GIK 26

3.7K 208 6
                                    

BIASAKAN DIRI VOTE DULU SEBELUM BACA, THANK YOU <3

BOOM !!

"Arghhh!!"

          JERITAN pekerja-pekerja itu kuat apabila lobby syarikat itu tiba-tiba sahaja meletup. Mereka berlari-lari untuk mendapatkan bantuan dan ada yang bersembunyi. Ada yang menekan butang kecemasan.

"merda (shit)" Rayden terus menarik Laura ke dakapannya. Telefonnya berdering lalu diangkat.

"Syarikat kena serang dengan budak Emilio." ucap Rayyan.

"Yang lain mana?" tanya Rayden.

"Diaorang ada dengan aku. Budak-budak Emilio tengah cari kau." ujar Rayyan.

"Aku takde pilihan. Diaorang dah block semua pintu keluar. Aku kena bawa keluar Laura dari sini." ujar Rayden. Dia langsung memecahkan tingkap kacanya menggunakan pemukul baseball itu.

PRANG !!

"You... Sakit!" jerit Laura kecil apabila serpihan kaca terkena dipergelangan tangannya.

"merda (shit)." Rayden mengucup dahi Laura tanda dia tidak sengaja. Kelihatan Rayyan melambai kearah Rayden memberikan isyarat.

"Okay sayang... Kau dengar cakap aku okay? Aku kira sampai 3, kita lompat okay?" pujuk Rayden.

"You gila ke? I takut tinggi." ujar Laura memegang lengan Rayden kuat. Dia teramat takut. Lagilah mereka berdua dalam situasi yang bahaya.

"Trust me, princess. You have me. Kita sama-sama terjun." ujar Rayden menyakinkan Laura. Perlahan-lahan Laura mengangguk.

"Okay, good girl." ujar Rayden lalu mengucup dahi Laura.

"1."

"2."

BANG BANG !!

Tembakan rambang dari Emilio sama sekali tersasar kearah lain. Emilio mencarut kasar. Rayden dengan pantas mengeluarkan pistolnya dan menembak. Sekelip mata, Emilio mengelak dari peluru-peluru pistol itu. Emilio tersenyum senget.

"Harini, aku akan bunuh kau juga. Wow, isteri kau ke ni?" tanya Emilio.

"Don't you dare!" Amaran dari Rayden terdengar sangat keras. Emilio tersenyum sinis.

"Cantik... Mana kau dapat ni? Perfect like an angel. But too bad. Mesti dia trauma kalau aku bunuh kau depan mata dia kan?" Laura menyorok dibelakang Rayden. Dia berbisik takut.

"Aha, really? Sorry to say but your wish will never be fulfilled by the god." ujar Rayden langsung memeluk Laura dan terjun dari tingkat 15 itu.

"merde! (shit!)" jerit Emilio dan berlari ke dinding kaca yang pecah itu. Dia melihat ke bawah. Rayden mengoyakkan senyuman sinis sambil menunjukkan jari hantunya.

Rayden membawa masuk Laura ke dalam kereta hitam dan kereta hitam itu langsung bergerak laju meninggalkan tempat itu. Rayden mendail nombor Emilio. Emilio mengangkatnya.

"T'es une merde, roi! (You're piece of shit, King!)" jerkah Emilio tidak berpuas hati.

"In 3, 2, 1..." Emilio mengerutkan keningnya.

"buona notte, figlio di puttana (good night, son of a bitch)" ujar Rayden.

"Kau ingat aku faham ke bahasa Italian kau sial?!"

BOOM !!

"merde (shit)" ucap Emilio. Panggilan itu terus termati sendiri. Rayden terus mengambil tangan kanan Laura.

GADIS IGAUAN KINGWhere stories live. Discover now