GIK 30

3.3K 169 3
                                    

BIASAKAN DIRI VOTE DULU SEBELUM BACA, THANK YOU <3

SAAT mencelikkan mata, nafasnya menjadi sesak. Dadanya berombak naik turun. Berkerut-kerut keningnya. Manik-manik peluh yang membasahi dahinya dilap. Bahunya dipegang dan serta merta dia menoleh.

"You okay?" soal Laura. Rayden meraup wajahnya dan memeluk isterinya erat.

"God, aku mimpi kau sayang. Aku mimpi kau tinggalkan aku." ujar Rayden dengan nada teresak-esak. Laura tersentak. Ini pertama kalinya dia melihat Rayden menangis.

"Eh you... Takkan I nak tinggalkan you? Pelik-peliklah you ni. Mimpi sahaja tu. Tak ada apalah. Jangan risau sangat. I ada sahaja ni depan you. Tak ada pergi mana-mana pun." ujar Laura sambil mengusap air mata Rayden. Rayden mengangguk. Rayden mengucup dahi isterinya lama.

"Aku sayangkan kau sangat-sangat, princess. Tolong jangan tinggalkan aku walau apa pun jadi. Janji?" soal Rayden sambil mengeluarkan jari kelingkingnya. Laura tersenyum dan menyambut jari kelingking Rayden.

"Dah-dah, sambung tidur." ajak Laura. Rayden kembali berbaring di sebelah Laura dan memeluk isterinya. Dia memejamkan mata perlahan-lahan. Mimpinya itu terasa seperti dunia nyata.

"Rayden..." panggil Rain. Rayden menoleh kearah Rain.

"Ada benda aku nak cakap sikit ni." ujar Rain. Rayden mengangkat keningnya.

"Kau bacalah. Aku dapat dari anak buah kita yang jadi spy dalam geng Emilio." ujar Rain. Rayden menelan air liurnya perit. Dia membaca isi itu. Kertas itu jatuh dilantai. Ianya betul. Mimpi dimana Rain bagitahu tentang Raysha. Sekarang ini sudah terjadi. Rayden kembali menoleh kearah Laura yang sedang menyediakan makanan itu.

"Kau okay?" soal Rain. Rayden mengangguk.

"Semalam aku mimpi... Yang Laura tinggalkan sebab Raysha tuduh aku yang aku rogol dia. Dan pada masa yang sama, kau datang office aku dan bagitahu aku yang Raysha bukan kembar Rosie dan adik susuan aku." ujar Rayden. Rain terdiam. Bulu romanya berdiri dan digosok kedua tangannya apabila mendengar cerita Rayden.

"Kau penilik nasib ke?" soal Rain.

"Betul lah. Tapi yang pasal kau bagitahu Raysha je yang betul. Yang lain salah." ujar Rayden.

"Kau kena hati-hati dengan Raysha. Ketatkan kawalan untuk kak Laura. Bahaya dia selalu duduk rumah sorang-sorang. Raysha tu licik." ujar Rain. Rayden mengangguk. Mereka pergi ke meja makan untuk sarapan pagi seperti biasa sebelum ke tempat kerja.

BOOM !

"RAYYAN LOUIS DE CLERQ!!!!"

"Sorry, aku ingatkan mercun rupanya bom betul-betul. Dapat mana? Baguslah bom ni. Macam mercun pop-pop." Rain hanya menggelengkan kepalanya. Rayden pula sudah memegang katananya.

"KAU!"

"TAK TAK! OKAY, MAMA!!!!!!" jerit Rayyan mengeluarkan suara perempuannya. Laura menekup mulutnya.

"Rayyan... Kau transgender?" soal Laura. Rayyan menggeleng laju dan kembali berlari dari dikejar Rayden.

"Dah lah tu bodoh. Aku pening tengok." tegur Robin.

"Tulah. Padahal Rayyan ni tua lagi dari kita. Tapi dia lah perangai yang paling kebudak-budakkan. Kalah Ricky dengan Rod siak." ujar Rain.

"Tua? Apa ke bangang kau cakap ni? Aku ni muda lagi. Mana ada orang tua hensem. So, maksudnya aku masih muda." ujar Rayyan memberi isyarat tangan kepada Rayden bahawa dia sudah penat dan menyerah. Rayden melonggarkan tali lehernya.

"Orang nak pergi kerja, badan belum berpeluh. Korang? Belum pergi kerja, dah buat exercise ke?" soal Rod yang baru naik.

"Tanya abang kau ni. Bodoh!" cemuh Rayden.

"Aku pulak? Kau nak kena tumbuk ke? Aku bagi kau tumbukan anak ketiga kang." ujar Rayyan.

"Meh sini cuba." ujar Rayden sambil menunjuk pipi kanannya.

"Dah lah tu, Louis. Tak penat ke?" soal Ricky menyarung blazer uniform sekolahnya. Rayyan menyilangkan tangan didadanya. Benci!

"Aku ni anak angkat ke? Kenapa semua layan aku teruk?" soal Rayyan.

"Anak pungut." jawab Robin. Rayyan menjeling Robin.

"Dah-dah. Korang ni asyik gaduh je. Kalau rumah ni tak seutuh sekarang ni, mesti dah runtuh agaknya." bebel Laura sambil memberikan Rayden minuman. Rayden meneguk air itu kerana terlalu haus setelah mengejar Rayyan satu ruang tamu yang besar itu.

"Aku pergi kerja dululah, princess." ujar Rayden. Laura mengangguk. Rayden mengucup hidung Laura.

"Bye, my beloved wife." ucap Rayden romantik. Laura tersenyum malu nak menolak Rayden supaya pergi cepat. Dia malu. Yang lain hanya memerhati pasangan sejoli itu.

"Macam best je ada bini. Aku nak kahwin lah." ujar Rod. Semua mata beralih kearah Rod.

"Kenapa?" soal Rod.

"Muda lagi. Tak payah. Lagipun tradisi De ClerQ, nak kahwin kena umur 24 keatas." ujar Rayden.

"Kau dah 27, Renzo. Lambat betul kau kahwin eh?" Rayden memicingkan matanya merenung Rod tajam. Rod mengangkat tangannya.

"Aku pergi sekolah dululah dengan Lion. Jom, Lion." Tangan Ricky ditarik oleh Rod kerana ingin melarikan diri daripada harimau seperti Rayden.

"Kau setuju tak, aku daftarkan nama-nama adik aku semua ni. Masuk tempat penjagaan kanak-kanak yang kurang berupaya?" soal Rayden.

"Ish you ni. Tak baiklah. Pergi kerjalah. Dah lambat ni. Takkan nak sampai pukul 9. Agak-agaklah you ni." ujar Laura. Rayden tersenyum dan mengucup dahi Laura.

"Okay, goodbye bugaboo." ujar Rayden. Laura mengangguk dan melambaikan tangannya.

"Tak pergi kerja ke?" soal Laura. Rain dan Robin menggeleng.

"Tak. Kitaorang ada kerja dekat sini." balas Robin. Laura hanya mengangguk.

"Kuncikan pintu tu eh. Akak nak turun bawah, nak kemas bilik dulu. Kalau nak apa-apa, ada dekat dapur." ujar Laura.

"Baik kak Laura." balas Rain dan Robin. Laura tersenyum dan menuruni tangga satu persatu. Rain dan Robin mengambil tempat dimeja lalu membuka laptop mereka. Mereka memakai headphone untuk membaca gerak geri Emilio dan Raysha.

Sekarang Raysha sudah menjadi musuh utama De ClerQ Family. Sekali mereka sudah tetapkan orang itu menjadi musuh, selamanya akan menjadi musuh. Tidak ada kata maaf. Ataupun peluang kedua. Kerana di dunia mafia.

Tidak seperti di dunia nyata. Penuh dengan kata maaf dan memberi peluang kedua semudah makan nasi ayam. Tapi di dunia mafia, sekali membuat silap. Pasti akan jatuh tersungkur. Sukar untuk kembali bangkit dan tidak semudah membuat dodol.


⊰━━━━━༺۵༻━━━━━⊱⋅

Hiii !! Harini author update banyak sikit sebab idea tengah melimpah ruah. Alhamdulillah HAHAHAHHA. So, happy reading !! And I hope you guys like it. Please vote and comment for your support, thankyou <3 Kalau ada kesilapan author minta maaf awal-awal tau. Thank you again <3

GADIS IGAUAN KINGWhere stories live. Discover now