하나 1: Pandangan pertama

192 11 5
                                    

Remember to always give your best in everything

Petikan yang tertulis di atas sticky note itu dilekatkan di atas salah satu helaian buku nota bersaiz sederhana. Doyoung lantas menutup buku itu disaat namanya dipanggil oleh sang ibu

"Kamu dah siap?" Soal sang ibu bersama senyuman. Satu anggukan kecil dibalas oleh Doyoung

"Mari cepat" Mereka perlu bergegas pergi ke gereja untuk melakukan Misa Harian, bentuk ibadah yang paling dekat dengan iman dan kepercayaan umat katolik. Keluarga Doyoung memiliki pegangan yang kuat mengenai agama nya, mereka akan melakukan ini pada setiap hari. Bahkan jika Doyoung terlalu sibuk dengan rutin harian nya sebagai seorang pelajar uni, dia tetap akan melakukan nya di hujung minggu . Ibunya selalu berpesan untuk tidak sesekali melupakan Tuhan nya








Keempat jari dikuncupkan menjadi satu diletakkan di dahi, bahu depan sebelah kiri, bahu depan sebelah kanan, dan di dada lalu dia mengucapkan satu kalimat yang biasa diucapkan setelah selesai berdoa. Akhirnya dia dapat melakukan ibadahnya dengan baik, Doyoung ingin keluar dari gereja namun sempat dia melirik ke arah gadis yang duduk di bangku paling belakang. Dia hanya duduk tanpa melakukan apa-apa, matanya hanya terbuka namun Doyoung tidak merasa bahawa gadis itu sedang memperhatikan orang-orang.

"Pelik tapi wajahnya cantik dan menawan" Puji Doyoung sambil tersenyum sekilas lalu terus berlalu pergi








Doyoung sekarang sedang melalui cuti sem jadinya dia akan menghabiskan aktiviti nya di rumah, Doyoung bukan jenis yang suka berfoya-foya di luar. Dia akan keluar jika ingin mengisi masa lapangnya sahaja

"Aishh sikit je lagi!" Rungut Doyoung kesal kerana dia masih belum bisa memenangkan permainan video yang baru saja dibeli semalam. Susuk ibunya yang sedang berjalan ke arah pintu utama itu lansung menarik perhatiannya

"Ibu nak pergi ke pusat penjagaan itu?" Soal Doyoung ingin tahu

"Iye sayang, banyak hal yang perlu diuruskan" Jawab si ibu dengan lembut. Doyoung bingkas bangun lalu mendekati ibunya

"Dobby ikut!" Ibunya tersenyum mendengar balasan dari si anak. Itulah Doyoung jika dia tidak ada niat untuk keluar bersama rakan, dia pasti akan habiskan masanya dengan membantu si ibu di pusat penjagaan ataupun berkunjung di klinik milik ayah nya

"Tutup dulu permainan video kamu dan tutup semua suiz" Pesan ibunya dan lansung Doyoung bergerak melakukan apa yang disuruh tanpa bantahan















"Boleh Ayeong tolong juga?" Soal seorang gadis yang merupakan salah seorang anak di pusat penjagaan itu juga

"Kamu boleh ke buat ni semua?" Bukan ingin merendahkan namun wanita yang bergelar ibu di pusat penjagaan ini hanya tidak yakin dengan keadaan gadis itu

"Saya buta je bukan lumpuh puan Kim" Balas Ayeong bersama senyuman manis, kelihatan lesung pipi yang terletak manis di kedua belah pipinya

"Tapi kamu kene berhenti memanggil saya puan Kim. Mulai saat ini kamu perlu panggil saya ibu sebab kamu dah jadi anak sebahagian dari pusat penjagaan ni, yang ada kat sini semua adik beradik kamu" Terang puan Kim penuh kelembutan. Ayeong sekadar mengangguk kecil, senyuman tidak pernah pudar dari wajahnya

"Sekarang ni, kamu tolong bawa kuih ini ke meja makan. Kite akan agihkan ke anak-anak yang lain"

"Baiklah ibu" Penuh berhati-hati Ayeong menatang dulang yang berisikan kuih itu, sebelah tangan lagi memegang tongkat untuk memudahkan jalannya

Doyoung POV

Aku melihat seorang gadis kurang upaya berjalan sambil menatang dulang yang berisi kuih, kerana aku memiliki sifat yang prihatin jadinya aku bergegas ke arahnya untuk membantu

"Mari saya bantu" Lantas Doyoung mengambil dulang dari gadis berkurang upaya itu lalu terus meletakkannya di atas meja

"A..awak siapa?" Soal gadis itu ragu sambil tangannya mengayun-ayunkan tongkat yang setia di tangan. Bukan digunakan untuk menyerang namun digunakan untuk memudahkan kerja dan jalannya sahaja

"Kim Doyoung, anak puan Kim" Balas Doyoung bersama senyuman walaupun dia tahu gadis itu tidak dapat melihatnya. Dia juga sedar bahawa itulah gadis yang dilihatnya di gereja pagi tadi

"Saya Ayeong, Choi Ayeong" Ayeong menghulurkan tangan ingin berjabat mesra dengan anak pemilik pusat penjagaan ini. Sempat Doyoung tersenyum kecil melihat gadis itu menghulurkan tangan namun bukan ke arahnya, tidak lama menunggu Doyoung menarik tangan Ayeong untuk berjabat tangan dengannya

"Ouh salah arah" Ujar Ayeong sambil tertawa canggung

"Takpe saya faham" Balas Doyoung. Tanpa disuruh Ayeong menundukkan badannya memohon maaf

"Maaf sebab menyusahkan awak encik Doyoung" Ucap Ayeong membuatkan Doyoung terkejut

"Ehh jangan macam tu, panggil saja Doyoung. Tidak perlu ber encik, saya rasa umur kite tak jauh beza" Kata Doyoung begitu rendah hati

"Saya 18 tahun" Ujar Ayeong membuatkan Doyoung tertawa kecil. Tingkah laku gadis ini benar-benar mencuit hatinya

"Kite beza setahun saja" Balas Doyoung. Ayeong tersenyum kecil mendengarnya

"Saya perlu membantu ibu, pergi dulu" Sempat Ayeong menunduk sebelum berlalu pergi

"Bidadari ke?" Soal Doyoung lalu tertawa sendiri









Actually Dee tak boleh tahan diri dari pub story ni😓 tangan ni gatal sangat but don't worry Dee akan update story ni pada hari Sabtu saja. Seminggu sekali gituu, tak nak idea bercampur dengan story lagi satu. Korang support lah story ni jugak ye😉

Nah burger untuk anda🍔 Bye bye!

Ehhh wait! Lagi satu Dee nak mintak maaf kalau cerita ni menyinggung mana" readers tu dari semua segi yang tertulis di story ini. Jika ada salah info atau kata, boleh comment untuk perbetulkan. Terima kasih❤️

LAST QUOTE Where stories live. Discover now