minit menunggu, tangannya menggigil. Positive. Pregnancy test itu terjatuh ke lantai. Dia meraup wajahnya.

"Tak mungkin... Macam mana aku boleh mengandung? Padahal aku tak pernah bersama dengan sesiapa." ujar Laura. Dia kembali mengambil pregnancy test itu.

"Mungkin benda ni salah. Dah expired agaknya." ujarnya untuk menenangkan hatinya. Dia membuang pregnancy test itu kedalam tong sampah dan menuju ke bilik Sofia.

TOK TOK !!

"Masuklah..."

"Kau okay tak?" tanya Laura. Sofia yang menekup mulutnya itu menggeleng dan berlari kearah tandas. Laura mengerutkan keningnya. Sofia keluar dari tandas.

"Aku mengandung 3 minggu." ujar Sofia.

"Yes! Kau tunggu apa lagi? Bagitahu lah Rayden." ujar Laura. Sofia mengangguk.

"Kau ada buat test DNA untuk anak dalam kandungan kau tak? Nanti senang ada bukti." ujar Laura.

"Dah ada. Kau kenapa? Pucat semacam je." soal Sofia pelik.

"Entahlah. Aku gastrik kot. Kalau kau nak jumpa dia, kau bawa aku sekali. Kalau dia tak nak bertanggungjawab, aku paksa lah dia." ujar Laura. Sofia mengangguk.

"Aku nak bagitahu dia petang ni. Kau teman aku tau." ujar Sofia. Laura mengangguk.

"Eh takpayah tunggu petang lah. Sekarang lah. Kau bersiap. Nanti dah siap, kau turun." Sofia mengangguk. Laura tersenyum dan kembali masuk ke dalam biliknya. Dia membersihkan dirinya dan memakai gaunnya.

Kunci kereta dicapai.

Tubuhnya masuk ke dalam Audi i8 miliknya. Sofia sudah duduk disebelahnya. Kereta itu langsung meluncur laju kearah syarikat milik Rayden.

"Kami nak cari Rayden." ucap Laura.

"Owh King takde. Dia dekat markas dia rasanya." jawab Daniel selaku pembantu Rayden.

"Tahu tak alamat markas dia?" tanya Laura. Daniel mengangguk dan memberikan alamat itu kepada Laura. Laura mengangguk dan kembali ke keretanya bersama Sofia.

Kelihatan ramai lelaki bersut hitam bersenjata sedang menjaga pintu hadapan markas. Laura sudah menelan air liurnya dengan perit. Dia keluar dari kereta.

"Saya nak jumpa, Rayden. Boss dekat sini. Ada?" tanya Laura.

"Ada, Cik Laura." ujar lelaki itu dan memberikan Laura dan Sofia masuk. Mereka dibawa ke ruangan Rayden. Pintu dibuka dan kelihatan seramai 6 orang yang dikenali oleh Laura termasuk Rayden.

"Laura? Kau buat apa dekat sini?" tanya Rayden. Rayyan, Rain, Ricky, Robin dan Rod memandang Laura dan Sofia.

"I buat apa dekat sini? Sofia..." arah Laura.

"I mengandungkan anak you, Rayden." ujar Sofia. Rayden memandang Sofia.

"Sejak bila pulak aku ada bersama dengan kau? Aku pun tak sentuh kau lah perempuan jijik!" jerkah Rayden.

"Ada bukti!" ujar Laura. Laura memberikan dokumen test DNA itu kepada Rayden. Rayden mengambil dan mengeluarkan surat itu.

"Betul kan? Sofia anak you? Nampaknya rancangan I untuk perangkap you berjaya. Sofia dah mengandungkan anak you. Dan you boleh kahwin dengan dia. Dan lepaskan I. Mesti you terkejutkan..."

GADIS IGAUAN KING [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang