GIK 28

3.4K 207 3
                                        

BIASAKAN DIRI VOTE DULU SEBELUM BACA, THANK YOU <3

PINTU rumah dibuka lalu dia tersenyum. Dia melangkah kearah sofa dan memeluk lalu mencium kedua pipi wanita yang separuh baya itu.

"Mama, papa... Lama tunggu, Laura?" soal Laura. Puan Reen menggeleng diikuti oleh Encik Deen. Laura tersenyum.

"Ada apa yang mama dengan papa nak cakapkan tu? Hal penting apa?" soal Laura.

"Tolong mama dengan papa, Laura." ujar Puan Reen.

"Tolong apa mama?" soal Laura sudah mulai risau.

"Mama ada hutang dengan ah long sebanyak RM1 juta." Secara serta-merta, Laura menekup mulutnya kerana alangkah terkejutnya dia ibunya sanggup berhutang sebanyak itu.

"Ke... Kenapa mama hutang banyak macam tu? Kenapa tak minta dengan Rayden je?" soal Laura.

"Mama malu kalau minta dengan menantu. Mama terpaksa sebab nak bayar perubatan ayah." ujar Puan Reen. Laura menghela nafas berat.

"Jadi? Apa masalahnya? Diaorang ugut ke?" soal Laura. Puan Reen mengangguk.

"Mereka suruh mama bayar jugak hutang tu malam ni. Mama kena datang dekat tempat mereka di TOP. Kalau tak, dia akan buat kecoh dekat kawasan perumahan ni. Mama tak nak isu ni jadi bualan jiran-jiran." Kedengaran sangat gelisah dari suara Puan Reen.

"Tolonglah mama kamu, Laura. Ini sahajalah sebagai pembalasan kamu kepada mama atas jasa-jasa dia lahirkan dan besarkan kamu." ujar Encik Deen.

"Laura boleh tolong. Tapi Laura teman mama malam ni. Bahaya kalau mama pergi sorang-sorang." ujar Laura.

"Habis itu, Rayden?" soal Puan Reen.

"Pandai-pandailah Laura tipu dia. Demi keselamatan mama, Laura sanggup." ujar Laura. Puan Reen mengangguk.

"Terima kasih, sayang. Mama minta maaf sebab dah banyak buat salah dengan Laura. Mama tak dapat jadi ibu yang baik untuk kamu." ujar Puan Reen mengusap kepala Laura. Laura menggenggam kura-kura tangan Puan Reen.

"Tak apa, mama. Laura sebagai anak perlu tetap dengar semua apa yang mama cakap. Sejahat-jahat ibu bapa, akan dimaafkan oleh anaknya juga." ujar Laura. Puan Reen dan Encik Deen tersenyum bahagia.

"Mama... TOP tu jauh kan? Ambil masa 4 jam nak ke sana. Lebih baik kita pergi sekarang sebab kalau diperkirakan, kita akan sampai sana malam." ujar Laura.

"Betul juga kata Laura. Kita pergi sekarang." ujar Encik Deen. Laura mengangguk. Mereka masuk ke dalam kereta masing-masing. Laura mengeluarkan telefon pintarnya dari beg tangan. Jarinya menekan nombor Rayden lalu memanggil.

"You... I balik lambat sikit tau. I nak spend time dengan mama. Maybe dalam pukul 12, I balik. You jangan nak pasang spy eh. I dengan mama." ujar Laura.

"Okay sayang. Hati-hati tau. I love you so much, princess. Jaga anak kita. Jangan sampai jatuh. Aku pun lambat sikit balik ni. Ada kerja sikit." ujar Rayden.

"Ok, I love you much more. Bye... Take care!" Laura langsung mematikan panggilannya. Dia terus menghidupkan enjin kereta dan menekan pedal minyak meninggalkan kawasan perumahan itu.

Sebelum itu, Laura guna kereta keduanya yang sentiasa terparkir dihalaman rumahnya yang ada di Itali itu. Kereta yang baru dibelinya dua bulan lalu. Jadi, apa-apa emergency dia akan memakainya.

Kereta milik Laura hanya membuntuti kereta milik Puan Reen dan Encik Deen. Setelah lama memandu, akhirnya mereka sudah sampai. Tidak dijangka mereka akan sampai dalam jam 10 kerana kereta Puan Reen tiba-tiba sahaja tidak boleh berjalan.

"Mana diaorang?" soal Laura.

BANG BANG !!

BUK !!

Laura terjatuh menyembah bumi. Kepalanya yang terasa berpinar akibat dipukul oleh sesuatu benda keras. Pemandangannya yang kelihatan kabur itu, melihat Puan Reen dan Encik Deen yang sudah terbaring tergeletak akibat ditembak dikepala. Laura mengalirkan air matanya dan memanggil Puan Reen dan Encik Deen.

"Mama... Papa..." ucap Laura.

BANG !!
BANG !!

"Laura!! Sayang!!" ujar Rayden langsung memangku kepala Laura.

"Mama I you... Papa I..." ujar Laura dan matanya terpejam rapat. Rayden terus mengangkat tubuh isterinya lalu dimasukkan ke dalam kereta.

"Korang settle kan semua ni. Memang sial!" marah Rayden terus menendang tayar keretanya kuat.

"Aku tak faham. Kenapa bini kau boleh berani pergi tempat macam ni? Dia tak fikir ke?" soal Rayyan.

"Dia tu... bodoh! Nasib baik aku tak bodoh macam dia. Dia ingat aku nak bagi dia terlepas dari kawalan aku ke? Silap lah. Sekali aku dah berjanji, selamanya akan aku tunaikan." ujar Rayden.

"Cantik kan tembakan aku tadi?" soal Ricky dengan bangga. Rayyan tersenyum mengejek.

"Tak." selamba Rayyan membalas.

"Dah settle jom blah." ujar Rayden. Rayyan, Ricky, Rod, Robin dan Rain mengangguk. Mereka berlari masuk ke dalam kereta. Kereta dipandu laju meninggalkan tempat itu. Rayden meraup wajahnya. Sesekali dia tertoleh kearah Laura.


            KUBUR yang masih baru itu ditenung lama oleh Laura. Air matanya sudah kering. Dia sudah tiada siapa-siapa lagi. Kedua orang tuanya sudah mati ditembak oleh orang yang tidak dikenalinya. Hampir sahaja dia menjadi korban.

"Princess... Let's go." tegur Rayden memeluk bahu Laura. Laura menggeleng-geleng.

"Tak nak." ucap Laura.

"Sayang... Tak boleh macam ni. Orang yang dah mati, kita tak boleh terlalu bersedih. Mesti dia akan ikut sedih." pujuk Rayden sekali lagi.

"I tak nak!" Laura menggenggam hujung baju gaun hitamnya. Dia masih duduk dan melentokkan kepalanya diatas tanah kubur itu. Langsung tidak mahu berganjak dari tempat itu.

"Aku janji. Aku cari siapa pembunuh itu." ujar Rayden. Laura terus menoleh kearah Rayden.

"I tak nak you bunuh siapa orang tu. Tapi biar I yang bunuh." Rayden tersentak tetapi dia hanya mengekalkan wajah bekunya. Perlahan-lahan Rayden mengangguk. Laura tersenyum nipis. Bibirnya yang pucat dilihat sekilas oleh Rayden.

Rayden sekali lagi memeluk bahu Laura supaya dia bangun dari posisinya. Laura hanya mengikut. Dia berjanji. Dia akan membunuh orang yang membunuh keluarganya itu. Dia tidak akan bagi orang itu terlepas. Tidak kira siapa pun, dia akan bunuh.

"Di sebalik raut wajahnya yang sedih, ada terselit satu dendam." ujar Robin yang melihat dari jauh.

"Satu dendam untuk bunuh kita semua." ucap Rain. Robin menoleh kearah Rain. Dia memegang bahu Rain.

"Jika orang tua sial tu tak berani kacau Kak Laura, kita tetap akan bunuh diaorang." ujar Robin dan terus meninggalkan Rain. Rain tersenyum senget melihat Rayden dan Laura.

"Kesian kau, Kak Laura. Dikelilingi orang yang jahat dan kejam." ujar Rain sambil menggelengkan kepalanya perlahan lalu mengikut Robin.


⊰━━━━━༺۵༻━━━━━⊱⋅

Hiii !! Harini author update awal tak macam sebelum ni update malam. Memandangkan sekarang tengah ada idea, so author update awal. If sec chap untuk harini author tak update, maybe idea kering HAHAHAH. Padahal dah tulis plot cerita dalam notes but still nak tambah lagi idea. And I hope you guys like it. Please vote and comment for your support, thankyou <3 Kalau ada kesilapan author minta maaf awal-awal tau. Thank you again <3

GADIS IGAUAN KING [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang