01

15 0 0
                                    

Tahun 2030, tahun di mana satu sejarah negara telah tertulis dan akan diingati oleh semua generasi. Tanggal 31 Ogos 2030, tepat jam 12 tengah malam, satu darurat politik telah diisytiharkan oleh Ketua Raja-Raja dan anggota tentera telah memasuki semua bandar di seluruh negara untuk menjaga ketenteraman awam.

"Kalaulah dulu tentera tak ambil alih kuasa daripada perdana Menteri, mesti hidup kita sekarang makin selesa dan aman," ujar Mail sambil membaca berita yang terpampar di skrin tablet 10.2 inci miliknya.

"Apa yang kau nak marahkan sangat tu. Dah memang patut pun tentera ambil alih kuasa daripada PM sebab keadaan politik yang sangat tak stabil dulu," balas Hashim. Hashim merupakan ketua gerakan pro-demokrasi yang menuntut pihak tentera untuk memulangkan kembali kuasa memilih kerajaan kepada rakyat jelata.

Selepas kejadian rampasan kuasa oleh pihak tentera pada tahun 2030, hak rakyat untuk memilh kerajaan memerintah telah diketepikan oleh pihak tentera dan perkara ini telah berlanjutan selama 15 tahun. 3 Raja telah menaiki takhta namun kesemuanya masih memihak kepada rejim tentera.

"Kau ni apahal nak memihak kepada tentera pula? Kau dah lupa ke yang kau tu ketua kitorang, ketua gerakan pro-demokrasi yang menuntut hak demokrasi rakyat!" balas Mail dengan nada yang agak tinggi. Mail merupakan orang kanan Hashim yang akan melakukan apa sahaja demi merealisasikan ideologi demokrasi, sesuai dengan perwatakannya yang gila-gila dan panas baran. Sebut sahaja bila ada rusuhan, pasti dia akan mengikuti rusuhan tersebut untuk menunjukkan perasaannya yang benci akan rejim tentera.

"Kau baca berita apa tu sampai nak marah-marah?" soal Hashim.

"Ni ha. Berita pasal kerajaan telah merasmikan kilang penghasilan peranti elektronik yang baharu. Syarikat dari Jepun yang buka kilang kat sini. Pelaburan bernilai 1.2 bilion yang mampu menawarkan 7000 peluang pekerjaan kepada orang ramai," balasnya.

"Okaylah tu. Banyak peluang pekerjaan untuk rakyat, kuranglah masalah pengangguran nanti. Cukai untuk syarikat tu pun kerajaan akan dapat nanti. Bolehlah guna untuk tambah baik fasiliti kat bandar-bandar," balas Hashim.

"Ye lah, itu aku tahu. Cumanya, peluang pekerjaan tu nanti akan dapat kat orang asing juga. Kita orang tempatan ni macam mana? Apa guna buat peluang pekerjaan tapi akhirnya dapat kepada orang asing juga," balas Mail.

"Kau nak marah pasal orang asing pula. Habistu kenapa kau tak kerja je dengan company yang berlambak kat luar sana tu? Banyak je company yang tawarkan kerja kat kau tapi apahal kau tolak mentah-mentah je?" Hashim membalas.

"Kau kena paham, aku suka rebel. Jadi dengan aku tolak tawaran kerja yang aku dapat tu ibarat aku tolak kerajaan sekarang lah. Lagipun peluang pekerjaan yang ada sekarang ni semuanya hasil kerja kerajaan. Biarlah aku hidup macamni tapi aku tak terhutang budi terhadap kerajaan," jawab Mail.

"Suka hati kau lah Mail. Malas aku nak layan kau yang rebel tak bertempat ni," ujar Hashim meninggalkan Mail keseorangan di bilik mesyuarat pusat gerakan pro-demokrasi mereka.

Hashim meninggalkan pusat gerakan mereka dan memasuki kereta Perodua Myvi berkuasa elektrik sepunuhnya milik dirinya. Pusat Gerakan mereka bertempat di tingkat atas lot rumah kedai 2 tingkat di Bandar Gopeng.

Kereta elektrikmiliknya meluncur laju melepasi beberapa buah bangunan pencakar langit yangteguh berdiri di bandar yang kian maju ini. Jika diingat kembali, bandar inihanyalah sebuah bandar yang ringkas dan hanya cukup untuk penduduk setempat dansekitarnya mendapatkan keperluan asas, namun kini semua telah berubah hasildaripada usaha pihak kerajaan yang ingin memajukan bandar-bandar kecil diseluruh negara setanding bandar-bandar besar.

REJIMWhere stories live. Discover now