Chapter 4-"Cemburu?"

130 13 0
                                    

Lynx berjalan dan mesra dengan seorang lelaki dipandang biasa tetapi di dalam hati nya panas. Dia berlalu pergi meninggalkan tempat itu sebelum mereka sedar akan kehadirannya.

"Rai!"

Dari suara lembut gadis itu sudah dapat meneka siapa orang nya. Raizel tidak membalas dia berpura-pura membaca kertas yang diambil tadi.

"Seronok dating ngan manusia?" Soal Rai dingin lalu berdehem. "Dating huh?"
Lynx hanya diam dirinya masih terasa dengan peristiwa dinner malam haritu. Dia kesini kerana menjadi wakil untuk daddynya sign kertas.

"Aku tanya tu jawab lah. Dah bisu ke?" Sinis sahaja suara yang digunakan Raizel. Makin panas diri nya apabila mengingat kejadian tadi. Raizel berjalan medekati Lynx. Lynx pulak dengan cepat ingin pergi dari situ.

Dengan pantas Raizel menarik pergelangan tangan Lynx. "Kau nak pergi mana?"

"Pandang aku." Lynx mengeleng. Takut pula dia berduaan dengan Raizel dalam keadaan Raizel marah. "Pandang aku or aku bunuh laki tadi." Kedengaran halus tetapi mengancam nyawa.

Lynx memandang Raizel. "Awak jangan nak libatkan Kevin." Nada yang digunakan tegas. "Asal? Kau takut aku bunuh manusia tu ke?" Senyum sinis dari Raizel membuat Lynx sakit hati.

"Yang awak nak marah-marah saya ni dah kenapa? Suka hati saya la nak keluar dengan siapa. Kita bukannya ada hubungan apa-apa. Habistu awak pergi jalan-jalan ngan ex girlfriend awak tu boleh pulak." Mata Lynx mula berair.

"Aku takkan balik ngan dia lah. Asal kau kena fikir macam tu? Apa yang buat kau rasa aku akan balik ngan Mayla?" Soal Raizel lembut. Dia taknak menyakitkan hati gadis di hadapan nya ini.

Lynx memandang mata Raizel sedalam-dalamnya. "Sebaik apapun orang baru dia akan tetap kalah dengan masa lalu."

"Kau fikir camtu?" Lynx hanya mengangguk. Dahi comel aku dijentik. "Stup*d girl. Kenapa lembab sangat ni. Siapa cakap masa lalu sentiasa menang? Orang yang cakap macam tu dia terlalu sibuk dengan masa lalu tapi dia tak nampak sebaik apa orang baru menghargai dia."

Lynx terdiam. Ada betul nya jugak. "Dah-dah. Apapun aku takkan balik ngan dia. Jangan nak mengada pi jealous and jangan nak mengatal gi keluar ngan mamat mana entah kau kutip tu."

Lynx mengerutkan dahinya. "Hey! Saya tak kutip dorang. Dorang baik je dengan saya."

"Ahh tak kira aku tetap tak suka.Titik!"Lynx berdecit tak puas hati. "Siapa peduli?" Lynx menutup kedua telinga.Lynx berlalu pergi.

"Haa tutup la telinga tu tutup. Kalau aku tahu kau pi keluar dengan mana-mana mamat mana entah kecuali abang ngan daddy kau siap!"

"Kalau saya tetap tak nak dengar.Awak nak buat apa je?"

"Aku culik and kurung kau kat dalam hutan." Kata Raizel serius. Lynx menelan air liur. "Ummm..."
Raizel memandang lagi ke arah Lynx yang ingin mengatakan sesuatu. "What?"

"Kenapa tak jatuh cinta kat saya je kan lagi bagus dari kena kurung. Tapi kalau kurung kat hati awak pun takpe. Takdela saya pi mengatal nak keluar dengan laki lain." Dengan selamba saja Lynx bercakap seperti itu.

"Love?Huh. I don't believed that true love exists." kata Raizel dengan yakin.
"I will make you fall in love with me. No matter how difficult it is." Raizel hanya berdehem. "Good luck then."


.......

Aku berada kat rumah parents Raizel. Apa yang aku nampak sekarang ni bukan mummy or daddy Raizel and adik beradik Cadis yang lain. Yang aku nampak sekarang ni hanyalah dua manusia yang saling bermusuh dengan aku. Siapa lagi kalau bukan Siesta ngan Mayla.

Ughh aku tak tau pula dorang pun ada sekali. Entah siapa yang jemput pun aku tak tahu kalau aku lain. Yang jemput aku bakal mertua aku><. Okee aku gedik.

Dari aku tengok mereka berdua saling menjeling satu sama lain better aku gi tolong mummy Rai ada faedah nye jugak.

"Hai aunty Vanesha!" Tegur aku dengan sopan. Perghh terpaling sopan siot. Takkan la aku nak tunjuk perangai setan aku kat sini. "Ehh Lynx.. ada apa-apa yang Lynx nak ke?"

"Nak bantu aunty je. Ada apa-apa yang Lynx boleh bantu?"

"Lahh susah-susah je. Takpelaa Lynx." Aku mengeleng. "Tak laa aunty. Takpe biar Lynx tolong basuh pinggan ni ye." Aku melihat mummy Rai tersenyum manis. "Untung nye lelaki yang dapat Lynx ni nanti. Rajin,cantik,pintar,baik pulak tu."

Aku tersengih malu. Uishh kena puji ngan mummy crush sendiri. Kembang hidung aku. Kau ado? Uhuk!

"Lynx suka Rai ke?" Soalan yang diberi membuat aku terkedu. "Hehee..." Itu sahaja yang dapat aku bagi sebagai jawapan. Nampak sangat ke aku ni suka kat Rai?

"Kalau Lynx suka baguslah. Pasni boleh panggil aunty ni mummy." Aku tergelak kecil. Tak sangka kan anak dia dingin tapi mummy dorang sporting gile.

"Amboii..cakap pasal apa tu sampai berbisik-bisik." Teguran dari Tuan Farrel Cadis mengejutkan kami berdua. "Takdela bang. Abang suka tak kalau Lynx jadi menantu kita?" Soal Mrs Vanesha kepada suaminya.

Tuan Farrel mengangguk. "Suka sangat."
Huwaaaa sumpah aku cakap ini hari terbahagia dalam hidup aku. Mummy and daddy Rai dah bagi green light so sekarang misi aku memikat hati Rai yang pernah patah hati dan tak percaya kan cinta sebab Si Mayla tu. Huh!


























TBC

True Love(C)✅Where stories live. Discover now