🍻 BAB 90

10.9K 1K 254
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BELUM sempat Elvien mahu melihat kedatangan Lacci, tubuhnya sudah awal jatuh ke atas lantai apabila datang sahaja Lacci ke arahnya, terus haiwan itu menolak tubuhnya hingga jatuh

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


BELUM sempat Elvien mahu melihat kedatangan Lacci, tubuhnya sudah awal jatuh ke atas lantai apabila datang sahaja Lacci ke arahnya, terus haiwan itu menolak tubuhnya hingga jatuh.

Lacci yang teruja kerana dapat berjumpa semula dengan Tuannya segera menjilat wajah Elvien dengan penuh teruja.

Elvien ketawa. Tubuh Lacci dipeluk seeratnya. Air matanya jatuh! Lacci kembali!

"SAYANG DADDY! JANGAN TINGGALKAN DADDY LAGI!" jerit Elvien teruja sambil ketawa. Pipinya terus digeselkan pada pipi Lacci. Habis lembap mukanya apabila dijilat oleh Lacci

Rasa gembira tidak perlu diceritakan. Yang penting Lacci dah kembali!

Tersenyum Eddyna melihatkan Elvien yang menangis gembira setelah Lacci berjaya kembali ke pangkuan Tuannya.

Elvien memang rapat dan menyayangi Lacci.

"Ed, macam mana kau dapat Lacci ?" Elvien berdiri setelah selesai meluahkan rasa rindu. Tubuh besar Lacci didukung. Lacci pula menjilat lehernya. Tidak dapat dijelaskan bahawa haiwan itu amat merindui Tuannya walaupun tidak sampai seminggu diambil.

"Aku minta tolong dengan Tunku Rash dan Tunku Radh untuk lepaskan Lacci. Khai dah cerita." Eddyna memperjelaskan. Jika Elvien yang membuat pernyataan atau rayuan, pasti perhilitan tidak akan memberikan Lacci semula memandangkan Elvien hanyalah orang luar.

Memandangkan Eddyna mempunyai abang yang dikenali, kesempatan ini digunakan untuk membantu Elvien membebaskan Lacci. Lagi pula, Elvien sudah banyak membantunya. Kali ini biar dia pula yang balas jasa Elvien walaupun tidak seberapa dengan apa yang Elvien buat.

Membebaskan Lacci pun sudah memandai. Happy sahaja wajah anak aturan keluarga R'zen itu.

Elvien tersenyum. "Thank you bulu ketek. Kau dah tolong aku." pipi Lacci terus dicium. Merengek terus haiwan itu.

"Hehe. Lepas ni, awak jangan sedih-sedih tau Vivien! Awak kena jaga kesihatan. Jaga makan! Jangan stress-stress..." pesanan yang Eddyna berikan berhasil mematikan senyuman Elvien.

Macam mana tidak stress jika tekanan hidup selalu dilemparkan ke arahnya. Tetapi, Elvien kembali ukir senyum.

"Kau pun bulu ketek. Jaga diri. Cari lelaki yang baik dan yang akan sayangkan kau macam mana aku sayang kau. Cari lelaki yang boleh jaga kau sebagai mana aku jaga kau walaupun tidak setanding dengan Mikael dan Arn yang jaga kau dari kecil hingga dewasa."

C | ELVIEN ANGELO R'ZEN √Where stories live. Discover now