"Firhad."
"Ya?"
"Saya demam."
"Hah, demam?" Firhad mengerutkan dahinya sambil menunduk melihat kotak besar dalam pegangan kedua tangannya.
"Dekat sikit." Arah Firhad seraya mendekati isterinya. Aramel yang terkebil-kebil itu hanya menurut tanpa kata.
"Bila lagi demam?" Soal lelaki itu lalu menekapkan dahinya ke dahi Aramel.
Terbuntang luas sepasang mata bundar itu bila jarak wajah mereka sangat dekat dan wajah kacak si suami sudah memenuhi seluruh sudut pandangannya.
Tak tunggu lama mata itu dipejam erat, tak dapat menahan rasa gemuruh . Dia tak akan dapat bertahan jika terus menatap mata lelaki itu, lebih baik dia pejamkan mata sahaja. Nak jauhkan dahi dari dahi Firhad juga tak terdaya.
"Panasnya... Nanti kita pergi klinik nak?" Aramel celikkan matanya bila tekapan dahi Firhad sudah tidak terasa menandakan lelaki itu sudah membuka jarak di antara mereka.
"Nak." Jawab Aramel.
Firhad tayang senyum, jarang betul orang setuju kalau diajak pergi ke klinik. Tapi itulah Aramel Hafya, sifat tak complicated orangnya.
Sebab itu juga hati dia terpaut.
"Good girl." Dahi licin Aramel dikucup sekilas. Makin berdegup kencang jantung Aramel mengepam darah, ish Firhad ni !Orang baru nak tenangkan jiwa yang tak keruan selepas aksi dahi bercantum tadi, ni tiba-tiba pergi cium dahi pula. Malu !
"Lepas zohor kita pergi ya?" Soal Firhad dan melangkah ke tangga tanpa menunggu respon si isteri yang sudah kaku di situ.
"Okey..." Hilang sahaja kelibat Firhad, laju sahaja Aramel berlari dan menghumbankan tubuhnya ke sofa.
"Aaa... Cair , cair !" Wajah ditekup dengan kedua tapak tangan sambil kedua belah kakinya menendang- nendang angin. Hilang sekejap rasa nak demam tadi diganti dengan rasa teruja.