“DAMIA! Damia! Daaamn......!!” hampir kering air liur Amirah memanggil nama kawan baiknya itu.
Hana Damia yang sedang termenung sangat terkejut, lantas dia memukul Amirah. Seronok sungguh dua rakan akrab itu melakukan aktiviti kesukaan mereka iaitu pillow fight.. pasti bilik Hana Damia akan bersepah. Amirah datang ke rumah Hana Damia hajatnya ingin mengulang kaji bersama terbantut.
“Suka hati kau je panggil aku Damn,“ Hana Damia yang sudah mengeluarkan muncungnya.“
“Manalah aku tak panggil kau macam tu.. jenuh aku asyik sebut nama kau. Tak bersahut-sahut. Bila aku panggil kau damn boleh pulak sedar,” jawab Amirah.
“Aku sebenarnya tengah runsing ni.. Nazmi Hakim ajak aku keluar dating esok. Tapi aku tak tahu sama ada aku patut pergi.. atau tidak.”
“Nazmi Hakim yang sekarang tengah hot kat sekolah kita tu ke? Macam tak percaya je yang dia ajak kau keluar esok. Dia ajak Hana Damia yang selekeh macam lelaki ni??” balas Amirah sambil menunjukkan reaksi kurang percayanya.
“Amboi-amboi.. sedap je mulut kau tu cakap aku ni macam lelaki. Kalau aku ni macam lelaki.. tak adanya si Nazmi tu nak ajak aku pergi dating, baik dia ajak si Sofea gedik tu pergi dating dengan dia esok.” Hana Damia menjegkelkan matanya dan terus dia menerkam Amirah.
“Yelah.. aku percaya. Jadi kau nak pergi jugak ke?”
“Aku rasa macam nak. Tapi hati kata tak payah. Macam mana ni Amirah?”
“Kau pergi je jumpa si Nazmi tu.. bolehlah kau berkenalan dengan dia,” jawab Amirah sambil tersengih.
“Cakap je lah yang kau dah syok..” kata Hana Damia sambil menjengkelkan matanya.
“Eleh.. macamlah kau tak syok dekat si Nazmi. Mustahillah kau tak ada rasa langsung kat dia.”
Hana Damia malas mahu melayan perasaannya terhadap Nazmi. Baginya, cinta monyet itu hanyalah sia-sia. Dia sudah nekad. Esok dia mahu berjumpa dengan Nazmi dan dia mahu meluahkan perasaannya serta dia ingin berterus terang yang dia tidak berminat untuk cinta monyet.
Hari sudah petang, ibu mengajak Amirah untuk makan petang bersama. Selepas Amirah menghabiskan kuih dan teh panasnya, dia menyatakan yang dia ingin pulang ke rumah kerana sudah lewat petang.
*****
Terus sahaja mood aku mati apabila Nazmi terus duduk di sebelah aku. Dah lah Pn.Leong mahu latihan Add Maths selepas rehat dan boleh pulak budak perasan hot ni duduk kat sebelah aku.
“Kau kenapa nih?” Damia buat muka. “Nah.” Kertas kecil berwarna kuning dihulurkan kepada Damia.
*****
“So kenapa kau nak jumpa aku ni sebenarnya?” Tanya Damia dengan sarkastiknya. Nazmi buat muka toyanya tu. Eee.. sakitnya hati aku. Dah la aku terpaksa stay-back sebab kena jumpa budak ni. Dia boleh buat diam je. Huh!
“Kau kata nak dating dengan aku.. apa maksud kau, aku tak faham. Tak mungkin kau nak jalinkan perasaan kau tu dengan aku kan. Sebab aku dengan kau tak sampai sebulan pun berkenalan. Jadi apa hasrat kau sebenarnya nak jumpa aku ni..”
“Kau tahu kan aku dari sekolah asrama dulu kan?” Damia mengangguk. “Aku sebenarnya tak boleh la belajar sorang-sorang ni. Aku kena ada study partner, tapi aku tak suka study group. Bising. Aku cadang nak study dengan kau. Pn. Jamilah pun cadangkan benda yang sama.”
“Tapi kenapa aku? Kenapa tak dengan boys yang lain tu ke atau any other girl??”
“Aku tak boleh study dengan budak lelaki.. dia orang tu bukannya study sangat pun. Lagi satu, aku tengok girls kat dalam kelas kita tu semuanya tak boleh pakai. Tu yang aku attack kau.”
Damia memikir sejenak. “Okay tapi dengan syarat kau kena ikut rules aku. Boleh?” “No hal.”
*****
“Ami kau dengan Damia tu ada apa-apa ke? Aku tengok dari awal tahun kau dengan dia asyik berkepit je,” tanya Fakhrul. “Aku study together dengan dia.”
“Tapi aku pelik la, macam mana kau dengan dia boleh ngan hah?? Setahu aku Damia tu tak pernah layan budak lelaki kat sekolah tu tau.”
Nazmi ketawa dalam hati, “sebab aku dah janji dengan dia nak ajar dia add maths.”
“Sebab tu je?” Fakhrul buat muka pelik. Nazmi senyum je.
*****
YOU ARE READING
my HOT boyfriend!
Teen Fiction*It is in Bahasa Malaysia* Kisah seorang lelaki yang sangat popular yang sudah jatuh hati pada seorang perempuan biasa di sekolahnya. Lebih kurang cinta monyet la ni.