십오 15: Ketahuan

32 7 2
                                    

Sudah hampir seminggu Ayeong tidak bertemu dengan Doyoung bahkan berita tentangnya juga dia tidak tahu. Dan hampir saja dia berputus asa kerana dia berfikir mungkin Doyoung benar-benar memilih untuk tinggalkannya kerana fakta tentang nya, jika itu benar maka dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana dia sendiri untuk memilih risikonya

"Saya rindukan awak Doyoung, mana awak pergi? Adakah awak baik-ii saja?" Soal Ayeong sendiri, hatinya merasakan sesuatu yang tidak enak. Mungkin kerisauan yang berlebihan? Mana pergi lelaki ceria yang selalu menghiasi hari dia? Dia sungguh merindukan lelaki itu. Mendengar tapak kaki menghampirinya membuatkan dia mula tersedar dari lamunannya

"Doyoung!" Teriaknya mengharapkan lelaki itu untuk datang tetapi hampa disaat haruman lelaki itu tidak dihidu olehnya sebaliknya ini haruman yang ada pada Jia. Ya, gadis itu datang untuk betjumpa dengan Ayeong

"Jia?"

"Maaf ganggu, boleh kite bercakap sekejap?" Soal Jia lalu terus duduk di sebelah gadis itu

"Sebelum tu saya nak berterima kasih pada awak sekali lagi sebab tolong saya tempoh hari" Ucap Jia bersama senyuman, dia tahu gadis itu tidak dapat melihat tetapi dia tersenyum hanya kerana dia senang dapat melihat wajah gadis ini

"Tidak mengapa, mungkin di hari kemudian awak pula yang tolong saya. Anggap saja itu kebaikan yang ingin saya kumpul di dunia. Eurm..awak jumpa saya ni ada apa?"

"Ouh lupa pula pasal tu, saya sebenarnya nak cari Doyoung. Jadi saya fikir awak tahu dimana Doyoung berada, dah hampir dua minggu kami tidak bertemu" Mendengar itu, riak wajah Ayeong terus saja berubah menjadi suram

"Saya juga sudah hampir seminggu lebih tidak berjumpa dengannya. Maaf..tapi saya juga mencarinya, atau mungkin dia memang dah tinggalkan saya?" Tidak dapat ditahan lagi, air mata Ayeong mula jatuh. Jia terus menarik gadis itu kedakapannya, cuba untuk menenangkan gadis itu

"Heyy jangan fikir macam tu, mungkin ada hal yang dia sedang selesaikan. Kita doa sama-ii semoga tidak ada perkara-ii negatif yang menimpa dia" Tangannya mengusap belakang badan Ayeong lembut, jujur saja dia juga turut risau dengan keadaan kawan baiknya itu. Dimana Doyoung sekarang? Dia baik-ii saja?

















"Kenapa kamu tak bagitahu ibu?!" Bentak Puan Kim kepada si anak yang sedang duduk di sofa sambil menundukkan wajahnya

"Yedam?! Kenapa rahsia kan?!" Bahu Yedam terjungkit sedikit disaat suara Puan Kim membentaknya

"Kamu keterlaluan dobby, kalau ibu tak jumpa surat ni dekat rak bilik kamu mesti sampai akhir ibu tak tahu apa yang jadi. Kamu fikir tak perasaan ibu dengan ayah, Doyoung?!" Akhirnya air mata si ibu pun mengalir

"Doyoung cuma tak nak tengok ibu dengan ayah sedih. Doyoung tak nak akhir hidup Doyoung dipenuhi dengan tangisan dari orang-orang yang Doyoung sayang" Mendengar itu dari Doyoung membuatkan Puan Kim jatuh terduduk, kakinya cukup lemas untuk terus berdiri

"Ayah akan cari cara untuk sembuhkan Doyoung" Ujar Encik Kim pula sambil menenangkan Puan Kim

"Dah lambat, tempoh masa tak lama" Jawab Doyoung sambil tersenyum nipis

"Doyoung cuma nak ibu dengan ayah terus hidup bahagia, lagi satu...ayah boleh tolong Doyoung?" Encik Kim terus duduk berlutut di hadapan anaknya sambil menggenggam erat tangan anaknya

"tolong apa? Cakap je, ayah akan cuba tolong selagi mampu" Doyoung tersenyum manis, lega hatinya mendengar ayahnya setuju untuk membantunya

"Tolong jaga Ayeong, sayang dia macam ayah sayangkan Doyoung, ibu pun tolong rawat dia dengan baik" Kata Doyoung. Mendengar itu semakin membuat tangis Puan Kim semakin kencang










Ha betul" pendek chap ni, takpe kite sambung next chap. Semoga siap sedia dengan ending

⚠Maaf jika ada kesalahan ejaan dan ayat

Vote and comment 🌷

LAST QUOTE Where stories live. Discover now