BIASAKAN DIRI VOTE DULU SEBELUM BACA, THANK YOU <3
"Kenapa kau masih berbaik hati nak jumpa dengan aku? Aku kan dah bunuh abang kau." ujar Laura sambil menyilangkan tangan didadanya.
"Memang kau dah bunuh Rayden." ujar Rayyan.
"Then?" soal Laura.
"Aku tertanyalah... Sebelum ni kau layan dia baik sangat." ujar Rayyan. Laura menyunggingkan senyuman sinis.
"Memang tapi aku tak sangka dia sebodoh itu untuk percaya dengan lakonan aku." balas Laura. Rayyan tersentak.
"Kenapa? Terkejut? Kau ingat semudah itu aku nak terima dia lepas dia hancurkan impian aku dan keluarga aku? Dia silap besar." ujar Laura. Rayyan menarik nafas dalam dan menghembusnya perlahan.
"Macam mana kau boleh terjebak dengan Mafia China ni?" soal Rayyan. Laura tersenyum senget.
"Panjang ceritanya." ujar Laura.
Laura memasuki satu ruangan yang ada di tempat rahsianya. Dia mendekati satu figura yang berdiri tepat dihadapannya. Senyuman sinis mula terukir dan jarinya menekan butang on.
"Hi Laura AI." sapa Laura. Laura AI itu mencelikkan matanya.
"Hi, Laura." balasnya. Laura tersenyum.
"Aku nak kau mulakan tugas kau dengan perbodohkan Raysha." ujar Laura. Laura AI mengangguk dan mula keluar dari ruangan itu. Laura melihat mesej masuk dari telefon pintarnya.
Dia berjalan mendekati pintu rumah yang besar itu. Terdapat beberapa tanglung merah digantung dihadapan pintu. Tangan Laura naik mengetuk pintu itu. Pintu dibuka dari dalam.
"Welcome back Belle." ujar pembantu rumah itu. Laura mengangguk dan masuk ke dalam rumah itu.
"Yǐjīng hěnjiǔle. Nǐ hǎo ma? (It's been a long time. How are you?)" ujar lelaki yang berpakaian berwarna putih itu.
"Wǒ shì hǎo yéyé (I'm good grandpa)" balas Laura. Lelaki itu menunjukkan kerusi dihadapannya.
"Zuò xià (Have a seat)" Laura menarik kerusi itu lalu duduk dihadapan datuknya.
"Tīng shuō nǐ bà mā bèi shāle, shì zhēn de ma? (I heard your mom and dad got killed, is it true?)" Laura mengangguk perlahan.
"Diaorang dibunuh oleh suami Belle." ujar Laura. Datuknya mengangguk.
"You know, honey. I'm too old to continue our mafia generation in China. I would like to ask you to take my position as a Leader. Our family there is no heir. You're the only heir that we all have." ujar datuknya. Laura menundukkan wajahnya.
"I understand, grandpa. I will take your position and be their new leader." balas Laura. Datuknya tersenyum gembira.
"Thank you, Belle. Take care of our family." ujar datuknya. Laura mengangguk.
"I will." balas Laura.
"Jadi... Masa kau kena tembak dengan Raysha tu, bukan kau?" soal Rayyan. Laura mengangguk kecil. Rayyan menutup mulutnya tidak percaya.
"Macam mana kau boleh ada alat teknologi macam tu?" soal Rayyan. Laura mengangkat bahu.
"Aku order dekat website online. Tak sangka sempurna itu." ujar Laura.
"Kau tak cintakan Rayden?" soal Rayyan secara tiba-tiba. Laura merengus geram.
"Tak." balas Laura.
"Kenapa?" soal Rayyan.
"Dia dah hancurkan semuanya." Rayyan meraup wajahnya.
"Kau tahu kenapa dia kembali setelah 7 tahun?" soal Rayyan.
"Tak. Dan tak penting." balas Laura.
"Dia kembali hanya kerana engkau, gadis igauan dia." tutur Rayyan. Laura langsung merenung tajam anak mata kelabu lelaki itu.
"Gadis igauan? What a stupid thing." ujar Laura acuh tak acuh.
"Kau tahu, dia tak terurus hanya kerana kau dikhabarkan mati. Kau tak tahu betapa terseksanya dia menahan rindu terhadap kau. Tapi ini kau balas?" soal Rayyan.
"Tak semua orang boleh dipercayai. Betul?" Rayyan tersenyum sinis.
"Macam mana dengan anak kau kalau tahu yang kau ialah pembunuh papa dia?" soal Rayyan. Laura mati kata. Lidahnya kelu. Rayyan menggelengkan kepalanya.
"Lagi Rio kecewa kalau dia dapat tahu yang dia bukan anak kau melainkan anak angkat kau." ujar Rayyan. Laura mengetap bibirnya. Anak matanya bergetar. Bagaimana lelaki itu boleh tahu?
"Kau ingat aku tak tahu? Kau sengaja gugurkan kandungan kau yang 3 bulan tu hanya kerana kau benci dengan Rayden kan?"
"Diam! Aku tak nak dengar!" naik seoktaf kata-kata Laura sambil mengacukan pistol dihadapan Rayyan.
"Take it slow. You're being aggressive, Laura. Mungkin sebab Rayden tak berkeras dengan kau. Sebab tu kau berani tunjuk belang." ujar Rayyan.
"Shut the fuck up!!" Kedengaran bunyi pistol sudah terisi peluru. Tinggal menekan picu sahaja tembakan itu akan dilepaskan. Rayyan berdiri dan bertentangan mata dengan Laura.
"Kau akan menyesal. Dan aku jamin... Setelah kau menyesal, tiada lagi kata maaf dari Rayden. Sebab apa? Sebab kau dah bunuh dia!" Rayyan meninggalkan Laura yang terpinga-pinga. Terasa lututnya lemah dan dia jatuh terduduk perlahan diatas kerusi.
Tangannya naik memicit pelipis dahinya. Hatinya mulai tidak tenang. Pelbagai persoalan semakin banyak timbul di kotak fikirannya. Kenapa kata-kata Rayyan tadi amatlah membuatkan dia sakit hati?
"Tak mungkin aku salah bunuh." ujar Laura menggelengkan kepalanya. Laura menggantungkan tali beg tangannya dibahu lalu berjalan mendekati kaunter restoran itu untuk membayar pesanannya tadi.
"Thank you." ujar Laura dan menolak daun pintu itu lalu keluar. Kakinya melangkah menuju ke keretanya dan tiba-tiba sahaja tubuhnya ditarik kuat ke bahu jalan.
"Kau nak mati ke?!" soal suara itu. Jantung Laura berdegup kencang. Hampir-hampir sahaja dirinya dilanggar oleh kereta yang meluru laju kearahnya.
"Rayden?" soal Laura. Jelas wajahnya terkejut dengan lelaki dihadapannya.
"Kau rindu Rayden ke? Aku Rain." balas Rain dengan senyuman sinis.
"Owh. Aku baru perasan muka kau sama macam Rayden. By the way, thank you for your help." ujar Laura dan ingin pergi tetapi lengannya direntap oleh Rain. Netra hijau zamrud milik Rain menikam netra koko cair milik Laura. Jantung Laura mulai mengepam darah dengan lebih cepat. Laura melarikan anak matanya.
"Kenapa? Kau pun tak puas hati?" soal Laura. Alis kanan Rain ternaik.
"Of course. If that happen to your sister, will you accept that?" soal Rain.
"Too late. Aku rasa korang sempat selamatkan dia masa aku tikam dia. Looks like kematian dia berpunca dari korang yang lambat untuk selamatkan dia. Right?" soal Laura berplay victim. Rain melepaskan rentapannya dilengan Laura. Rain langsung meninggalkan Laura dengan perasaan yang marah.
⋅⊰━━━━━༺۵༻━━━━━⊱⋅
Hiii !! Sorry guys, lambat sikit update. Busy hehehe. Btw, macam mana? Okay tak tu? Hati okay? Takde sakit hati kan? Author baik lah. Don't worry heheheh. I hope you guys like it. Please vote and comment for your support, thankyou <3 Kalau ada kesilapan author minta maaf awal-awal tau. Thank you again <3

ANDA SEDANG MEMBACA
GADIS IGAUAN KING [C]
Romance𝐃𝐄 𝐂𝐋𝐄𝐑𝐐 𝐒𝐄𝐑𝐈𝐄𝐒 𝐕𝐎𝐋 1 Tidak semua orang mempunyai keluarga yang sempurna. Ada yang penuh keharmonian dan ada juga yang penuh kedukaan dan penderitaan. Terlahir di keluarga yang mewah, tidak menjanjikan kita untuk selamanya bahagia da...