Sakit .
Itu yang dirasai seorang Joanna Ribero.Sakitnya sehingga menyesak dada. Genggaman tangan abangnya dieratkan. Jonas memandang raut wajah Joanna dengan pandangan yang sukar ditafsir. Joanna memandang kedua mempelai yang tersenyum riang di singgah sana yang indah.
Sepatutnya dia yang berada di tempat mempelai wanita namun Tuhan berkehendak lain. 5 tahun menjalinkan hubungan tetapi kandas angkara orang ketiga. Joanna redha.Mungkin lelaki itu bukan untuknya.
Hari ini , Joanna gagahkan diri menghadiri majlis perkahwinan bekas kekasih bersama abang sulungnya. Dia ingin menunjukkan bahawa dia baik-baik sahaja. Joanna mampu mengaburi mata orang lain dengan senyumannya tetapi tidak pada Jonas.
Joanna mendongak memandang Jonas dan tersenyum. Dia menarik Jonas ke arah kedua mempelai tersebut . Sekadar menyapa.
"Congratulation on your wedding , Bryan and Maria. "
Bryan hanya tersenyum nipis. Isteri Bryan , Maria menjeling tajam Joanna. Pelukkan di lengan Bryan diketatkan.
" Thanks , Anna sebab sudi datang wedding saya."
Maria mendengar kata-kata suaminya mendengus geram. Jonas memeluk bahu adiknya lalu diusap perlahan. Seolah memberi kekuatan pada Joanna.
Bekas kekasih suaminya itu sangat cantik pada malam itu. Sleeve Tue Back A-Line Dress berwarna biru muda sangat sesuai dengan tubuh langsing Joanna. Siapa sahaja tidak kenal dengan model cantik itu. Sedikit sebanyak kehadiran Joanna pada malam itu membuat Maria tergugat.
"My pleasure. Lagipun you kan kawan I. Okaylah Bryan, I have to go."
Joanna senyum ringkas pada mempelai tersebut. Joanna dan Jonas melangkah keluar dari ballroom itu. Joanna menghela nafas lega.
" Are you okay baby?"
Joanna memandang abangnya dengan tersenyum nipis. Bahu Jonas ditepuk perlahan. Menandakan dia baik-baik sahaja. Mereka beriringan berjalan menuju ke kereta.
"Bangunkan Anna kalau dah sampai."
'Let's start a new journey , Joanna Ribero'
Tubuhnya dihadapkan ke tingkap dan mula melelapkan mata. Jonas memandang adiknya sekilas. Dia mengeluh perlahan.
'Abang doakan Anna terus kuat hadapi semua ini'
Kepala Joanna diusap perlahan. Sungguh dia sayang pada satu-satunya adik perempuan dia miliki.
...........................
Joanna melangkah dengan yakin memperaga gaun pengantin design hasil rekaan dirinya sendiri. Ekspresi muka memainkan peranan. Dengan penuh gaya dia memperagakan gaun tersebut.
Design gaun tersebut telah menarik perhatian semua orang yang hadir pada fesyen show tersebut. Tambah lagi , gaun tersebut sesuai dengan susuk tubuh langsing Joanna. Tengku Emma tersenyum bangga melihat puteri tunggalnya.
Dress putih gading yang direka dengan design cap sleeves dan ballgown skirt. Gaun tersebut diberi nama Joanna. Kerana gaun tersebut adalah rekaan pertama yang dia hasilkan.
Gaun tersebut adalah gaun terakhir yang diperagakan dan juga merupakan main dress yang diperkenalkan oleh Tengku Emma.
Setelah memperagakan gaun tersebut , Joanna melangkah ke arah sang ibu. Semua model yang memperagakan dress tersebut berbaris . Manakala Joanna dan Tengku Emma berdiri di barisan hadapan sebagai model gaun utama dan pereka pada gaun-gaun tersebut.
Design gaun tersebut telah menarik perhatian semua orang yang hadir pada fesyen show tersebut. Tambah lagi , gaun tersebut sesuai dengan susuk tubuh langsing Joanna. Tengku Emma tersenyum bangga melihat puteri tunggalnya.
Dress putih gading yang direka dengan design cap sleeves dan ballgown skirt. Gaun tersebut diberi nama Joanna. Kerana gaun tersebut adalah rekaan pertama yang dia hasilkan.
Gaun tersebut adalah gaun terakhir yang diperagakan dan juga merupakan main dress yang diperkenalkan oleh Tengku Emma.
Setelah memperagakan gaun tersebut , Joanna melangkah ke arah sang ibu. Semua model yang memperagakan dress tersebut berbaris . Manakala Joanna dan Tengku Emma berdiri di barisan hadapan sebagai model gaun utama dan pereka pada gaun-gaun tersebut.
Joanna memandang majlis yang masih berlangsung. Hanya dia yang tinggal di meja VVIP tersebut. Abang-abangnya telah pergi ke client sebentar tadi. Ibu dan ayahnya pula berbual dengan rakan mereka. Dia pula hanya duduk menikmati makanan tanpa gangguan.
Joanna memerhati sekeliling. Pelbagai karenah manusia yang dapat dia lihat. Dia lebih selesa sendirian. Mengumpul tenaga sosial yang telah digunakan tadi. Di kepala hanya terbayang katil dan bantal guling miliknya. Joanna mahu cepat-cepat naik ke suite khas untuk keluarganya,
Joanna bangun dan berjalan ke arah tempat manisan. Dia ingin mengambil moist coklat kek. Kegemaran dia. Setiap kali Tengku Emma menganjurkan fesyen show moist coklat kek harus wajib terdapat pada menu. Kerana tahu anak gadisnya gila coklat.
"Hmmmm. I want this. This. This and this"
Dia bercakap sendiri sambil mengambil manisan - manisan yang terdapat di situ. Penuh juga pinggan dia.
Tanpa Joanna sedari , tingkahnya diperhatikan oleh seorang jejaka.Dia tersenyum melihat tingkah Joanna. Dari tadi dia , memerhatikan tingkah Joanna.
Joanna kembali ke meja dengan manisan yang penuh di pinggan. Di meja tersebut, sudah ada tunang abang sulungnya , Ava. Joanna tersenyum teruja terus menerpa ke arah Ava.
Pinggan di letak terlebih dahulu sebelum memeluk bakal kakak iparnya. Jonas dan Ava akan berkahwin pada hujung bulan nanti. Akhirnya dia ada teman. Ava mungkin baru sampai kerana harus menyelesaikan urusannya terlebih dahulu.
" Kak Avaaaaaa. I miss youu."
Tubuh tunang Jonas dipeluk erat. Pecah ketawa Ava. Sikap manja Joanna membuatnya selesa dengan gadis itu. Agak lama Joanna memeluk Ava sebelum kepalanya di pukul dari belakang.
" Hei , dah dah lah peluk tunang orang."
Jonas mengambil duduk disebelah Ava. Joanna mencebik. Matanya memandang ke arah Ava meminta kasihan. Ava yang melihat wajah Joanna terus memukul lengan Jonas.
" Apa buat adik macam tu? Kesian dia."
Ava mengusap lembut kepala Joanna. Joanna tersenyum kemenangan, Jonas pula membulat mata mendengar kata-kata tunangnya.
" Menangkan sangat adik ipar awak tu." Jonas mengalah. Si bongsu sentiasa menang.
Joanna yang kembali menikmati manisan. Dia menawarkan manisan tersebut kepada Ava. Ava menolak lembut sambil mengajak Jonas menemaninya.
" Akak nak makan nasi dulu Anna. Jom awak teman saya ambil makanan."
Kembali duduk bersendirian di meja itu. Joanna menghelakan nafas perlahan. Tengku Emma dan Tuan Liam yang masih berkumpul dengan rakan-rakan mereka dipandang dengan pandangan lelah. Nampaknya dia perlu naik ke bilik seorang diri atau dia memaksa abang keduanya , Joseph untuk menemaninya.
YOU ARE READING
JOANNA
RomanceJoanna Ribero x Mark Alvarez Perjodohan yang tidak tersangka. Pilihan ibubapa itu adalah yang terbaik buat mereka berdua. Menjalani kehidupan suami isteri bersama membuatkan mereka selesa dengan satu sama lain. Sedikit demi sedikit sisi kelam Joanna...