🍂
Morana melangkah masuk ke dalam bangunan syarikatnya setelah sekian lama menyepi. Pintu lif hampir tertutup, namun ditahan. Morana pandang pemilik tangan yang berani saja menahan pintu lif itu.
Jeong Yunho.
Dia alihkan pandangan, lagak seperti mereka berdua tak pernah berjumpa. Seorang lagi lelaki muncul di belakang Yunho, kali ini jantung Morana berdegup kencang. Lesung pipit jelas menghiasi wajah tampan itu.
Choi San.
"Masuk, boss." pelawa Yunho.
San melangkah masuk dengan senyuman, terpandangkan wajah Morana membuatkan dia sedikit terkejut. Pintu lif tertutup rapat setelah mereka bertiga sama-sama melangkah masuk ke dalam lif itu.
"We met before aren't we?" soal San ramah.
Morana pasang wajah dingin, terpaksa menyembunyikan getar dan resahnya. Takkan dia nak tunjuk lemah di hadapan lelaki ini? Sedari tadi Yunho asyik memerhatikan Morana, gusar gadis itu hilang kawalan emosi lagi.
"Yes, Choi San ssi." balas Morana, wajah kosong.
"Oh you remember me! And you are.."
"Morana." Yunho yang menjawab bagi pihaknya.
Morana pandang Yunho, kemudian pandangannya beralih memandang San yang terangguk-angguk mendengar penyataan Yunho.
"You're the owner of this amazing company." puji San, senyum lagi.
"Apa hajat ke sini?" soal Morana, suaranya tak bernada mesra.
"Kebetulan yang sangat bagus bila berjumpa dengan you dekat sini, miss Morana. I datang sini untuk offer satu cooperation dengan you. I dengar cerita you sangat mementingkan alam sekitar, so i sebenarnya nak anjurkan program kepentingan alam sekitar untuk masyarakat. Itu pun kalau you berminat." terang San panjang lebar.
"Sure, kita discuss nanti dalam bilik saya." serentak itu pintu lif terbuka.
Mereka bertiga keluar, diiring Morana ke bilik pejabatnya. Suzy pandang lama figura Yunho, Yunho sekadar senyum. Usai mereka ambil tempat duduk, Morana silangkan kaki, cuba menenangkan diri dan menyembunyikan getaran.
Suzy diarahkan masuk untuk menemani dia. Suzy berdiri sopan di belakang Morana sementara Yunho pula berdiri di belakang San, mata tak lepas memandang Morana.
"So, apa planning?" soal Morana.
"I dah ada hantar surat untuk program ni, tapi tak ada update daripada pihak miss." San menjawab. "Sebab itu i sendiri ke sini untuk dapatkan kepastian. Program tu akan berlangsung bulan depan." terang San.
Morana pandang Suzy. Suzy angkat bahu. Ada dia katakan kepada Morana, mungkin Morana yang terlepas pandang kerana begitu sibuk membangunkan dirinya semula.
"Saya dah inform, Ran."
"It is my fault." Morana pandang San semula. "Maaf. Kita anggap program ni jadi, saya setuju untuk kerjasama dengan encik San."
San tepuk tangannya sekali, begitu puas hati dengan jawapan Morana. "Good! Perfect. Kalau macam tu selesai perjumpaan kita. Tapi sebelum tu, tandas dekat mana?"
YOU ARE READING
HIDDEN ANGEL
Fanfiction"Hidup kau tu hanya mementingkan diri sendiri je. Patutlah semua orang bencikan kau!" - Yunho "Aku takkan teragak-agak untuk bunuh kau, tak peduli kau siapa." - Morana "You're mine, kitten. Don't act tough." - San