GIK 46

5.6K 216 25
                                        

BIASAKAN DIRI VOTE DULU SEBELUM BACA, THANK YOU <3

SETELAH menjelangnya 9 bulan, Laura dikejarkan ke hospital kerana air ketumbannya sudah pecah. Laura dimasukkan diruangan persalinan. Laura dibaringkan dan wajahnya kelihatan menahan sakit diperutnya.

"Okay, Laura. Kau boleh push." ujar Alice. Laura mengangguk dan menarik nafas dan menghembusnya kuat. Dia meneran sekuat tenaganya. Nafasnya tercungap-cungap dan terus meneran.

"Push lagi Laura. Kau boleh." ucap Alice. Manik-manik peluh membasahi dahinya. Laura meneran lagi. Dia terasa amat lemah. Matanya kian mengabur dan tiba-tiba tangannya dipegang oleh seseorang.

"Abang?" panggil Laura.

"Ini abang. Push, sayang. You can do it." Rain memberikan semangat untuk isterinya. Dengan kata semangat dari Rain, Laura meneran dan menahan sakit yang teramat.

"Sikit lagi. Almost there." ujar Alice. Laura meneran sekali lagi dan kedengaran bunyi bayi menangis. Laura terbaring lemah. Penat. Dahinya dikucup oleh Rain.

"Terima kasih sayang sebab dah lahirkan anak kita. Abang minta maaf sebab menghilang." ujar Rain.

"I need explanation, abang." ujar Laura. Rain mengangguk. Alice memberikan bayi lelaki kepada Rain. Rain menggendongnya anaknya. Rain menghadap kiblat dan mengumandangkan azan untuk anaknya yang baru lahir. Sejuk hati Laura apabila mendengar suara alunan Rain mengumandangkan azan itu. Laura dipindahkan ke wad VVIP dan juga bayinya.

"Mana anak buah aku?" soal Rayyan merempuh pintu bilik wad.

"Woi, sabar lah." Robin memukul Rayyan. Rayyan tersengih dan berlari ke anak buahnya.

"Hensem gila! Macam aku lah!" Rayyan bersorak riang.

"Woi diam sikit. Anak aku merengek nanti." ujar Rain. Rayyan menutup mulutnya dan yang lain bermain dengan anak buahnya.

"Abang minta maaf sayang." ujar Rain.

"Mana abang selama ini?" soal Laura yang sudah menitiskan air matanya.

"Abang dekat US, sayang. Abang lumpuh sementara. Abang tak sanggup nak berhadapan dengan sayang. Sebab tu abang menetap dekat sana dan ambil terapi untuk sembuh. Abang minta maaf sayang. Abang janji lepasni abang takkan tinggalkan sayang." Rain mengucup dahi isterinya banyak kali.

"Nanti abang mungkir janji." ujar Laura.

"Tak sayang. Abang takkan mungkir janji dah. Ini last." ujar Rain. Laura tersenyum.

"Terima kasih sebab dah bertarung nyawa untuk lahirkan anak kita. Abang sayangkan sayang sangat-sangat. Sayang lah gadis igauan abang. Gadis igauan King. Akan selamanya bertakhta dihati abang." ujar Rain. Laura memeluk Rain.

"Sayang rindukan abang sangat-sangat. Jangan tinggal, sayang lagi." ujar Laura. Rain mengangguk. Laura tersenyum dan melihat Rayyan.

"Korang keluar dulu. Aku nak bercakap dengan Rayyan sekejap." ujar Laura. Rain dan yang lain mengangguk. Rayyan mendekati Laura.

"Kenapa?" soal Rayyan. Laura tersenyum manis.

"Betul cakap kau, Rayyan. Aku akan menyesal." ujar Laura.

"Kau ingat semua kata-kata aku?" soal Rayyan.

"Ya." balas Laura dengan anggukan kepalanya. Rayyan tersenyum.

"Dia kembali hanya kerana engkau, gadis igauan dia." ucap Rayyan. Air mata Laura mula berkumpul ditubir mata.

"Kenapa aku baru tahu semua ni?" soal Laura.

GADIS IGAUAN KING [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang