GIK 22

3.8K 226 6
                                    

BIASAKAN DIRI VOTE DULU SEBELUM BACA, THANK YOU <3

"Rayden! Buka pintu ni! Buka!" jerit Laura sambil memukul kuat pintu itu dan menendangnya. Setelah hampir 5 minit dia membuat onar, kunci pintu dibuka dari luar. Laura berundur kebelakang.

Wajah Rayden tersembul lalu dihulurkan telefon pintar milik Laura kepadanya. Laura merampas telefon pintar itu dan melihat panggilan yang sudah berlangsung selama 3 minit itu. Telefon pintar itu dilekapkan ditelinganya.

"Hello?" sapa Laura.

"Ni cik Laura ke? Maksud saya puan Laura ke?" tanya orang itu.

"Ya saya." ujar Laura sambil menjeling Rayden dan duduk dibirai katil.

"Saya dekan dekat Universiti Malaya tempat awak menyambungkan pelajaran program pengajian perubatan, Cik Dahlia." ujar Dahlia.

"Owh, ada apa ya?" tanya Laura.

"Disini saya ingin memberitahu bahawa sebelum ini, saya telah memberitahu awak tentang perjanjian saya dengan King. Saya rasa mungkin awak ingat." ujar Dahlia. Laura mengerutkan keningnya dan mula mengimbaskan memorinya.

"Ada apa cik nak jumpa saya?" tanya Laura.

"Awak Laura kan? Awak kenal dengan King?" tanya Dahlia.

"Ya... Dia tunang saya. Kenapa ya?" tanya Laura.

"Saya dengan dia ada buat perjanjian tentang awak. Jika awak, dinyatakan membuat sebarang kesalahan kepada saya atau King. Awak akan menerima hukuman." ujar Dahlia.

"Kesalahan? Saya rasa saya takkan buat kesalahan sama ada pada Cik Dahlia dan Rayden. Kalau masalah saya dengan dia, itu hanyalah masalah kami berdua. Tiada kena mengena dengan pihak universiti." ujar Laura.

"Ya betul tapi King itu ialah orang berpengaruh bagi universiti ini. Jika kami kehilangan dia sebagai orang terpenting, kami tidak akan mendapat sebarang bantuan dari dia. Saya rasa awak faham apa yang saya maksudkan? Saya tak nak awak sebagai pelajar di universiti ini menunjukkan sikap yang tidak semegah kepada King. Ini mencerminkan imej universiti kita. Awak faham?" tanya Dahlia.

"Baiklah saya faham. Saya berjanji tidak akan berbuat sebarang kesalahan." ujar Laura.

"Baiklah. Awak boleh pergi." ujar Dahlia. Laura tersenyum dan mengangguk sebelum berlalu pergi.

"Ya, saya ingat. Kenapa ya?" tanya Laura.

"Okay, saya dapat tahu. King telah memberitahu saya bahawa awak telah merosakkan imej UM sebagai pelajar kepada dia. Awak bersikap kurang ajar. Betul?" tanya Dahlia. Tubuh Laura seakan membeku. Matanya teralih kearah Rayden yang bersandar di dinding sambil menatapnya tajam.

"Be... Betul..." ujar Laura.

"Disebabkan awak telah melanggar perjanjian ini, senarai nama awak akan diblack list di semua universiti mahupun diluar negara dan didalam negara daripada mengikuti sebarang program pengajian termasuk perubatan. Tidak kira secemerlang mana pun awak, tapi kami tidak boleh berbuat apa-apa. Itu sahaja dari saya. Sekian terima kasih." ujar Dahlia.

Telefon pintar ditelinga Laura terjatuh diribanya. Hatinya hancur. Impiannya untuk menjadi doktor bedah yang terkemuka sudah hancur begitu sahaja. Hanya kerana Rayden!

Laura merenung Rayden dengan matanya yang sudah berkaca. Dia meluru kearah Rayden dan menampar wajah Rayden dengan sangat kuat.

PANG !!

Nafasnya turun naik menahan marah. Air matanya semakin deras turun membasahi pipi. Dia menunjuk kearah Rayden dengan wajah yang kemerah-merahan.

"You!! You dah hancurkan impian I!"

PANG !!

"Disebabkan you! Disebabkan you, impian I sejak dari kecil jadi hilang begitu sahaja!" Tangan Laura naik ingin menampar wajah Rayden lagi tetapi ditahan.

"Lepas!"

"Aku dah cakap, sayang. Jangan cabar aku. Kau degil. Kau tahu aku macam mana, sayang. Kau tahu aku boleh arah semua orang untuk ikut dan patuh dengan aku. Cuma kau je yang tak patuh. Kau je yang berani lawan aku. Tapi disebabkan kedegilan kau, kau nak salahkan aku?" tanya Rayden.

"Lepas! I benci you! I doakan you mati jelah!! You pergi mampuslah Rayden!!" tengking Laura.

"Laura Vialuna Belle!" naik seoktaf suara Rayden. Itu membuatkan Laura terdiam. Dia masih tersedu-sedan dan mengalirkan air mata menatap Rayden.

Rayden menarik Laura dipelukkannya. Dia memeluk Laura erat. Laura memukul-mukul dada bidang Rayden. Rayden mengusap belakang badan Laura bagi menenangkan gadis itu.

"You jahat, Rayden... You jahat... Inilah sebab kenapa I nak putus dengan you 7 tahun yang lalu... Inilah sebabnya, Rayden... You berkuasa... Kalau I tak ikut cakap you, you akan hancurkan impian I. Disebabkan itulah I pilih untuk pergi jauh dari you. Kenapa Rayden? Kenapa? I benci you!" luah Laura dipelukkan Rayden.

"Kalau kau tak buat keputusan untuk putuskan hubungan kita, aku takkan bertindak sejauh ini. Aku takkan buat macam ni, Laura. Disebabkan overthinking, kaulah... Aku jadi macam ni, Laura." ujar Rayden.

"Pergi! I tak nak tengok muka you! I benci! Kalau you mati pun, I tak kesah! I harap you mati kena tembak!" Rayden terus menenangkan Laura yang masih dalam keadaan marah.

"Tolong jangan macam ni, sayang. Nanti effect dekat baby kita. Aku tahu kau tak sejahat itu untuk buang kandungan tu kan? Tolong, ada rasa simpati sikit dengan kandungan tu." rayu Rayden. Laura hanya diam dipelukkan Rayden.

Rayden melihat Laura. Gadisnya sudah tertidur. Dia tersenyum kecil dan mencempung badan gadis itu lalu dibawa ke katil. Diletakkan tubuh gadis itu diatas katil lalu ditarik comforter paras dada. Dia mengucup dahi gadis itu dengan penuh kasih sayang.

"I'm sorry, darling. Sleep and rest well." ujar Rayden. Dia melangkah keluar dari bilik itu. Jujurlah, dia sedikit terasa hati apabila Laura mendoakannya mati. Jahatkah dirinya kepada Laura? Adakah perbuatannya terlalu melampau?


⊰━━━━━༺۵༻━━━━━⊱⋅

Hiii !! Jahatnya Laura ni ish! Gerammmm!! Ada jugak author bagi dia mati. Tapi nanti Rayden pulak terseksa haih. I hope you guys like it. Please vote and comment for your support, thankyou <3 Kalau ada kesilapan author minta maaf awal-awal tau. Thank you again <3

GADIS IGAUAN KINGWhere stories live. Discover now