Bab 23

1.2K 92 19
                                    

MATA Qays disepetkan apabila memandang Aira yang masih berselubung di dalam gebar. Kaki panjangnya dibawa ke arah katil bagi melihat keadaan Aira. Kalau Aira masih juga tidak bangun sudah semestinya gadis akan terlewat ke sekolah.

"Awak,kenapa tak bangun lagi?"Qays labuhkan punggungnya di sebelah Aira yang sedang mengiring. Qays perasaan sekarang ni Aira tengah berpeluk tubuh seperti menahan sejuk yang melampau. Berkerut dahi Qays. Aira sakit ke?

"Aira awak sakit ke?"laju sahaja kekura tangannya menyentuh dahi Aira. Panas! Kalut dia menyentuh leher pula. Panas juga!

Sah Aira demam. Mata Aira kelihatannya terpejam rapat. Ada juga sisa air mata yang keluar dari tubir mata gadis itu.

"Aira sayang,awak okey ke ni?"bahu Aira disentuh lembut.Qays risau. Tak pernah dia Nampak Aira sakit macam ni. Kelopak matanya yang memberat Aira gagahkan juga buka. Sungguh kepalanya sakit ketika ini.

Kepala Aira geleng perlahan. Sungguh dia tak larat sangat sekarang ni. Serba salah pula Qays nak pergi sekolah hari ni. Walaupun nak periksa tak lama lagi, Qays rasa dia perlu ponteng untuk hari ini.

"Saya turun bawah kejap eh?"

"K--kau tak pergi sekolah ke?"tanya Aira walaupun tekaknya agak perit sekarang ni. Ye lah takkanlah Qays nak ponteng pula. Sudahlah lelaki itu nak STPM tak lama lagi. Dia tahu Qays sangat sibuk sekarang ni.

"Saya ponteng hari ni,"Ujar Qays sambil tersenyum nipis ke arah Aira.

"T--ttapi"belum sempat Aira berkata apa-apa,Qays terlebih dahulu keluar dari bilik. Aira menghela nafas berat. Entah kenapa air matanya mengalir. Mungkin emosi dia tak berapa nak stabil apabila sakit macam ni.

Teringat dulu ketika dia masih di sekolah rendah,sakit macam ni,Datin Hanna hanya titipkan ubat kepada Puan Mariam. Ya,Puan Mariam dan Qays sudah lama menetap di sini. Sejak Qays berusia 6 tahun lagi. Sebelum itu,dia pun tak tahu di mana mereka tinggal.

"Lah...Aira demam ke?"Datin Hanna mendekati Aira yang berselubung dari kaki sehingga ke kepala dengan comforter. Datin Hanna menghela nafas berat. Ditarik comforter tersebut ke bawah. Dahi Aira disentuh. Panas!

"Macam mana ni...mummy nak kena settlekan hantaran dengan pelamin customer ni,"tambah pula musim cuti sekolah macam ni,lagilah dia sibuk.

"Mum--mummy j--jangan tinggal Ai--Aira..."terketar-ketar suara Aira ketika itu. Dia perlukan Datin Hanna di sisinya. Tambah lagi ketika dia sakit macam ni.

"Mummy terpaksa sayang...bagi Cik Yam jaga ye?"Datin Hanna putuskan untuk Puan Mariam sahaja yang menjaga Aira. Puan Mariam saja yang boleh diharapkan ketika ini. Dia betul-betul sibuk.Kepala Aira dielus lembut sebelum dicium dahi panas itu. Suaminya, Dato' Mikail awal-awal lagi sudah ke pejabat almaklumlah banyak projek yang perlu dipantau.

Air mata Aira laju merembes turun ke pipi.

"Sampai hati mummy!"

Aira kembali tersedar apabila terasa katil yang sedikit tenggelam di sebelahnya itu. Lagi Aira tergamam ketika pipinya yang basah dengan air mata tadi diseka dengan jari lelaki itu. Dup!Laju jantungnya mengepam darah.

"Don't cry please..."

"K--kenapa kau b--baik sangat?"soalan yang terpacul keluar dari bibir mungil itu buat Qays tersenyum nipis. Kain tuala kecil yang direndam ke dalam besin,Qays perah sebelum diletakkan ke atas dahi Aira. Ditekap sedikit.

"Simple answer...cause you are the person that I love,"luah Qays tanpa gagap sedikit pun. Tercengang Aira ketika itu. Dengan kepalanya yang masih memberat lagi rasa tak larat mahu membidas apa walaupun dia nak sangat membalas kata-kata lelaki itu.

BUKAN PENGEMIS CINTA (SU)Where stories live. Discover now