jeonghan baru saja habis kelas, jadi dia terfikir untuk melawat kelas yang choi minha duduk sebelum ni.
lelaki tu masuk ke dalam kelas dan ternampak sekuntum bunga putih di salah satu meja pelajar di dalam kelas tersebut.
"erm, seramlah pula." jeonghan terus keluar dan terus menutup pintu.
"hannie..."
"hm? bunyi apa tu?" kata jeonghan. bulu romanya berdiri tegak apabila terdengar suara tu jadi dia terus menggelengkan kepalanya dan beredar secepat mungkin.
"yoon jeonghan! huhh, huhh. penat aku cari kau. kau ke mana hah?!" minha tercungap-cungap mencari udara untuk bernafas.
"kau kenapa cari aku? ada apa-apa terjadi ke? haneul?!"
"tak, bukan tu. aku nak bagitahu yang... choi minha yang kau sebutkan tu satu batch dengan kita. dia... dia dah meninggal dunia. aku tak tahu bila tapi mungkin dah lama atau mungkin baru."
jeonghan terkaku. jadi bunga putih diatas meja didalam kelas tu, dan bunyi tu... ialah—
"aku rasa aku kena baliklah, dah lewat dah ni. jumpa esok, han."
"eo? ah, okey jumpa esok." jeonghan hanya melihat lee minha pergi. kemudian dia berpaling memandang pintu kelas tadi.
jeonghan mendekatinya dan membuka pintu kelas tersebut. semuanya seperti biasa, tetapi bunga putih yang berada diatas meja pelajar tadi telah hilang.
"minha..."
air matanya mula bergenang ingin menitis.
"jadi selama ni, kau dekat saja dengan aku? aku buat dunia sendiri dengan rakan aku yang lain kelas? ataupun, hanya arwahnya?"
"hannie... kenapa awak menangis ni? kan saya dah bagitahu awak jangan menangis."
jeonghan terdiam, air matanya dikesat dan terus memandang ke atas memandangkan dia sedang melutut dilantai.
wajah pemilik suara tersebut, dia cuba fokuskan untuk melihat. air mata dikesat sekali lagi. ternyata, ianya haneul.
"kenapa awak menangis dalam kelas ni? awak okey tak, sayang?" jeonghan mengangguk sambil tersenyum. bahu haneul dipaut ingin membawanya keluar dari kelas ni.
"haneul sayang, kan saya dah bagitahu jangan panggil saya hannie. panggil je han, macam biasa tu."
"oh iyalah, saya lupa."
...
sekeping kertas yang bertuliskan surat dilipatkan dengan bentuk kapal dan dibiarkan dia berlayar di atas air yang tenang, iaitu tasik.
jeonghan tersenyum sambil mengeluh.
"akan ku rindukan kau, choi minha."
.
"walaupun aku tahu yang kita
takkan berjumpa lagi, aku tetap teringin.
nak minta maaf secara berdepan,
dan minta supaya junhui juga maafkan aku."-yjh.
.
"saya pun, yoon jeonghan. saya akan
rindukan awak disana. awak jaga diri awak baik-baik
dan jangan lukakan hati orang lain, terutamanya
haneul dan kawan awak lee minha.
mereka kawan awak yang paling rapat, hanya
mereka yang awak miliki sekarang."-cmh.
.
"jadi, kau lah yoon jeonghan ye?
ini aku, wen junhui. jangan risau, kami berdua tak
marahkan kau langsung. kami tahu yang semua
ni akan berlaku dengan aturan dunia
kau sendiri. eherm, aku akan jaga minha baik-baik. percayakanlah aku."-wjh.
.
pesanan tersebut dihantar melalui mimpi jeonghan. dalam keadaan tidur, dia menangis. nama mereka berdua disebut dan tiba-tiba sahaja dia tersedar dari tidurnya. jeonghan bangun dan menyandar.
"hm, baguslah. jaga diri juga, korang berdua." air matanya dibiarkan mengalir. jeonghan terus sambung tidur.
the end.
YOU ARE READING
𝗶𝗺𝗮𝗴𝗶𝗻𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻 , 𝗷𝗲𝗼𝗻𝗴𝗵𝗮𝗻
Short Storyㅅㅂㅌ , yoon jeonghan fanfic completed // it hurts. luvw0nnuu || 2022