GIK 25

3.9K 223 7
                                        

BIASAKAN DIRI VOTE DULU SEBELUM BACA, THANK YOU <3

TANGAN kekar itu mulai meraba-meraba disebelahnya. Kosong. Terbuka terus matanya apabila sedar Laura sudah tiada disisinya. Dia bangun dan turun dari katil. Satu persatu tangga dituruninya dan kedengaran pelbagai bunyi dari arah dapur.

"Laura?" panggil Rayden.

"Ya?" tanya Laura dari jauh. Rayden melihat Laura sedang bercekak pinggang sambil mengacau makanan yang sedang dimasaknya. Rayden tersenyum nipis dan mendekati Laura. Pinggang Laura dilingkari oleh tangan kekarnya. Dagu diletakkan dibahu kanan Laura.

"Buat apa sayang, hmm?" soalnya. Laura memalingkan wajahnya memandang Rayden.

"Masak. You selalu sarapan dekat office kan? Now you sarapan dekat rumah. Boleh?" Rayden mengangguk laju.

"Jangan letak racun sudahlah." ujar Rayden. Laura menarik rambut Rayden perlahan.

"I bukan pembunuh sampai nak bagi you makan racun." Hati Laura geram sahaja mendengar tuduhan Rayden itu. Ingin sahaja dia menarik rambut suaminya sehingga botak. Rayden menggosok kulit kepalanya yang terasa sakit.

"Sakit?" soal Laura. Rayden mengangguk dan mengeratkan lagi rangkulan dipinggang Laura.

"Gediklah you ni, Rayden. Ni ke mafia yang diaorang takutkan sangat tu?" usik Laura.

"I don't care. Suka hati akulah nak macam mana pun. Dengan keluarga aku dan kau je, aku okay. Orang luar, jangan harap lah." ujar Rayden. Laura hanya menggelengkan kepalanya.

"Sayang... Aku nak mandi dululah. Nanti dah siap, aku turun." ujar Rayden sambil mengucup pipi Laura. Laura tersenyum lalu mengangguk. Rayden turun ke tingkat bawah.

Laura menutup api gas itu dan mencedok makanan masuk ke dalam mangkuk. Perlahan-lahan makanan itu dibawa ke meja makan. Mangkuk yang berisi nasi diambil bersama senduk nasi. Apron yang tersarung ditanggalnya lalu digantungkan disebelah peti sejuk.

DING DONG !!

Laura mengerutkan keningnya. Siapa pula yang datang pagi-pagi macam ni? Langkahnya berjalan pantas kearah pintu utama dan dibukanya.

"Hii, Kak Laura!" sapa Rayyan.

"Korang dari mana ni?" tanya Laura.

"Kitaorang baru balik dari bercuti." balas Rayyan. Rayyan, Robin, Rain, Rod dan Ricky masuk ke dalam dan duduk di ruang tamu.

"Balik pun. Ingatkan dah tak tahu jalan balik." perli Rayden yang sudah bersiap.

"Ingat je. Banyak lagi kerja tertangguh. Kalau tinggal lama-lama, nanti aku yang stress." jawab Rain.

"Sayang, jom makan." ajak Rayden. Laura mengangguk.

"Tak nak makan sekali ke?" tanya Laura kepada mereka berlima. Rayden memalingkan wajah menatap mereka.

"Nak nak!!" jerit Ricky kuat.

"Jangan buat bala dekat sini ya. Ingat sikit, anak buah korang dalam perut Kak Laura lagi." ujar Rayden.

"Larangan adalah satu arahan." ujar Robin. Laura mencedok nasi untuk Rayden dan dirinya. Dia memberikan lauk pauk di pinggan Rayden. Meja itu sudah penuh dengan kehadiran adik-adik Rayden.

"Sedapnya kak Laura masak." puji Rod.

"Setuju..." ujar Ricky. Rayden dan Laura hanya menggelengkan kepala. Setelah habis makan, Laura memberikan briefcases milik Rayden.

"Hati-hati. Bawa kereta tu perlahan-lahan." ujar Laura. Rayden tersenyum dan mengucup dahi Laura.

"Sayang bini nampak." perli Rayyan.

GADIS IGAUAN KING [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang